August 13, 2014
August 5, 2014
August 4, 2014
Warkah dari GB 2014
|
|
_____________________________________________________________________________________
Tarikh : 4 OGOS 2014
Tarikh : 4 OGOS 2014
Ke hadapan anakanda calon UPSR 2014 SK Penghulu Salleh 2014
yang dikasihi.
Anakanda,
Ayahanda doakan agar anakanda
dikurniakan kesihatan yang terbaik untuk menghadapi peperiksaan UPSR pada 09 hingga 11 September 2014 nanti.
Ayahanda harapkan agar anakanda sentiasa tenang dan bersedia dari segi mental
dan fizikal untuk peperiksaan yang penting ini.
Anakanda
yang dikasihi,
Di samping merayakan Hari Raya Aidilfitri, anakanda
hendaklah tidak lupa mengulang kaji pelajaran. Teruskan membuat latihan ulang kaji yang
dibekalkan oleh guru-guru sama ada latihan dari Zoom-A, buku
latihan atau kertas ujian. Ingat pesanan yang selalu ayahanda sampaikan “Latihan yang kerap dan
sistematik akan melahirkan individu yang berkemahiran, cekap dan hebat dalam
semua bidang yang dipelajari"
Kejayaan yang hendak diraih sebenarnya memerlukan usaha yang berterusan, ingatlah tiada
kejayaan yang boleh dicapai dengan mudah, walaupun begitu sekiranya anakanda bersungguh-sungguh dalam apa jua usaha,
semua perkara menjadi mudah dan boleh dicapai. Kesusahan semasa berusaha
mencapai kecemerlangan adalah pengalaman manis yang akan dikenang satu hari
nanti. Sikap berputus asa dan bertangguh hendaklah dibuang jauh-jauh dari diri
anakanda.
Anakanda
yang dikasihi,
Anakanda harus tenang sehinggalah hari
peperiksaan yang sebenar. Dapatkan
sokongan dari ibu bapa, keluarga dan guru-guru. Minta doa restu dan berbuat baiklah pada mereka. Anakanda juga jangan
melupakan jasa mereka yang bertungkus lumus menjadikan anakanda pandai. Semua
guru bersedia untuk membantu anakanda
dalam apa jua keadaan. Mohonlah kemaafan
dan doa daripada mereka. Ayahanda yakin mereka semua akan mendoakan
kejayaan anakanda.
Nasihat ayahanda, agar anakanda menjaga pemakanan, menjaga kesihatan dan keselamatan diri. Gunakanlah masa yang masih
berbaki ini sebaik yang mungkin. Jangan buang masa kerana “Masa Itu Emas”. Rajinlah mengulang kaji dan ketahuilah subjek atau
topik yang masih belum dikuasai sepenuhnya.
Akhir kata sampaikan salam takzim ayahanda kepada ibu bapa atau penjaga anakanda. Semoga kita mencipta rekod terbaik UPSR SK Penghulu Salleh tahun ini.
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat menduduki
peperiksaan UPSR. Semoga kejayaan cemerlang dapat digapai.
Daripada
ayahanda,
(HAJI SARKAWI BIN HAJI SATU)
Guru Besar,
SK Penghulu Salleh.
04 OGOS 2014.
April 30, 2014
Gambar dan Tarikh (SIRI 1)
Peristiwa dan gambar (SIRI 1)
03.09.2013
04.09.2013
05.09.2013
10.09.2013
16.09.2013
21.09.2013
21.09.2013
23.09.2013
25.09.2013
February 1, 2014
5 Bulan Tanpa Catatan
Hampir 5 bulan blog ini "dilupakan" tanpa sebarang "catatan"
Catatan terakhir pada pada 18.08.2013
Tungguuu.....
Catatan terakhir pada pada 18.08.2013
Tungguuu.....
August 18, 2013
August 15, 2013
Dipersilakan datang..
Assalammualaikum wbkt..
