May 6, 2009

Sekolah Bestari Luar Bandar

Pelancaran Program Sekolah Bestari Luar Bandar Fasa 1, 2009
.
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Y.Bhg. Dato' Hj. Alimuddin bin Hj. Mohd. Dom telah melancarkan Program Sekolah Bestari Luar Bandar Fasa 1, 2009 di SMK (Felda Besaut, Sungkai Perak pada 5 Mei 2009 jam 3.00 petang.
Gambar bersama 15 orang Pengetua dan Guru Besar
Ucapan KPPM
Sempat bergambar pegawai ICT JPNJ dan PPD Batu Pahat
Gambar-gambar lain (56 keping) sila download dari sini (besout_bistari.zip)

May 4, 2009

Terkejar-kejar

Selepas sedikit membantu JPNJ (jaminan kualiti) untuk SPSK pastu aku ke IAB, balik IAB buat LDP keesoknya ikut MGBBP ke Tanjung Balai. Balik sekolah layan rakan-rakan dari BTPNJ, PKG dan PPD (unit ICT) termasuklah hari ini terkejar-kejar untuk penyelenggaraan PC kat bilik komputer.
.
Cuti Hari Pekerja sempat juga ke majlis perkahwinan anak bekas guru aku kemudian jenguk sekolah baca surat dan TT mana yang diamanahkan di+ tanam semula pokok bunga kertas yang dah mati.
.
Esok pagi (05.04.2009) ke SMK (Felda) Besaut, Sungkai - Majlis Pelancaran Rasmi Sekolah Bestari Luar Bandar oleh KPPM jam 3.00pm - 6.00pm. Aku mungkin tidur di Tanjung Malim kerana Nurul nak ikut balik hari Rabu.
.
Nak kata sibuk, taklah sibuk sangat macam PM...terima kasih Kak Som yang banyak membantu. Terima kasih juga kepada rakan-rakan GPK dan rakan-rakan guru yang lain. Tak ada GB pun kita boleh Johan Bola Baling (P) Zon, Boria dan Melukis tempat ke 3 Batu Pahat, Memanah - mungkin 2 orang murid kita mewakili Johor ke MSSM yang bakal diadakan di Labuah Sabah. Tahniah cikgu-cikgu jurulatih yang bersemangat untuk mengharumkan nama sekolah kita.
.
Tahniah Cikgu Mislia, Cikgu Aida, Cikgu Shamala, dan Cikgu-cikgu lain yang dah ada blog berunsur pendidikan.
Pesan saya: jangan kelam kabut....pelan-pelan buat persediaan nanti kena NCR.

May 1, 2009

Tanjung Balai 26 - 28 APRIL

Pagi 26 APRIL - Berada di Jeti Kukup, Pontian
Malam 26 APRIL " Malam Ramah Tamah bersama Pemerintah Kabupaten Karimun Dengan Majelis Guru Besar Batu Pahat Johor Malaysia"

Bergambar ramai

Pagi 27 APRIL - Lawatan sambil belajar di tiga buah sekolah.

Sekolah ke dua dikunjungi.

Sekolah ketiga yang kami kunjungi.

Malam 27 APRIL - Makam malam

Pagi 28 APRIL - Lobi Hotel Rasa Sayang
Petang 28 APRIL - Berada di Malaysia

April 26, 2009

Lawatan Sambil Belajar

26 hingga 28 APRIL 2009 aku bersama isteri mengikut lawatan sambil belajar anjuran MGB Batu Pahat ke negara jiran Indonesia. Bagi rakan-rakan yang berhajat melihat 88 keping gambar semasa di IAB. Cuba-cubalah download dari sini ( Fail tu besar 16.2MB dan aku sumbat dalam zip file ). Kena sabar pak.

April 25, 2009

LDP SK Peserai Bil.2/2009

Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) SK Peserai berjalan seperti dirancang pada hari ini. Tajuk kursus : Pembestarian Sekolah dan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) Ke Arah MS ISO 2001:2008. Selain aku sendiri memberikan taklimat berkaitan Sekolah Bestari, dua orang penceramah hebat dalam bidangnya turut memberikan penerangan berkaitan SPSK iaitu En. Osman bin Nekmat ( Penolong Pengarah Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pelajaran Johor) dan En. Rashid bin Sulaiman (Pengetua SMK Banang Jaya). Diharapkan Matlamat dan objektif LDP kali ini tercapai sepenuhnya. Kursus telah dijalankan di Bahagian Teknologi Pendidikan Zon Bagan. Terima kasih kepada En. Ridhzuan bin Hj. Jamian (Pegawai Teknologi Pendidikan BTPZ Bagan)
En. Rashid bin Sulaiman ( Pengetua SMK Banang Jaya ) menerangkan tentang SPSK
Cenderamata untuk En. Osman bin Nekmat ( Penolong Pengarah Sektor Jaminan Kualiti JPNJ) menerima cenderamata selepas menyampikan taklimat berkaitan SPSK.
GB menerangkan Sekolah Bestari Luar Bandar yang akan dilaksanakan di SK Peserai.

