February 23, 2013

4 program dalam 1 hari

Hari ini
 Motivasi Keibubapaan
 Ceramah Antidadah
 Siaran Langsung
Bestari Solat bil 1/2013

Aktiviti Sukan...tak ada gambar

Didoakan Pak Saadon segera sembuh.....

February 5, 2013

Seminar Keibubapaan

Hari ini saya menghadiri Seminar Keibubapaan (Menangani Isu LGBT) bertempat di Dewan Universiti Tun Hussein Onn, Batu Pahat.  Seminar dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia YB Dr. Mohd Puad Zarkashi.

Saya amat tertarik dengan ceramah yang disampaikan oleh Cr. Haji Hushim bin Haji Salleh. Pakar motivasi dari Hushim Motivation & Counselling Consultancy.

Cuba ikuti klip video di bawah bertajuk

Al-Kuliyyah 2012 E12 - Anak Siapa

Rasanya bagus untuk kita:

*** Sebenarnya kawan sempat bersalaman semasa Tuan Haji Hushim keluar dari restoran 25 jam awal pagi tadi (semasa saya dan "kembar-kembar" saya ngeteh)

February 4, 2013

Permulaan Yang Baik Untuk SK Penghulu Salleh 2013

Syukur Alhamdulillah, berkat usaha dan latihan serta kesungguhan guru-guru. SK Penghulu Salleh telah menghasilkan kejayaan awal dalam pertandingan Ping Pong dan Catur peringkat MSSC Zon Semerah yang telah diadakan awal tahun ini.  Tahniah kepada semua guru terutama jurulatih dan GPK Kokurikulum yang telah membuktikan bahawa tiada yang mustahil jika kita mahukan kejayaan (ingat: latihan yang berterusan, bersistematik dan tunjuk ajar jurulatih akan menghasilakan KECEKAPAN dan KEMAHIRAN)
JOHAN KESELURUHAN PING PONG (L) MSSC ZON SEMERAH 2013
Tempat Pertama   : Muhammad Ariffin bin Abd Kadir
Tempat Kedua     : Ameer Hilmy bin Norman
BERGU (L)
Tempat Pertama  : Ameer Hilmy dan Mohd Faiz
Tempat Kedua     : Ameer Hazim dan Muhammad Ariffin
BERGU PEREMPUAN
1 Nuraini Innati dan Halizah Roslan
 
JOHAN KESELURUHAN CATUR (L) MSSC ZON SEMERAH 2013
Tempat Pertama  : Muhammad Zulhaziq bin Redzuan
Tempat Kedua     : Ahmad Irfan bin Rosman
Tempat Ketiga    : Muhammad Nizamuddin bin Musa
Tempat Keempat : Muhammad Hizzwan bin Selamat

TAHNIAH dan teruskan USAHA untuk meraih kejayaan dalam bidang Kokurikulum dan KURIKULUM

November 13, 2012

Hari Kelaurga SKPS 2012

Hari Keluarga SK Penghulu Salleh 2012 telah diadakan pada 12 dan 13 November 2012 bertempat di Damar Suria Beach Resort, Pengkalan Balak, Melaka.   Kawan meluangkan masa turut serta walaupun beberapa aktiviti lain perlu diselesaikan (maaf: datang paling lewat dan balik paling cepat....kawan ada urusan keluarga juga)
Tahniah kepada 13 keluarga yang mengandungi lebih kurang 70 orang dapat saling mengenali dalam masa yang singkat.  Harapan kita tahun hadapan penyertaan lebih ramai lagi

 Sunset 12.11.2012
 Keluarga besar Cikgu Hajah Zaharah...
 Keluarga Cikgu Hjh Pauziah
 Keluarga Cikgu Anita
 Aktiviti permainan keluarga
 BBQ


 Santai ditepi kolam...
 sejukk
 Tahun depan dah boleh berendam..
 Aktiviti berendam

November 8, 2012

Hari Anugerah Kualiti Pendidikan SKPS 2012

Hai Anugerah Kualiti Pendidikan dan Majlis Graduasi Prasekolah 2012 SK Penghulu Salleh telah diadakan pada hari ini Khamis 08.11.2012 mulai jam 8.30 pagi.   Tahniah kepada semua penerima anugerah dan terima kasih kepada JK Kerja.
 Ibu bapa yang hadir memberikan sokongan kepada anak-anak
 Bercerita...
 Persembahan zapin
 Graduasi Prasekolah
 Tuan Haji Hamim Haron menyampaikan anugerah Guru Inovatif
 Tuan Haji Hamim Haron menyampaikan anugerah Guru Inovatif
 Tuan Haji Hamim Haron menyampaikan anugerah Guru Inovatif




 Tokoh Murid 2012



November 3, 2012

Pendedahan PPPM 2013-2025

Taklimat / Penerangan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 peringkat SK Penghulu Salleh telah dilaksanakan bagi kumpulan pertama seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 03.11.2012 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengahari
Penceamah : GB, GPK HEM, GPK KK dan Kaunselor

Kumpulan kedua: Hari Selasa (Petang)

Jika kurang jelas...SILA DOWNLOAD DOKUMEN dari link di bawah:

 Sesi bergambar
 Sesi bergambar (take 5)
 tahniah cikgu
 Ceria dan bersedia...
 Bersedia menyokong dan melaksanakan
 Baca PPPM2013-2025 tau...tangan tanda "good"
Doa

October 6, 2012

Perkhemahan 2012 SK. Penghulu Salleh

Syukur alhamdulillah Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SK Penghulu Salleh telah berjaya dilaksanakan pada tahun 2012. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan melibatkan seramai 140 orang pelajar dan guru-guru.  Tahniah dan terima kasih kepada JK Perkhemahan yang diketuai oleh GPK Kokurikulum En. Kassini bin Hj Ya yang telah berjaya memenuhi sebahagian kegiatan kokurikum 2012.  Saya melihat banyak kekuatan yang ada (kerjasama, komitmen, kesungguhan dan tanggungjawab) dikalangan warga SKPS.  Para pelajar yang terlibat pula memperolehi banyak pengalaman baru terutama bila berkerja dalam kumpulan dan mematuhi prosedur dan peraturan yang ditetapkan.

TAHNIAH UNTUK KITA...





August 31, 2012

Perhimpunan Statik Sambutan Kemerdekaan

Tarikh  : 31 OGOS 2012 (Jumaat)
Masa   : 7.30 pagi - 10.00 pagi
Tempat : Stadium Jalan Ampuan, Batu Pahat.
"55 Tahun Merdeka, JANJI DITEPATI"