August 9, 2011

Tahniah GPK1 dan Cikgu GPK Petang SK. Peserai.

Secara rasmi dua orang kuat SK Peserai telah diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tugas sebagai Guru Besar mulai 01 OGOS 2011.

Puan Kalthom binti Haron, Guru Penolong Kanan 1 (Pentadbiran/Kurikulum) berpindah sebagi Guru Besar SK. Sungai Suloh, Batu Pahat.

Encik Sakip bin Suradi, Guru Penolong Kanan (Petang) berpindah sebagi Guru Besar SK. Seri Banang, Batu Pahat.

Seluruh warga SK. Peserai mengucapkan tahniah, terima kasih dan selamat bertugas di tempat baru.

August 4, 2011

Alfatehah Untuk Allahyarham Haji Abdul Malek bin Ngah

Malam tadi selepas solat tarawih, anak perempuan saya memaklumkan kami bapa mertuanya Haji Abdul Malek bin Ngah telah kembali ke rahmatullah.  Allahyarham telah diserang angin ahmar kali kedua dan telah menerima rawatan Hospital Sungai Buloh lebih dua minggu sebelum dibawa balik ke rumah. Saya dan isteri sempat menziarahinya pada hari Sabtu 23.07.2011.  Kepada anakanda Mohamad Shadiq dan Nurul Saiyidah diharap dapat bertenang dan menerima ketentuanNya.  Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. AL-FATEHAH.

InsyaAllah, saya dan isteri akan mezirahi keluarga besan kami pagi ini.
Alfatehah untuk Alllahyarham Tuan Haji Abdul Malek bin Ngah (berkopiah): 22 MEI 2010

July 20, 2011

Berkongsi Pengalaman SPSK

Hari ini 20.07.2011, sekolah kami dikunjungi seramai 18 orang guru-guru dari SMK Datin Onn Jaafar, Batu Pahat untuk berkongsi pengalaman kami melaksanakan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK). Rombongan dari SMK Datin Onn Jaafar diketua oleh GPK 1 En. Razif bin Suradi. Mohon maaf sekiranya penerangan kami kurang jelas atau memuaskan hati. Terima kasih kepada En. Rosli Jabar Pegawai SJQ PPD Batu Pahat yang turut hadir membantu.

Nasihat saya:
Baca Manual Kualiti, Prosedur Kualiti dan Lampiran yang dibekalkan oleh JPN Johor. Fahami dan laksanakan. Jika kurang faham, tanya Pengawai SJQ PPD, SJQ JPN atau Pegawai Teknikal SPSK. Saya hanya Juru Audit SPSK yang diberi peluang mengikuti Kursus Juruaudit MS ISO 9001:2008.

Sabtu 16.07.2011
Kelas Bahasa Cina mengadakan Pertandingan Membaca Petikan Bahasa Manderin. Tahniah kepada anak-anak yang berjaya dan guru-guru yang mengendalikan pertandingan ini.

July 9, 2011

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SK Peserai Tahun 2011

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SK Peserai Tahun 2011
Tarikh: Jumaat 08.07.2011 hingga Ahad 10.07.2011
Tempat : Kem Pertanian Sungai Sudah, Muar.
Peserta : 125 murid (3 bas)
 Peserta mendirikan kemah
 Mendengar taklimat
 Bergambar selepas Majlis Perasmian
 Semoga pengalaman dan latihan yang anak-anak ikuti menjadikan kita kuat dan sihat dari segi jasmani, emosi, mental, rohani dan intelek.  Tahniah kepada semua yang terlibat (GPK Kokurikulum, Kem Komandan, Jurulatih, guru penasihat, pelajar-pelajar dan ibu-bapa).  Saya tak dapat mengikuti sepenuhnya aktiviti ini kerana akan bercuti ke Kuala Selangor bersama keluarga.

July 5, 2011

Lawatan Rakan GB dan Pengetua

Hari ini sekolah kawan dilawati oleh seramai 30 orang rakan-rakan Guru Besar dan Pengetua Batu Pahat yang sedang mengikuti Kursus Kepimpinan Strategik ICT anjuran IAB Wilayah Selatan. Kawan merasakan amat kerdil jika nak dibandingkan kehebatan yang ada di sekolah masing-masing. Sebenarnya sekolah kawan belum ada Pusat Akses dan Juruteknik Komputer. Komputer yang ada pun terhad. Banyak yang belum ada. Mohon maaf jika lawatan tuan/puan tidak memenuhi hasrat dan kehendak hati tuan/puan.


 Lagu "Jiwa dan Minda" (Lagu rasmi Sekolah Bestari)
 Tengok apa tu? Kiosk pun buat sendiri.

Terima kasih kerana pihak IAB memilih sekolah kawan untuk menyampaikan sedikit pengalaman pembestarian sekolah.

