February 27, 2010

Tahniah Puan Kalthom

PAGI
Hari ini saya menghadiri Majlis Anugerah Kualiti 2009 PPD Batu Pahat di SMK Dato' Syed Esa. Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dr. Haji Fuad bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.


Warga SK Peserai merakamkan setinggi tahniah kepada Puan Kalthom binti Haron (GPK1 SK Peserai) yang telah dianugerahkan kepimpinan GPK pada tahun 2009. Pada saya, beliau telah menjalankan tugas dengan cemerlang setiap masa. "tahniah kak som"
.
PETANG:
Ke Kluang - meraikan perkahwinan ankanda Tuan Haji Shahrudin ( PPD Kluang ) bersama isteri.

February 26, 2010

Maulidur Rasul, Broadband dan Buku

PAGI
Hari cuti kerana memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w. Untuk mengisi cuti yang diberikan oleh kerajaan, kita mengadakan sambutan peringkat sekolah. Alhamdulillah, kehadiran guru-guru dan anak-anak diluar jangkaan. Tiada paksaan kerana kita mahu merebut keredaanNya. Semoga kita bertambah-tambah kuat menjadi pengikut nabi Muhammad s.a.w. yang setia.

Majlis dimulakan jam 7.45 pagi dengan bersalawat, doa, ucapan GB, ucapan YDP PIBG. Perarakan mengelilingi sekolah dengan membawa sepanduk yang dihasilkan oleh guru dan murid. Acara pentas persembahan nasyid murid-murid dan ceramah disampaikan tetamu undangan dan akhirnya salawat dan doa makan...makan.
.
Terima kasih kepada para dermawan yang menyokong sambutan kali ini: 4 periuk besar nasi baryani, 2 periuk besar daging, kuah dalca dan acar nenas. Khabarnya habis.Tidak dilupakan tahniah dan terima kasih kepada AJK Sambutan yang telah berjaya melaksankan sebahagian daripada program pendidikan Islam tahun ini.

Majlis berakhir sebelum jam 11.00 pagi.
.
TENGAHARI: Solat Jumaat bersama Syafiq
.
PETANG:
Bersama isteri dan anak-anak ke Carrefour.
Isteri belikan broadband untuk kegunaan anak kami.



Saya, beli buku "NAK KE TAK NAK" oleh Dr. HM Tuah Iskandar al-haj
Sedikit sedutan dari buku ini dari tajuk BANGLA DAN KARPET m/s 80 "Orang yang jual karpet ni lepas jalan kaki mereka naik basikal, lepas tu naik motosikal, sekarang dah guna van. Kita? Masih berhutang karpet dengan mereka. Daripada kuli mereka dah hampir jadi tauke. Kita? Kita masih jadi orang yang berhutang dengan mereka. MasyaALLAH" Syafiq kata " Buku ni kakak dah beli la"
eyee? "kenapa tak cakap"..."abah tak tanya"..."tak ape, beli buku tak rugi apa-apa"

February 19, 2010

Sahabat dan isteri

Hari ini kawan masih bercuti:

Pagi ke JPJ bersama isteri - hidupkan lesen memandu saya dan pindah milik kereta isteri.
Tengahari di sekolah: Haji Mat maklumkan sahabat kita En. Sulaiman Arjam di Hospital Batu Pahat - darah tingginya naik.
Balik sekolah - makan tengahari bersama isteri, anak bongsu dan Haji Mat di Restoran Asam Manis.
Petang - Ke Hospital Batu Pahat bersama isteri - melawat sahabat kita En. Sulaiman, beliau telah ditemani olah isteri dan anaknya. Rupanya seorang lagi sahabat kita En. Asri (GB SK Sri Mendapat) juga sedang dirawat di wad 3 yang sama. Beliau juga ditemani oleh isteri dan anak.  Sebelum tu, kawan bawakan buah tangan yang dibeli di kedai hospital (buah dan senaskah buku "Ungkapan Emas" susunan Zakaria Bidin...berikut kawan buat sedikit sedutan dari buku berkenaan:
  • Suami isteri adalah jenis sahabat yang diiktiraf masyarakat
  • Sahabat ialah sebenarnya diri kita yang kedua
  • Dengan wang, kita boleh dapat kawan tetapi bukan sahabat
  • Kebahagian tidak ada kunci tetapi hanya ada tangga untuk mencapainya
  • Sebenarnya tiada manusia yang lemah, hanya mereka tidak bersemangat
  • Orang bijak akan menumpukan peluang yang ada daripada sibuk mencari peluang baru
  • Orang hidup tanpa cita-cita adalah oarang yang telah lama mati sebelum ajalnya tiba
Didoakan sahabat kita (En. Sulaian dan En. Asri) cepat sembuh.

February 12, 2010

TAHNIAH SEMUA

Tahniah kepada 35 buah sekolah dari seluruh Malaysia yang terpilih untuk menyertai program pembestarian sekolah luar bandar fasa ke dua.  Saya ingat pesanan Dr. Ismail : JIKA KITA MELIHAT ICT SEBAGAI MASALAH HASILNYA KEGAGALAN tetapi JIKA KITA MELIHAT ICT SEBAGAI CABARAN HASILNYA IALAH KEJAYAAN.
Tahniah kepada guru-guru SK Peserai, PIBG SK Peserai, PKG Bagan, PPD Batu Pahat, JPN Johor, BTP Negeri Johor, anak-anak didik SK Peserai, Ibu Bapa dan sesiapa sahaja yang memberikan SOKONGAN dan DORONGAN. 
Kita bermula dari bawah (masa tu): PC untuk semua GPK tiada...PC untuk Perpustakaan tiada...PC untuk SU Peperiksaan, Guru Data, j-QAF, Makmal Sains, Makmal Matematik...juga tiada. Pusat Akses TIADA, Guru Penyelaras Bestari dan Juruteknik pun tak ada. LAN pun tak ada...Kad Pintar pelajar, PABX, Portal sekolah, Blog Panitia, Sistem siaraya, Perakam waktu, Papan Buletin, Wireless Router, Walkie talkie ..semuanya TAKADA, PC untuk murid terhad , line internet selalu 'down'.
KINI, kita telah BERUBAH kerana kita mahu BERUBAH. Bersyukurlah kerana ada yang memberi sokongan dan dorongan.
Tahap penguasaan dan penggunaan ICT kita (guru dan murid) telah menampakkan banyak peningkatan. Berdoalah hasilnya akan dilihat dalam keputusan UPSR tahun ini. InsyaAllah.


Hotel City..Banting.

February 10, 2010

Program Sekolah Bestari Luar Bandar

Mesyuarat Pengurusan Perubahan
Program Sekolah Bestari Luar Bandar
Hotel Marriott, Putrajaya
09 - 12 Februari 2010
Lawatan ke SMK Ampang Pecah, Hulu Selangor pada 10.02.2010
BERUSAHA KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH