May 11, 2011

Lawatan Kerja Tuan Haji Shapie

Guru sebagai profesional pendidikan. Cabaran guru untuk menghadapi persekitaran kerja di sekolah tan tuntutan masyarakat di luar sekolah semakin kompleks. Di sekolah, guru berdepan dengan murid yang datang dari pelbagai latarbelakang sosioekonomi dan sosiobudaya. Harapan murid ialah mereka dipersiapkan dengan pelbagai kompetensi baharu, terutamanya kemahiran berfikir yang dapat menjamin kelangsungan dan daya saing dalam dunia kehidupan mereka pada masa hadapan yang sudah tentunya berbeza dengan dunia kehidupan guru.

Bertolak atas kesedaran itu, Tuan Haji Shapie bin Hj Md Shariff, Pegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat bersama rakan-rakan pegawai dari PPD Batu Pahat telah melakukan lawatan kerja ke SK Peserai dan seterusnya melakukan perjumpaan bersama kumpulan guru dari sekolah ini.

Kelas 6 Juara
Kelas 6 Jaya


InsyaAllah, kami wakga SK Peserai akan membuktikan apa yang kami kata. 5A UPSR 2011 akan memecahkan rekod terbaik selama ini. 20 orang 5A dalam tangan dan 30 orang 5A jadi sasaran. Nasihat tuan menjadi panduan kami.

April 23, 2011

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 35

Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan Mesyuarat Agung PIBG tahun ini.




Lawatan Pelajar IPTHO Batu Pahat

Selamat Datang
Pelajar-pelajar Institut Perguruan Batu Pahat
Khamis 21.04.2011
(Kawan Cuti Rehat Masa Tu...)

April 16, 2011

Nasuha Herbs and Spices Farm

Hari ini 16.04.2011, saya membawa anak dan isteri ke Ladang Herba Nasuha untuk melihat aktiviti cikgu bersama anak-anak murid...Tahniah semua.
Cikgu Hajah Fadzilah bersama buah asam gelugur
14.04.2011 - Pasukan Pengakap SK Peserai berjaya merangkul tempat ketiga dalam pertandingan kawat kaki peringkat daerah Batu Pahat 2011. Sekali lagi tahniah kepada guru-guru dan pasukan pengakap yang telah berlatih selama seminggu.

April 13, 2011

Hj Rahaman bin Karman

Petang tadi saya bersama beberapa orang rakan  meluangkan masa berkunjung ke SK Seri Puleh untuk mengucapkan selamat kepada Tuan Haji Rahaman bin Karman, Guru Besar SK Seri Puleh akan bersara wajib pada 15.04.2011.  Saya mengenali Tuan Haji Rahaman semenjak tahun 2000, ketika itu kami berkongsi SK Limpoon (1) dan SK Limpoon (2).  Beliau seorang yang peramah, mudah didamping, periang dan menunjukkan kehebatan dalam mengurustadbir sekolah.  Beliau pernah dipilih sebagi Pengerusi MGB Batu Pahat.
Kita datang tanpa sebarang majlis rasmi - kita tetap mengingati tuan sampai bila-bila.
Minum petang

April 9, 2011

F1 Petronas Malaysia Grand Prix

InsyaAllah esok berada di Litar Sepang untuk menyaksikan sukan bertaraf dunia.
Malam ini kawan menginap di Nilai.
 Terima kasih kepada anak menantu yang tolong membelikan tiket.
Parkir kereta saja RM50.00
KESIMPULANNYA: memang bertaraf dunia.
Gambar yang kawan rakamkan
Sebahagian penonton lereng bukit
Gambar dari tempat duduk kawan
 
CATATAN:
 
1. Teket paling mahal: RM1600.00 untuk 3 hari
2. Teket paling murah: RM60.00 untuk 3 hari
3. Parker kereta: RM50.00 untuk 3 hari
4. Minuman dan maknan tidak dibenarkan di bawa masuk
5. Air minuman botol kecil: RM 5.00
6. Makanan segera RM10.00, RM15.00 dan RM25.00
7. Kamera : Dibenarkan dibawa masuk

