August 9, 2010

SPSK kepada SPPnPK

Hari ini kawan diminta memberikan sedikit taklimat dan berkongsi pengalaman kepada rakan-rakan GB, GPK dan PT dari Zon Bandar berkaitan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK).

Seperti yang dijanjikan, sila KLIK untuk muaturun (download) bahan taklimat petang tadi.

August 7, 2010

Ulang Tahun Kemerdekaan

Tema Hari Kemerdekaan tahun 2010:
"1 Malaysia Menjana Transformasi"

August 6, 2010

Animasi

Hari ini kawan mengambil cuti rehat untuk mengambil anak-anak yang berjaya keperingkat akhir pertandingan "Digital Storytelling Through Animation With Stitch" bertempat di Cyberview Lodge and SPA, Cyberjaya, Selangor.

Bertolak dari rumah sekitar jam 9.00 pagi dan sampai jam 12.00 tengahari. Anak-anak dan cikgunya baru nak makan. Kawan ke Masjid Sultan Mizan, Putrajaya untuk solat jumaat. Rupanya Karnival Inovasi Islam Peringkat Kebangsaan yang dianjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang berlangsung di masjid berkenaan.

Team SK Peserai bersaing dengan 11 sekolah lain dan telah memberikan persembahan yang baik. Walaupun kita tidak meraih hadiah utama melawat Disneylang Hong Kong, kita tetap merasa puas kerana kartun yang disediakan dalam tempoh dua minggu sahaja merupakan 100% diusahakan sendiri oleh anak-anak dengan bantuan guru-guru, rakan pelajar dan warga sekolah sahaja. Lain kali kita akan minta bantuan kepakaran BTP atau PKG...Progran the TAB yang disediakan belum cukup power untuk menghasilkan animasi yang cukup baik...dan tempoh masa animasi 40 saat hingga 120 saat tidak perlu dipatuhi.
Kepada team SK Peserai: Syaza, Amirul, Ashikin, Cikgu Shamala...Tahniah.
Kepada guru-guru, FS, Juruteknik, rakan-rakan sekelas Syaza yang memberikan bantuan: Terima Kasih.

August 4, 2010

Mesyuarat

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK)
Jabatan Pelajaran Johor
Tempat : SK Peserai
Masa : 8.30 pagi - 4.30 pagi
Pengerusi Mesyuarat: Encik Abd Rahim bin Abdul Rahman (Penolong Pengarah Sektor Jaminan Kualiti, JPN Johor)
Jawatankuasa Teknikal SPSK JPNJ telah membuat beberapa keputusan dan rumusan untuk penambahbaikan SPSK.

Petang: Kawan menghadiri Mesyuarat Agung PSKPP Daerah Batu Pahat Tahun 2010 di SMK Dato Syed Esa (walaupun terlambat sampai)

August 3, 2010

Blog Untuk Guru Besar

Hari ini kawan bersama 5 orang Fasilitator Schoolnet membantu rakan-rakan Guru Besar yang berhajat membina blog peribadi. Bengkel ini bertujuan memberikan sedikit pendedahan berkaitan dunia ICT terutama dalam proses membina sebuah blog bermula dari pendaftaran, membuat entri dan sedikit-sedikit menambah "gadget" dll

Rancangan awal bengkel di PKG Bandar terpaksa dipindahkan ke Makmal 3 Komputer SK Bandar kerana masalah line.  Sebelah petang mejoriti GB mohon pelepasan kerana menghadiri Majlis APC di SMK Dato' Sulaiman.  

Tahniah kepada rakan-rakan GB yang berjaya menghasilkan Blog hanya dalam tempoh kurang 3 jam.

Jangan takut mencuba...kesilapan itu perkara biasa. 


Antaranya blog yang terhasil. Lepas ni cuba-cubalah explore secara kendiri.


Terima kasih Puan Masrianis dan rakan-rakan FS yang lain.

Cikgu Teo Boong Sai (blog sekolah)
Cikgu Tung Pai Hong
Cikgu Halimi Hassan