June 20, 2017

Hari Dalam Sejarah 25.11.2007

....kira-kira 10 tahun lalu
Majlis khatam Al-Quran anak-anak

Saya sudah setahun bersara

Pejam celik....pejam celik....
dah lebih setahun saya bersara.

Syukur Alhamdulillah

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada  segala sokongan, bantuan, bimbingan, nasihat, tunjuk ajar serta  kerjasama yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan saya
 
Dengan rasa rendah diri dan penuh keikhlasan, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun maaf zahir dan batin di atas apa jua kesalahan dan kesilapan yang telah saya lakukan sepanjang tempoh perkhidmatan saya. Mohon tuan/puan halalkan termakan dan terminum

Ya Allah sesungguhnya kami memohon kepadamu keselamatan dalam agama, kesihatan dalam tubuh, bertambah dalam ilmu, dan keberkahan rezeki, taubat sebelum mati, mendapat rahmat sebelum mati, dan mendapat pengampunan sesudah mati, Ya Allah ringankanlah saya dari sakaratul maut, lepaskan dari api neraka, Dan mendapat keampunan ketika dihisab, Ya allah janganlah engkau goyahkan kami ketika kami sudah mendapat petunjuk, beri kami rahmatmu yang maha pengasih. Ya allah berikan hamba kebaikan didunia dan di akhirat, dan jauhkanlah kami dari api neraka.

August 11, 2015

Warkah Untuk Calon UPSR SK Penghulu Salleh 2015



Warkah daripada,
Guru Besar,
SK Penghulu Salleh.
11 OGOS 2015
                                                                                   
Ke hadapan anakanda calon UPSR SK Penghulu Salleh 2015 yang dikasihi.

Anakanda,
Ayahanda doakan agar anakanda dikurniakan kesihatan yang terbaik untuk menghadapi peperiksaan UPSR pada 08 hingga 10 September 2015 nanti. Ayahanda harapkan agar anakanda sentiasa tenang dan bersedia dari segi mental dan fizikal untuk peperiksaan yang penting ini.

Anakanda yang dikasihi,

Hari Raya Aidilfitri telah berlalu, bulan kemerdekaan menjelang tiba dan kini mengulangkaji pelajaran tetap diteruskan Teruskan membuat latihan ulang kaji yang dibekalkan oleh guru-guru sama ada latihan dari Zoom-A, buku latihan atau kertas ujian. Ingat pesanan yang selalu ayahanda sampaikan Latihan yang banyak, sistematik dan berfokus akan melahirkan individu yang berkemahiran, cekap dan hebat dalam semua bidang yang dipelajari"

Kejayaan yang hendak diperolehi memerlukan usaha dan kegigihan yang berterusan, Kini berikan tumpuan dan fokus kepada matapelajaran yang masih belum dikuasai.  Banyakkan membuat latihan terutama tajuk/topik yang masih belum dikuasai.  Bertanyalah guru dan berbincang bersama rakan untuk menyelesaikan apa juga masalah.

Anakanda yang dikasihi,

Anakanda harus tenang sehinggalah hari peperiksaan yang sebenar. Dapatkan sokongan dari ibu bapa, keluarga dan guru-guru. Minta doa restu dan berbuat baiklah pada mereka. Anakanda juga jangan melupakan jasa mereka yang bertungkus lumus menjadikan anakanda pandai. Semua guru  bersedia untuk membantu anakanda dalam apa jua keadaan. Mohonlah kemaafan dan doa daripada mereka. Ayahanda yakin mereka semua akan mendoakan kejayaan anakanda.

Nasihat ayahanda, kawal pemakanan, jaga kesihatan dan keselamatan diri. Gunakanlah masa yang masih berbaki ini sebaik yang mungkin. Jangan buang masa. Rajinlah mengulang kaji dan berdoa.

Akhir kata sampaikan salam takzim ayahanda kepada ibu bapa atau penjaga anakanda. Semoga kita mencapai keputusan cemerlang UPSR SK Penghulu Salleh tahun ini.