Terima kasih dan tahniah kepada semua guru dan penceramah undangan yang hadir menjayakan sebahagian tanggung jawab kita.

April 24, 2009

Habis Kursus

Hari ini saya tamat menjalani Kurus Pengurusan Perkhidmatan ICT (Guru Besar) dari 19 - 24 APRIL 2009 bertempat di IAB Induk, Genting Highlands. Kepada rakan-rakan guru di SK Peserai, esok jangan lupa kita ada Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) bertajuk "Program Pengurusan Sekolah Kualiti Kearah MS ISO 9001:2008". Dua agenda besar kita untuk merealisasikan Sekolah Bestari dan Sekolah MS ISO 9001:2008 menjadi tanggungjawab bersama.

"Jom Ngeteh"

Untuk mengeratkan persahabatan, biasanya peserta kursus keluar minum petang di kedai kopi. Di kampung saya perkataan "jom ngeteh" popular untuk kawan-kawan mengajak saya keluar ke mana-mana warung. Maklumlah saya ni orang kampung yang belum biasa minum di hotel kecuali tempat kursus sememangnya di hotel..

Di sini tak ada warung, Tumpuan utama Restoran Nasi kandar Genting.
"Tok Ketua Penghulu" pun keluar "ngeteh" juga.

April 22, 2009

Timbul Semangat

Hari ini aku dibawa ke SK Seri Bintang Utara, Cheras, KL bersama kumpulan peserta Kursus Perkhidmatan ICT (Guru Besar). Terasa kecil dan kerdil jika dibandingkan prasarana yang mereka miliki. Mereka ada 6 buah Interactive Whiteboard, Perpustakaan Digital, lebih 160 komputer, berpuluh TV dan Kios interaktif. Dimaklumkan bahawa mereka telah melalui pahit getir untuk merealisasikan Sekolah Bestari selama 10 tahun.
Tahukah anda, bahawa aku hanya ada semangat dan sedikit keberanian untuk membawa sekolah ku ke arah bestari. Alhamdulillah dengan "memandai-mandai" sekolah aku juga ada portal yang tidak dikemaskinikan, aku memasang sendiri "LAN" untuk semua 5 orang GPK yang disambungkan ke talian internet ( Schoolnet ), Memasang CCTV-5 buah kamera litar tertutup, Memasang wireless router sebanyak 4 buah bagi memudahkan guru-guru mengakses internet bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran dan Memasang 16 unit telefon PABX yang menghubungkan bilik-bilik khas di sekolah termasuk pondok pengawal.
Terasa kerdil kerana aku kekurangan komputer ( komputer untuk murid hanya ada 14 buah untuk 1000 murid ). Pusat Akses belum ada.
Lihatlah kehebatan anak-anak tahun 4 menunjukkan kemahiran mereka membuat animasi dari tanah liat menggunakn perisian movie maker. Mereka menggunakan kamera digital sendiri?? mampu dan sanggupkah ibu-bapa membeli sebuah kamera digital untuk anak.

Gambar peserta kursus di hadapan SK Seri Bintang Utara. Rugi jadi Juru Gambar.

Maaf

Hari ini 22.04.2009 hingga 24.04.2009 kawan mohon maaf kepada rakan-rakan MySchoolNet kerana tidak dapat hadir ke Hotel Prescott Inn, KL untuk mengikuti Mesyuarat Perancangan dan Penyelarasan Jawatankuasa Petugas Laman Web MySchoolNet. Kawan dah maklumkan En. Sayuti kerana kursus di IAB menjadi keutamaan untuk kali ini.
InsyaAllah lain kali jika diundang kawan tetap hadir.

April 21, 2009

Demi Masa

Sabtu 18.04.2009
Sabtu 18.04.2009

Sabtu 18.04.2009 - Bersama isteri dan 4 orang anak ke Genting Highlands. Menghantar saya berkursus ( Kursus Pengurusan ICT untuk GB dari 19 hingga 24 APRIL 2009)

Hari Jumaat 17.04.2009 - Perjumpaan kumpulan pertama ibu-bapa tahun 6 bersama GB, GPK, Guru Kaunseling dan guru-guru tahun 6.
13 hingga 15 APRIL 2009 - membantu JPNJ (Sektor Jaminan Kualiti) menyediakan bahan SPSK ( Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti) ke arah MS ISO 9001:2008 di Hotel Tropical Inn JB

Kursus Kepimpinan Guru Besar Cemerlang

December 1, 2008

Pasal Monyet

Monyet-monyet ni hidup bermadu...masing-masing dah dapat anak seekor. Binatang pun sayangkan anak. Fikirkanlah.
Tidur mengiring tersalah kebas
Tidur menelentang kuat mendengkur
Apa difikir apa nak dibahas
Cinta monyet memang mudah berkubur
Berkasih pada yang sayang
Seperti monyet dapat bunga ?!
Opss yang ini...seperti monyet dapat gam.

Monyet kat atas ni...frust ditinggalkan kekasih...almaklumlah cinta monyet.
Monyet Tua Hilang Di Sawah
Orang Sekampung Sibuk Mencari
Jika Anda Scroll Ke Bawah
Sah...Monyet itu anda yang curi