1.30 pagi 28 Mei 2012 bertolak dari Batu Pahat ke KLIA dengan penerbangan MAS.
5.30 pagi berada di KLIA
9.00 pagi berlepas ke Ho Chi Minh, Vietnam. (penerbangan mengambil masa 1 jam 50 minit)
Tiba di Vietnam 10 pagi waktu Vietnam.
Balik ke Malaysia 10 pagi 31 MEI 2012 waktu Vietnam.
DARIPADA PENERHATIAN SAYA:
1. Jalan raya bandar Ho Chi Minh City dipenuhi motosikal dan wayer berselirat (sabar semasa dijalan raya)
2. Minum kopi ditepi-tepi jalan dengan berbangku dan meja yang kecil (senang lari bila penguatkuasa menyerbu)
3. Untuk hidup dan menyara keluarga yang ramai, mereka bekerja kuat dan gigih (budak-budak mengelap kasut)
4. Kekuatan mental dan kesabaran diperlihatkan semasa peperangan dan aman ( Chu Chi Turnels dan jalan raya)
5. Penjual jalanan ramai memujuk pelancung tetapi tidaklah sampai memaksa (ada yang pandai berbahasa melayu)
6. Harga baju dan kain relatif murah jika pandai menawar.
7. Pendidikan dan Perubatan tidak ada yang percuma.
8. Harga petrol yang tinggi (tidak ada subsidi kerajaan)
NASIHAT PERIBADI
1. Jika berhajat ke Vietnam, Ikut pakej lengkap (mahal sikit tak apa kerana makanan halal di sini sangat mahal)
2. Bila melintas jalan raya, tunggu lega sedikit pastu melintaslah dan jangan tunggu di tengah jalan dan jangan lupa berdoa dan pejam mata. Kalu tidak sampai malamlah tak dapat melintas jalan.
3. Bila berbelanja, buatlah penawaran serendah 30 hingga 50 peratus
4. Jangan lupa bawa beg tambahan.
5. Wang Malaysia, USD dan Dong diterima. (Tukar wang di Vietnam lebih tinggi)
Baju Hitam "tommy" pemandu pelancung.
Kenangan di Muzium Peringatan Perang
Muzium Perang
Pejabat Pos
Penginapan - Hotel Saigon
Sejarah Rumah Peninggal Presiden
Naik sampan di Delta Mekong
Jetti Sungai Mekong
Peninggalan Bom di Chi Chi Turnels
Pertukaran duit Dong Vietnam (sehelai 100,000 dong)
Bergambar bersama Imam Yussof di Masjid Vietnam
No comments:
Post a Comment