July 7, 2009
June 1, 2009
May 30, 2009
Perkhemahan Unit Beruniform
Perkhemahan Bersepadu Unit-Unit Beruniform mulai Jumaat 29.05.2009 hingga Ahad 31.05.2009. Tahniah kepada semua guru terutama Cikgu Aziz bin Seman GPK KK yang telah berjaya mengelolakan program tahunan ini.
May 28, 2009
Bengkel ICT Masa Cuti
Minggu hadapan akan-rakan guru mula bercuti pertengahan tahun. Pelbagai program telah diatur oleh pihak sekolah. Kem Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform, Kelas Tambahan, Gerak Gempur UPSR dan lain-lain. Masa cuti cikgu bersama keluarga agak terhad kerana komitmen tugas kokurikulum.
.
Guru Besar tidak ada kemudahan cuti penggal. Cuti rehat mungkin boleh diambil.
.
Saya bercadang mengadakan Bengkel ICT Percuma kepada guru-guru seperti ketetapan berikut:
1. Tarikh : Cuti Sekolah (ditetapkan oleh kumpulan 10 - 15 guru)
2. Sasaran : Berminat, berkelapangan dan tiada paksaan
3. Masa : 2 hingga 3 jam (sebelah pagi)
4. Tempat : Makmal Komputer
5. Makan : Tak disediakan (bawak sendiri)
6. Kandungan : Mengikut permintaan guru-guru, Contohnya:
a. Penggunaan "serch engine" - 10 minit
b. Membuat folder "Bookmark/Favorites" - 10 minit
c. Muaturun bahan (download)/ "Copy & Paste" - 10 minit
d. Menyimpan dokumen dalam folder - 10 minit
e. Pengurusan e-mail - 30 minit
f. Membina "Blog" / Sembang "yahoo messenger" "skype" dll
g. EduwebTV
h. Microsoft "Excell" "Word" "Powerpoint" dll.
Sekali lagi diingatkan - bengkel ini percuma untuk guru SK Peserai yang ada kelapangan dan berminat untuk berkongsi pengalaman. Bengkel ini bukan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang diwajibkan tu. Kawan rasa "boring" jugak masa cuti ni.
.
Guru Besar tidak ada kemudahan cuti penggal. Cuti rehat mungkin boleh diambil.
.
Saya bercadang mengadakan Bengkel ICT Percuma kepada guru-guru seperti ketetapan berikut:
1. Tarikh : Cuti Sekolah (ditetapkan oleh kumpulan 10 - 15 guru)
2. Sasaran : Berminat, berkelapangan dan tiada paksaan
3. Masa : 2 hingga 3 jam (sebelah pagi)
4. Tempat : Makmal Komputer
5. Makan : Tak disediakan (bawak sendiri)
6. Kandungan : Mengikut permintaan guru-guru, Contohnya:
a. Penggunaan "serch engine" - 10 minit
b. Membuat folder "Bookmark/Favorites" - 10 minit
c. Muaturun bahan (download)/ "Copy & Paste" - 10 minit
d. Menyimpan dokumen dalam folder - 10 minit
e. Pengurusan e-mail - 30 minit
f. Membina "Blog" / Sembang "yahoo messenger" "skype" dll
g. EduwebTV
h. Microsoft "Excell" "Word" "Powerpoint" dll.
Sekali lagi diingatkan - bengkel ini percuma untuk guru SK Peserai yang ada kelapangan dan berminat untuk berkongsi pengalaman. Bengkel ini bukan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang diwajibkan tu. Kawan rasa "boring" jugak masa cuti ni.
May 19, 2009
May 18, 2009
Guru SK Peserai
Sila download gambar di atas untuk mendapatkan saiz lebih besar
Badan Kebajikan Bilik Guru SK Peserai 2009
May 16, 2009
May 9, 2009
May 7, 2009
Terima kasih
Aku tunjukkan "LAN" di pejabat ( 9 PC kegunaan semua GPK dan PT-PT), Cikgu Zainorida meunjukkan Kad Pintar untuk pinjaman buku perpustakaan, wireless router di 5 lokasi, malangnya pada hari ini tak dapat untuk akses ke internet. Apa masalahnya? Masa cuti sekolah bagus bedesup-desup pulak - talian sesak kot atau ada masalah lain.