July 3, 2011

1Murid 1Sukan 1Malaysia

1M 1S 1M: SK Peserai

Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia serentak di semua sekolah seluruh negara. SK Peserai tidak ketinggalan menyertainya. Tahniah kepada semua murid dan guru yang menjayakannya.

Mari kita lihat sebahagian Video 1M 1S 1M dari sekolah-sekolah lain:









TAIPING 2 Julai – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyertai Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia di Padang Dataran Perbandaran (Padang Esplanade) di sini pagi ini.

Larian yang disertai oleh 4,137,126 pelajar daripada 9,980 buah sekolah secara serentak di seluruh negara itu mencipta rekod Malaysia Book of Records sebagai larian yang terbesar disertai oleh pelajar sekolah. - Utusan

June 11, 2011

Gambar

Selesai menghadiri Mesyuarat/ Taklimat Program Outreach Sekolah Bestari Luar Bandar. Isteri dan anak-anak menjemput kawan balik tetapi taklah terus ke rumah. Rakan-rakan yang menghadiri Program Outreach di atas boleh melihat gambar dari Facebook saya.
 Dari Kiri: Syahir, Fiqa, Mira, Nurul dan Isteri - Hotel Summit USJ Subang
 Muzium Negara

Tugu Negara
Cameron Highlands

June 8, 2011

Program Outreach Sekolah Bestari Luar

(07 - 09 JUN 2011)
Sekali lagi kawan diundang menghadiri Mesyuarat / Taklimat Program OutReach Sekolah Bestari Luar Bandar bertempat di Hotel Summit Subang, USJ, Selangor mulai hari ini hingga hari Khamis.

Gambar lama (6 MEI 2009) di atas boleh dilihat dari sini.

Apakah impaknya? Mungkin ini dan ini atau ini serta ini dan ini dapat memberikan sedikit jawapannya.
Kesian sekolah kawan belum ada Pusat Akses, belum ada Juruteknik Komputer dan Guru Penyelaras Bestari tapi dah ada ini..

May 19, 2011

16 hingga 19 MEI 2011

Suatu masa, gambar-gambar ini mengingatkan saya sejarah yang telah berlalu.
16 Mei - Hari Guru






18 Mei 2011 - Audit Akademik 3 sekolah
19 Mei 2011 - Semakin Tua
Terima Kasih

19 Mei 2011, 2.30 petang: Bengkel SSQS untuk 5 sekolah

May 17, 2011

Gambar Guru SK Peserai

SELAMAT HARI GURU 2011
Sila KLIK gambar di atas untuk saiz lebih besar (rugi tak klik)

Terima kasih kepada semua guru SK Peserai yang telah dan akan menjalankan tugas dan amanah sebagai guru. Kita merupakan penjana transformasi pendidikan negara. Terima kasih kepada isteri dan anak-anak yang memberikan sokongan selama ini.  Terima kasih kepada semua guru saya yang pernah mengajar tulis baca dan kira-kira (1965 darjah 1- SK Pintas Puding dalam ingatan).

May 15, 2011

Selamat Hari Guru 2011 (kemaskini)

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Hari ini, saya mendapat SMS dari Tuan PPD (Hj Shapie bin Md Shariff)
"Elakkan kesilapan berulang, pastikan kelemahan dikurangkan, Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Selamat Hari Guru: Selamat Hari Guru. Terima Kasih Cikgu"

Jumaat 13.052011
 Sabtu 14.05.2011
 Sabtu 14.05.2011
 Sabtu 14.05.2011

"Guru O Guru"

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

May 11, 2011

Lawatan Kerja Tuan Haji Shapie

Guru sebagai profesional pendidikan. Cabaran guru untuk menghadapi persekitaran kerja di sekolah tan tuntutan masyarakat di luar sekolah semakin kompleks. Di sekolah, guru berdepan dengan murid yang datang dari pelbagai latarbelakang sosioekonomi dan sosiobudaya. Harapan murid ialah mereka dipersiapkan dengan pelbagai kompetensi baharu, terutamanya kemahiran berfikir yang dapat menjamin kelangsungan dan daya saing dalam dunia kehidupan mereka pada masa hadapan yang sudah tentunya berbeza dengan dunia kehidupan guru.

Bertolak atas kesedaran itu, Tuan Haji Shapie bin Hj Md Shariff, Pegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat bersama rakan-rakan pegawai dari PPD Batu Pahat telah melakukan lawatan kerja ke SK Peserai dan seterusnya melakukan perjumpaan bersama kumpulan guru dari sekolah ini.

Kelas 6 Juara
Kelas 6 Jaya


InsyaAllah, kami wakga SK Peserai akan membuktikan apa yang kami kata. 5A UPSR 2011 akan memecahkan rekod terbaik selama ini. 20 orang 5A dalam tangan dan 30 orang 5A jadi sasaran. Nasihat tuan menjadi panduan kami.

April 23, 2011

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 35

Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan Mesyuarat Agung PIBG tahun ini.