July 29, 2009

Terima Kasih BTPN Johor

Banner Program Khidmat Bantu PSS, ICT dan Media Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor
Perujian tahap kompetensi SSQS dijalankan secara individu
Pemasangan semula kabel network dijalankan
Pengubahsuaian Pusat Sumber
Khidmat Bantu Pihak BTPN Johor masuk hari ke tiga. Kawan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak BTPN Johor bersama rakan-rakan pegawai Teknologi Pendidikan dari Johor seramai 56 orang yang telah "berkampung" di sekolah kawan dalam usaha membantu Pusat Sumber, ICT dan Media.

July 28, 2009

Taklimat fasilitator schoolnet

Hari ini kawan menghadiri taklimat penyelarasan penempatan fasilitator schoolnet yang diadakan di Dewan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Selatan, Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

July 25, 2009

Tahniah Kalam Jamai j-QAF

Tahniah kepada pasukan kalam jamai j-QAF yang telah berjaya mempertahankan kejuaraan dua tahun berturut-turut dalam aktiviti iktifal j-QAF peringkat daerah Batu Pahat yang telah diadakan pada 25.07.2009 bertempat di SK Jelutung, Batu Pahat.
Tahniah dan syabas kepada guru-guru dan murid-murid yang telah berusaha dengan latihan yang berterusan.


Nurul Syaza bt Sarkawi mewakili pasukan j-QAF SK Peserai menerimna hadiah daripada Tuan Haji Sapie Md Shariff PPD Batu Pahat.

July 18, 2009

Tahniah Prasekolah

Tahniah dan syabas kepada pasukan Tarian Rampai Prasekolah SK Peserai yang telah berjaya muncul Johan dalam Karnival Pendidikan Prasekolah Daerah Batu Pahat yang telah diadakan pada hari ini Sabtu 18 JULAI 2009.
Latihan yang diberikan oleh jurulatih, guru-guru dan pembantu pengurusan murid serta sokongan ibu-bapa selama ini telah membuahkan hasil. Tahniah kepada semua yang terlibat.

July 15, 2009

Kursus Data Driven Decision Making

Kursus Data Driven Decision Making
Tarikh : 14 JULAI - 15 JULAI 2009
Tempat : Hotel Landmark, Batu Pahat
Pengurus : EN. ABD RAZAK BIN MANAF / PN. HJH ROSNARIZAH BT ABDUL HALIM