Kalaulah kawan diberi peluang mendapatkan apa yang kawan mahu. Jawapannya :
- 200 PC untuk murid seramai 1000 orang ( 1 PC : 5 murid) maksud kawan setiap bilik darjah tersedia sekurang-kurang 3 PC dan sebuah TV dan di perpustakaan tesedia 10 PC kegunaan murid.
- TV LCD 46 inci - 2 buah
- Interaktif Whiteboard - 4 unit
- Kios tuch screen - 2 unit
- Kursus dan bengkel untuk guru-guru - Joomla / Mamboo / dll
- Semua perisian terkini yang berlesen
Apa pun, terima kasih diatas lawatan pegawai BTPN dan JPNJ. Nampaknya tak lah kawan memandai-mandai lagi. Ada yang bersedia memberi tunjuk ajar dan tempat kawan mengadu. Terima kasih semua.
May 6, 2009
Sekolah Bestari Luar Bandar
Pelancaran Program Sekolah Bestari Luar Bandar Fasa 1, 2009
.
Gambar bersama 15 orang Pengetua dan Guru Besar
Gambar-gambar lain (56 keping) sila download dari sini (besout_bistari.zip)
.
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Y.Bhg. Dato' Hj. Alimuddin bin Hj. Mohd. Dom telah melancarkan Program Sekolah Bestari Luar Bandar Fasa 1, 2009 di SMK (Felda Besaut, Sungkai Perak pada 5 Mei 2009 jam 3.00 petang.
Gambar-gambar lain (56 keping) sila download dari sini (besout_bistari.zip)
May 4, 2009
Terkejar-kejar
Selepas sedikit membantu JPNJ (jaminan kualiti) untuk SPSK pastu aku ke IAB, balik IAB buat LDP keesoknya ikut MGBBP ke Tanjung Balai. Balik sekolah layan rakan-rakan dari BTPNJ, PKG dan PPD (unit ICT) termasuklah hari ini terkejar-kejar untuk penyelenggaraan PC kat bilik komputer.
.
Cuti Hari Pekerja sempat juga ke majlis perkahwinan anak bekas guru aku kemudian jenguk sekolah baca surat dan TT mana yang diamanahkan di+ tanam semula pokok bunga kertas yang dah mati.
.
Esok pagi (05.04.2009) ke SMK (Felda) Besaut, Sungkai - Majlis Pelancaran Rasmi Sekolah Bestari Luar Bandar oleh KPPM jam 3.00pm - 6.00pm. Aku mungkin tidur di Tanjung Malim kerana Nurul nak ikut balik hari Rabu.
.
Nak kata sibuk, taklah sibuk sangat macam PM...terima kasih Kak Som yang banyak membantu. Terima kasih juga kepada rakan-rakan GPK dan rakan-rakan guru yang lain. Tak ada GB pun kita boleh Johan Bola Baling (P) Zon, Boria dan Melukis tempat ke 3 Batu Pahat, Memanah - mungkin 2 orang murid kita mewakili Johor ke MSSM yang bakal diadakan di Labuah Sabah. Tahniah cikgu-cikgu jurulatih yang bersemangat untuk mengharumkan nama sekolah kita.
.
Tahniah Cikgu Mislia, Cikgu Aida, Cikgu Shamala, dan Cikgu-cikgu lain yang dah ada blog berunsur pendidikan.
Pesan saya: jangan kelam kabut....pelan-pelan buat persediaan nanti kena NCR.
May 1, 2009
Tanjung Balai 26 - 28 APRIL
April 26, 2009
Lawatan Sambil Belajar
26 hingga 28 APRIL 2009 aku bersama isteri mengikut lawatan sambil belajar anjuran MGB Batu Pahat ke negara jiran Indonesia. Bagi rakan-rakan yang berhajat melihat 88 keping gambar semasa di IAB. Cuba-cubalah download dari sini ( Fail tu besar 16.2MB dan aku sumbat dalam zip file ). Kena sabar pak.