April 7, 2011

Hobi

"Hobi Kamera takpe"...kata is3

April 3, 2011

Bersara, Hebat dan Nikon Baru

Selamat Bersara untuk sahabat kita Puan Boo Lee Ling dan Puan Hajah Ramlah binti Sudin pada 27 dan 28 MAC 2011. Terima kasih dan jasa bakti puan amat dihargai.
Hari Terakhir Cikgu Hajah Ramlah binti Sudin sebagai guru di sekolah.
Sekolahku Hebat - Astro Ceria
Sekolahku Hebat Astro Ceria - Rakaman pada 30.03.2011
Kamera Nikon D90 kawan berpindah milik "murah-murah"
Terliur pulak Nikon D300S - dalam cermin lagi.
Alhamdulillah dah ada kat rumah
Gambar bunga daisy orang rumah

March 18, 2011

Bukti Berada di BTPN Johor

(sila klik gambar untuk saiz lebih besar)
Kursus Juruaudit MS ISO 9001:2008
Jabatan Pelajaran Johor dan
Pejabat Pelajaran Daerah Tahun 2011
Tarikh: 16 - 18 MAC 2011
Tempat : BTPN Johor, Taman Skudai Baru, Johor Bahru.

Kalaulah pasangan kita mahu melakukan pengauditan betul atau tidak kita mengikuti Kursus Juruaudit MS ISO 9001:2008 untuk Timbalan PPD, Pegawai Jaminan Kualiti PPD dan beberapa orang pengurus kualiti sekolah.  Gambar di atas, boleh dijadikan dokumen sokongan yang lebih kuat.

Note: Penceramah Undangan Khas
           Puan Mazzleza binti Ab. Wahab
           Ketua Unit Inovasi,
           Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM

March 1, 2011

Kesesakan

Biasalah, jika dah terlalu ramai nak masuk, maka tersangkutlah di pintu masuk.


MAAF - TERLALU RAMAI PENGGUNA MENGAKSES SISTEM.
2002-Can't connect to local MySQL server through socket '/opt/lampp/var/mysql/mysql.sock' (111)

Jalan penyelesaian....sabar dan beri masa lagi untuk berbaris untuk masuk...Terima kasih kerana memahami.
Rasanya jika pintu masuk dibesarkan...mungkin kita mudah masuk

February 28, 2011

Tahniah Semua

Tahniah untuk Cikgu Aziz Seman (4 dari kiri) kerana akan berpindah ke SK Parit Lapis sebagai GPK 1 mulai 01 MAC 2011. 
Klik gambar untuk melihat gambar lebih detail.

February 26, 2011

Ngalahkan YB

Hari ini sibuk sikit
 8.00 pagi - BESTARI SOLAT
 KLIK GAMBAR KAT ATAS - TAHNIAH SK PESERAI JOHAN KESELURUHAN LAGI
 TENGAHARAI - makan
 Pernikahan Zahidah Jamaluddin - anak saudara - Didoakan bahagia dan kekal jodoh hingga ke akhir hayat.
 Kelauga besar 1Malaysia (Klik Gambar untuk lebih detail)

Gambar SK Peserai Johan Keseluruhan MPZ Bagan  Sila KLIK

February 15, 2011

Wang Perempuan Kuasa Kemegahan

Lihat,
Dengar,
Fikir ?
Kaji ?
Selidik ?
Tak de cerita lain.
Kesian Mubarak...

Jom makan dulu....

KLIK UNTUK MELIHAT SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

February 8, 2011

Banjir Mulai Surut

Hari ini Selasa 08.01.2011, saya bersama rakan-rakan GB berpeluang membuat lawatan ke kawasan banjir di Sri Medan.
 Perjalanan kami menaiki lori polis ke SK Seri Sedayong
 SK Seri Sedayong masih digenangi air 
Sedikit sumbangan untuk JK Gerakan Payung Sekolah
Sempat bergambar kenangan.
Alhamdulillah, banjir mulai surut.