July 13, 2008

Pakatan Bara'an Ilmu

Pada hari semalam Sabtu 12.07.2008. Seramai lebih 200 murid dari 3 sekolah ( SK Peserai, SK Seri Gading dan SK Seri Puleh) telah berkumpul di SK Peserai dalam Program "Pakatan bara'an Ilmu" .Program ini bertujuan untuk memastikan anak-anak tahun 6 mencapai keputusan cemerlang, lulus dan tanpa gagal dalam UPSR 2008. Anak-anak telah dibahagikan kepada 6 kumpulan mengikut tahap dan guru pembimbing memberikan fokus kepada subjek yang kurang mantap. InsyaAllah dengan usaha semua pihak kejayaan akan dicapai.
Anak-nak mendengar taklimat awal sebelum dibahagikan kepada 6 kumpulan
Cikgu Yusop Basir Kaunselor SK Peserai menyampaikan kata-kata semangat
Sebahagian anak-anak yang menyertai program
InsyaAllah anda semua akan beroleh kejayaan
Perjumpaan GB, GPK dan Kaunselor bersama ibu-bapa tahun 6 kumpulan ke 3 telah diadakan di Bilik gerakan. Puan kalthom Haron GPK 1 SK Peserai menyampaikan taklimat. Usaha-usaha kita untuk memastikan anak-anak kita berjaya.

July 12, 2008

Nilai Cintamu

pernah dulu..ku fikirkan tanpa cinta tak mengapa...
bila kau pergi ku rasakan sunyinya di hati
baru kini ku tahu nilai cintamu
ku renungi gambarmu
ku baca surat- suratmu
namun pedihnya ku terasa...
tanpa kau bersama..
ku harap dikau pun begitu jua

kini aku mengerti
hanya engkau pelita hati
semua yang kau korbankan
hanyalah untuk ku
akan tetap ku kenang
kasihmu terhadap diriku
janji untuk bersama sehidup semati

andainya kau kembali
kan kurahkan rasa hati
agar dikau mengerti cintaku yang suci
berikan ku harapan untuk bersama mu semula
akan aku buktikan nilai cintaku
Nilai Cintamu - Sudirman
ANAK-ANAK ABAH...BAGI LE CAN MAK DAN ABAH KE JAKARTA / BANDUNG (26-30 JULAI -INSYAALLAH)

July 10, 2008

Video Klip Untuk Ibu

Khas untuk Emak dari anak-anak (Saiyidah, Syafiqah, Syafiq, Syahir dan Syaza). Video klip ini dihasilkan oleh Nurul Saiyidah bersama adik-adiknya.

Untuk Isteri Yang Meminati Sudirman

Terasing
Kegelisahan didalam kedinginan
Meniti sepi keseorangan
Sebuah kematian yang tiada bernisan
Sendu mengiringi perpisahan
Ruang nan luas diri bergerak bebas
Namun keupayaanku terbatas
Segala mimpi menjadi asing
Perit membakar diri
Sebuah cinta dan harapan
Menjadi mimpi berterbangan
Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat tersiksa diriku
Kerana kehilanganmu
Oh mengapakah terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari
Kau tak kan kembali
Pemergianmu mengisi kekosongan
Biarpun dikau masih kuperlukan
Kita dikatakan pasangan bahagia
Kini terasing luka
Selamat Ulang Tahun Kelahiran 10 JULAI

Terasing - Sudirman

July 8, 2008

Demi Anak-anak

Malam ini 08.07.2008. Hanya tinggal 62 hari lagi UPSR. Perjumpaan ibu-bapa bersama GB, GPK 1, Setiausaha UPSR dan Kaunselor sekolah. InsyaAllah kumpulan ke 3 pada hari Sabtu 12.07.2008
Siapa yang tak sayang anak oii.
Tahniah kepada ibu-bapa yang hadir
Perjumpaan waktu malam lebih tenang.
Harapan tinggi kaum ibu.

Perjumpaan Kumpulan ke 2 ibu-bapa bersama Guru Besar. Mana Guru Besar ? Biasalah GB yang ambil gambar.

July 7, 2008

Cameron Highlands 2008

Sekali lagi Cameron Highlands 06 hingga 07 JULAI 2008
RM 350.00 semalam
RM 3.00 tak masuk air
Licin










July 1, 2008

Peringatan

Perlu diingat dan dalam kawalan:
  • PEREMPUAN
  • WANG
  • KUASA
  • KEMEGAHAN

June 21, 2008

Selamat Tinggal Langkawi

Pulau Dayang Bunting (mengandung)
Tiung Lapangan Terbang Langkawi
Kepala Burung Lang

June 18, 2008

Dataran Lang




Ada orang kata Langkawi tu sempena nama Sarkawi..jangan perasan le.

Langkawi Hari Ke Dua











June 17, 2008

Langkawi 17.06.2008

Ini bukan daun tapi sejenis IKAN (Underwater World Langkawi)
Pemandangan dari bilik Hotel Langkawi Seaview (tingkat 6)

April 29, 2008

Kalumpang

Isnin 28.04.2008 berada di Kalumpang. Buat apa ? tengok air.

April 12, 2008

Bunga Lagi

Kata orang, melihat keindahan bunga dapat menenangkan jiwa dan perasaan.

April 9, 2008

Dah Lama Tak Jenguk Blog Sendiri

Blog ini hanya suka-suka. Kalau tak hilang adalah dia. Rupanya masih ada. Jadi aku letak gambar bunga supaya tidak lupa.


March 4, 2008

Mengejar Masa

Banyak yang nak dibuat...bertindan-tindan. Powerpoint nak buat...video klip belum edit...mana nak layan itu dan ini....kerja rasmi nak buat juga sedangkan masa tidak menunggu. Apa-apa pun aku tengok Mejar Dr Faiz Khaleed tetap senyum. Sah ketahana mental dan fizikalnya cukup hebat.