Selamat menduduki peperiksaan UPSR. Semoga kejayaan cemerlang dapat dicapai.


"SEHATI SEJIWA"
Hari Kebangsaan 2015


Daripada  ayahanda,


(HAJI SARKAWI BIN HAJI SATU)
Guru Besar,
SK Penghulu Salleh.
11 OGOS 2015

August 4, 2014

Warkah dari GB 2014


       Tel : 4130300
Guru Besar,
SK Penghulu Salleh.
Batu Pahat
 



                                                                                                                                   
_____________________________________________________________________________________
                                                                                                                                Tarikh    :  4 OGOS 2014

Ke hadapan anakanda calon UPSR 2014 SK Penghulu Salleh 2014 yang dikasihi.


Anakanda,
Ayahanda doakan agar anakanda dikurniakan kesihatan yang terbaik untuk menghadapi peperiksaan UPSR pada 09 hingga 11 September 2014 nanti. Ayahanda harapkan agar anakanda sentiasa tenang dan bersedia dari segi mental dan fizikal untuk peperiksaan yang penting ini.

Anakanda yang dikasihi,
Di samping merayakan Hari Raya Aidilfitri, anakanda hendaklah tidak lupa mengulang kaji pelajaran. Teruskan membuat latihan ulang kaji yang dibekalkan oleh guru-guru sama ada latihan dari Zoom-A, buku latihan atau kertas ujian. Ingat pesanan yang selalu ayahanda sampaikan Latihan yang kerap dan sistematik akan melahirkan individu yang berkemahiran, cekap dan hebat dalam semua bidang yang dipelajari"

Kejayaan yang hendak diraih sebenarnya memerlukan usaha yang berterusan, ingatlah tiada kejayaan yang boleh dicapai dengan mudah, walaupun begitu sekiranya anakanda bersungguh-sungguh dalam apa jua usaha, semua perkara menjadi mudah dan boleh dicapai. Kesusahan semasa berusaha mencapai kecemerlangan adalah pengalaman manis yang akan dikenang satu hari nanti. Sikap berputus asa dan bertangguh hendaklah dibuang jauh-jauh dari diri anakanda.

Anakanda yang dikasihi,
Anakanda harus tenang sehinggalah hari peperiksaan yang sebenar. Dapatkan sokongan dari ibu bapa, keluarga dan guru-guru. Minta doa restu dan berbuat baiklah pada mereka. Anakanda juga jangan melupakan jasa mereka yang bertungkus lumus menjadikan anakanda pandai. Semua guru  bersedia untuk membantu anakanda dalam apa jua keadaan. Mohonlah kemaafan dan doa daripada mereka. Ayahanda yakin mereka semua akan mendoakan kejayaan anakanda.

Nasihat ayahanda, agar anakanda menjaga pemakanan, menjaga kesihatan dan keselamatan diri. Gunakanlah masa yang masih berbaki ini sebaik yang mungkin. Jangan buang masa kerana “Masa Itu Emas”. Rajinlah mengulang kaji dan ketahuilah subjek atau topik yang masih belum dikuasai sepenuhnya.

Akhir kata sampaikan salam takzim ayahanda kepada ibu bapa atau penjaga anakanda. Semoga kita mencipta rekod terbaik UPSR SK Penghulu Salleh tahun ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat menduduki peperiksaan UPSR. Semoga kejayaan cemerlang dapat digapai.


Daripada  ayahanda,



(HAJI SARKAWI BIN HAJI SATU)
Guru Besar,
SK Penghulu Salleh.
04 OGOS 2014.

April 30, 2014

Gambar dan Tarikh (SIRI 1)

Peristiwa dan gambar (SIRI 1)


03.09.2013
 
 04.09.2013
05.09.2013
10.09.2013
 16.09.2013
21.09.2013
21.09.2013
23.09.2013
25.09.2013