April 25, 2009
LDP SK Peserai Bil.2/2009
Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) SK Peserai berjalan seperti dirancang pada hari ini. Tajuk kursus : Pembestarian Sekolah dan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) Ke Arah MS ISO 2001:2008. Selain aku sendiri memberikan taklimat berkaitan Sekolah Bestari, dua orang penceramah hebat dalam bidangnya turut memberikan penerangan berkaitan SPSK iaitu En. Osman bin Nekmat ( Penolong Pengarah Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pelajaran Johor) dan En. Rashid bin Sulaiman (Pengetua SMK Banang Jaya). Diharapkan Matlamat dan objektif LDP kali ini tercapai sepenuhnya. Kursus telah dijalankan di Bahagian Teknologi Pendidikan Zon Bagan. Terima kasih kepada En. Ridhzuan bin Hj. Jamian (Pegawai Teknologi Pendidikan BTPZ Bagan)
Terima kasih dan tahniah kepada semua guru dan penceramah undangan yang hadir menjayakan sebahagian tanggung jawab kita.
April 24, 2009
Habis Kursus
Hari ini saya tamat menjalani Kurus Pengurusan Perkhidmatan ICT (Guru Besar) dari 19 - 24 APRIL 2009 bertempat di IAB Induk, Genting Highlands. Kepada rakan-rakan guru di SK Peserai, esok jangan lupa kita ada Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) bertajuk "Program Pengurusan Sekolah Kualiti Kearah MS ISO 9001:2008". Dua agenda besar kita untuk merealisasikan Sekolah Bestari dan Sekolah MS ISO 9001:2008 menjadi tanggungjawab bersama.
"Jom Ngeteh"
Untuk mengeratkan persahabatan, biasanya peserta kursus keluar minum petang di kedai kopi. Di kampung saya perkataan "jom ngeteh" popular untuk kawan-kawan mengajak saya keluar ke mana-mana warung. Maklumlah saya ni orang kampung yang belum biasa minum di hotel kecuali tempat kursus sememangnya di hotel..
April 22, 2009
Timbul Semangat
Hari ini aku dibawa ke SK Seri Bintang Utara, Cheras, KL bersama kumpulan peserta Kursus Perkhidmatan ICT (Guru Besar). Terasa kecil dan kerdil jika dibandingkan prasarana yang mereka miliki. Mereka ada 6 buah Interactive Whiteboard, Perpustakaan Digital, lebih 160 komputer, berpuluh TV dan Kios interaktif. Dimaklumkan bahawa mereka telah melalui pahit getir untuk merealisasikan Sekolah Bestari selama 10 tahun. Tahukah anda, bahawa aku hanya ada semangat dan sedikit keberanian untuk membawa sekolah ku ke arah bestari. Alhamdulillah dengan "memandai-mandai" sekolah aku juga ada portal yang tidak dikemaskinikan, aku memasang sendiri "LAN" untuk semua 5 orang GPK yang disambungkan ke talian internet ( Schoolnet ), Memasang CCTV-5 buah kamera litar tertutup, Memasang wireless router sebanyak 4 buah bagi memudahkan guru-guru mengakses internet bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran dan Memasang 16 unit telefon PABX yang menghubungkan bilik-bilik khas di sekolah termasuk pondok pengawal.
Terasa kerdil kerana aku kekurangan komputer ( komputer untuk murid hanya ada 14 buah untuk 1000 murid ). Pusat Akses belum ada.
Maaf
Hari ini 22.04.2009 hingga 24.04.2009 kawan mohon maaf kepada rakan-rakan MySchoolNet kerana tidak dapat hadir ke Hotel Prescott Inn, KL untuk mengikuti Mesyuarat Perancangan dan Penyelarasan Jawatankuasa Petugas Laman Web MySchoolNet. Kawan dah maklumkan En. Sayuti kerana kursus di IAB menjadi keutamaan untuk kali ini.
InsyaAllah lain kali jika diundang kawan tetap hadir.
April 21, 2009
Demi Masa
March 25, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)