Rakan-rakan SK Penghulu Salleh, AJK PIBG SK Penghulu Salleh, Penduduk Taman Warisan Peserai, Rakan-rakan sekolah lama, Rakan-rakan kenalan yang masih ingatkan saya....
Rakan-rakan SK Penghulu Salleh, AJK PIBG SK Penghulu Salleh, Penduduk Taman Warisan Peserai, Rakan-rakan sekolah lama, Rakan-rakan kenalan yang masih ingatkan saya....
July 31, 2013
Warkah GB untuk calon UPSR 2013
Warkah
daripada,
Guru
Besar,SK Penghulu Salleh.
Anakanda,
Ayahanda doakan agar anakanda
dikurniakan kesihatan yang terbaik untuk menghadapi peperiksaan UPSR pada 10
hingga 12 September 2013 nanti. Ayahanda harapkan agar anakanda sentiasa tenang
dan bersedia dari segi mental dan fizikal untuk peperiksaan yang penting ini.
Anakanda yang dikasihi,
Di samping merayakan Hari Raya
Aidilfitri, anakanda hendaklah tidak lupa mengulang kaji pelajaran. Teruskan
membuat latihan ulang kaji yang dibekalkan oleh guru-guru sama ada latihan dari
Zoom-A, buku latihan atau kertas ujian. Ingat pesanan yang selalu ayahanda
sampaikan “Latihan yang kerap dan sistematik akan melahirkan individu yang
mahir, cekap dan hebat dalam semua bidang yang dipelajari.
Kejayaan yang hendak diraih
sebenarnya memerlukan usaha yang berterusan, tiada kejayaan yang boleh dicapai
dengan mudah. Walaupun begitu sekiranya anakanda bersungguh-sungguh dalam apa
jua usaha, semua perkara menjadi mudah dan boleh dicapai. Kesusahan semasa
berusaha mencapai kecemerlangan adalah pengalaman manis yang akan dikenang satu
hari nanti. Sikap berputus asa dan bertangguh hendaklah dibuang jauh-jauh dari
diri anakanda.
Anakanda yang dikasihi,
Anakanda harus tenang sehinggalah
hari peperiksaan yang sebenar. Dapatkan sokongan dari ibu bapa, keluarga dan
guru-guru. Minta restu dan berbuat baiklah pada mereka. Anakanda juga jangan
melupakan jasa mereka yang bertungkus lumus menjadikan anakanda pandai. Semua
guru bersedia untuk membantu anakanda
dalam apa jua keadaan. Mohonlah kemaafan dan doa daripada mereka. Ayahanda
yakin mereka semua akan mendoakan kejayaan anakanda.
Nasihat ayahanda, agar anakanda
menjaga pemakanan, kesihatan dan keselamatan diri. Gunakanlah masa yang masih
berbaki ini sebaik yang mungkin. Jangan buang masa kerana “Masa Itu Emas”.
Rajinlah mengulang kaji dan ketahuilah subjek atau topik yang masih belum
dikuasai sepenuhnya.
Akhir kata sampaikan salam takzim ayahanda kepada ibu bapa atau penjaga anakanda. Semoga kita mencipta rekod terbaik UPSR SK Penghulu Salleh tahun ini.
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat menduduki peperiksaan
UPSR. Semoga kejayaan cemerlang dapat digapai.
Daripada ayahanda,
(HAJI SARKAWI BIN HAJI SATU)
Guru Besar,
SK Penghulu Salleh.
31 Julai 2013.
Beberapa Pautan Petua Pelajar Cemerlang:
* PETUA DAN CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG
* Ciri-ciri pelajar cemerlang
* 33 Ciri Pelajar Cemerlang
* 35 Petua menjadi pelajar cemerlang
* Ciri-ciri pelajar cemerlang
Ulangkaji Pelajaran Semasa Raya (UPSR)
July 23, 2013
Pengorbanan seorang ibu..
~KISAH YANG MENYENTUH PERASAANKU~
Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.
Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan... yang cemerlang.
Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"
Gadis itu menjawab "Tidak."
Pengurus itu bertanya lagi, "Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"
Gadis itu menjawab,"Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya."
Pengurus meneruskan soalannya, "Ibu awak bekerja di mana?" Gadis itu menjawab,"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah."
Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.
Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi, "Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?"
Gadis itu menjawab, "Tidak pernah. Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."
Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.
Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi. Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan ibunya.
Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.
Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan. Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu. Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kasar dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya.
Lama-kelamaan gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti.
Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak. Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal.
Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.
Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya : "Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?"
Gadis itu menjawab : "Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal."
Pengurus itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa?"
Gadis itu menjawab : "Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini. Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti betapa sukarnya mendapat sedikit wang untuk hidup. Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan."
Pengurus itu tersenyum lalu berkata, "Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya. Awak diterima untuk bekerja di sini."
Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat.
Pengajaran dari cerita ini adalah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak.
Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan kerja-kerja di rumah. Dari situ, kita akan belajar untuk menghargai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh mereka
via:Islam Agama Ku
~ Dunia Maklumat

July 4, 2013
Belajar Photoshop
Giliran staf SKPS pula...
Masjid Nabawi Madinah
Putrajaya Malaysia
Dubai
Eiffel Tower Paris...malam
Eiffel Tower Paris..siang
Taj Mahal India
June 6, 2013
Latihan - kemahiran - kecekapan
Hari ini saya memantau dari pejabat bilangan anak-anak cikgu yang membuat latihan secara maya menggunakan portal zoom-a. TAHNIAH MURID-MURID yang berada dalam portal Zoom-a
Percayalah, bila kita banyak membuat latihan secara berulang-ulang dan bersungguh-sungguh maka sebenarnya kita telah melatih diri membuat yang betul dan terbaik.
Cuba anak-anak menulis menggunakan tangan kiri (jika tidak kidal), sudah tentu anak-anak menghadapi masalah kerana kita tidak dilatih menggunakan tangan kiri untuk menulis.
Atlet Negara Cina berjaya sehingga keperingkat antarabangsa kerana mereka menjalani latihan yang kerap, berdisiplin dan keras sejak kecil...cuba KLIK
......sebab itu mereka Berjaya....kita tidaklah seteruk itu.
May 26, 2013
May 16, 2013
Sambutan Hari Guru SKPS 2013
SELAMAT HARI GURU 2013
Gambar dan berita Sambutan Hari Guru SKPS dan Prasambutan 100 Tahun SKPS
Koir guru-guru tanpa sebarang latihan. Tahniah cikgu. Hayati dan amalkan senikatanya ye.
Gambar dan berita Sambutan Hari Guru SKPS dan Prasambutan 100 Tahun SKPS
Koir murid-murid cikgu....buktikan nanti anda beroleh kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
Koir guru-guru tanpa sebarang latihan. Tahniah cikgu. Hayati dan amalkan senikatanya ye.
7.40 pagi: Ketibaan YB Saudara Mohd Ismail bin Roslan ADUN Semerah
Sambutan oleh bekas guru-guru SKPS, Pengerusi PIBG, Bekas murid dan guru-guru
Barisan para guru
Tahniah YB
Ucapan aluan GB
Ucapan YB Mohd Ismail bin Roslan ADUN Semerah
Menadah tangan...
kalangan bekas guru-guru, wakil bekas pelajar dan Jawatan Kuasa PIBG SK Penghulu Salleh
Terima kasih YB
Terima kasih kepada YB datuk Nuraini Ahmad Ahli parlimen Parit Sulung yang mengirimkan Kek
Gambar Guru-guru SK Penghulu Salleh sempena Hari Guru 2013
Bekas guru-guru SK penghulu Salleh turut serta membaca yassin, tahlil dan Doa Selamat
Guru-guru perempuan membuat aksi menarik..
Subscribe to:
Posts (Atom)

KLIK