November 11, 2010

Tahniah Mira

Syukur Alhamdulillah.
Tahniah untuk Mira dari abah, mak, kakak2 dan abang2.
Terima kasih kepada cikgu-cikgunya.
Terima kasih semua.
Jangan lupa, teruskan usaha.

November 8, 2010

Rindu ke sana lagi...

 Berada di Arafah - sekarang mungkin jauh berbeza
 Mabit di Mudzalifah - sambil menunggu giliran ke Mina
 Khemah di Mina - menunggu untuk melontar jamrah
Ini bukan di negeri Arab - tapi di negeri Cina ( Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri Cina )
Semoga rakan-rakan kita yang sedang mengerjakan ibadat haji tahun ini memperolehi haji yang mabrur.

October 29, 2010

SK Encik Buyong

Hari ini saya berpeluang melawat Sekolah Kebangsaan Encik Buyong, Kuching:  Beberapa kekuatan yang ketara di sekolah ini:
  • 1. Satu Sindang walaupun bilangan murid melebihi 1000 orang.
  • 2. Kelab Kebudayaan mempunyai bilik khas untuk menyimpan koleksi pakaian penari.
  • 3. Mempunyai 2 makmal komputer dan bilangan komputer untuk murid melebihi 60 buah.
  • 4. Mejoriti guru mempunyai komputer (notebook) peribadi untuk kegunaan sebagai kerjaya guru.
  • 5. Kegiatan kokurikulum menjadi sekolah penanda aras di Sarawak terutama tarian kebudayaan.
  • 6. Seorang murid muncul johan memanah peringkat MSSM pada tahun ini.
  • 7. Mempunyai dewan besar sumbangan PIBG
  • 8. Keputusan UPSR menunjukkan peningkatan. 
TAHNIAH dan terima kasih kepada Guru Besar SK Encik Buyong serta warga sekolah yang telah menerima dan menyambut kehadiran kami dari Batu Pahat, Johor.

Tarian "selamat datang" 
 Guru Besar
 Penari sekolah
 Bergambar kenangan
Bilik Khas - latihan menari dan koleksi pakaian penari.

October 28, 2010

Kuching

Kali pertama Mira naik belon...
Kakak dan Mira dalam belon
Pasu Sarawak
Pasu Sarawak
Bergambar kenangan
Kilang pasu Sarawak
Kampung Budaya Sarawak
Contoh Rumah Melanau
Belajar menyumpit
Panggung Kampung Budaya Sarawak
Antara persembahan yang menarik
 Kek lapis Sarawak memang popular
Ikan Terubuk masin Sarawak memang dikenali

October 22, 2010

Jerebu belum reda

Hari ini jerebu masih belum reda tetapi tidak diperingkat bahaya.
Nasihat untuk anak-anak:
1. Elakkan aktiviti di kawasan terbuka ketika jerebu melanda.
2. Banyakkan minum air masak.
3. Pakai topeng penutup hidung dan mulut.
4. Ikut nasihat arahan pihak berkuasa.
 Kelam dan berkabus
Pakai topeng

October 19, 2010

Mesyuarat/Taklimat Pemantapan ?

Peserta Mesyuarat/Taklimat
(sila klik gambar untuk paparan lebih besar)
Tanpa diduga, saya diminta menyampaikan sedikit pengalaman pembestarian di sekolah saya. Ampunnn...saya tak bersedia.
Hari ini kawan turut serta dalam Mesyuarat/Taklimat Pemantapan Pengurusan Bestari Bagi Pentadbir Sekolah bertempat di Hotel Avillion Legancy Malaka dari 19 hingga 21 OKTOBER 2010 yang dianjurkan Bahagian Teknologi Pendidkan, KPM.
Antara pengisian mesyuarat/taklimat:
1. Pelan Pembestarian Pendidikan KPM
2. Peranan Sekolah Pemangkin
3. Sistem Pengurusan Sekolah
4. Perkongsian Amalan Terbaik Pengurusan Sekolah Pemangkin
5. Perkongsian Amalan Terbaik Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke 21
6. EDUWEB TV
7. Kampus ASTRO bersama komuniti sekolah

October 17, 2010

Masa, tarikh dan di mana

 05:12pm 09.10.2010 Felda Apeng Barat
06:32pm 11.10.2010 Perhimpunan sidang petang
08:47am 13.10.2010 Tapak Peluasan Prasekolah
09:28am 13.10.2010 Kantin Sekolah
10:53am 13.10.2010 Bilik Prasekolah
08:39am 15.10.2010 Hotel Tropical Inn JB
08:03am 16.10.2010 Kantin Sekolah
01:38pm 16.10.2010 UPSI
03:27pm 16.10.2010 UPSI
05:19pm 16.10.2010 UPSI
06:12pm 16.10.2010 UPSI
09:08pm 16.10.2010 Rumah Besan
10:44am 17.10.2010 Mc Donald Kepong
11:51am 17.10.2010 Rumah Pak Long Arpan

19-21 Oktober 2010 InsyaAllah berada di Hotel Avillion Legancy Melaka pula

October 5, 2010

Cartoon Network

Tahniah kerana SK Peserai berjaya menyelit kat situ. Semoga ICT dikuasai dan bukan ICT menguasai kita. Sila klik "school" kemudian klik "Malaysia" jika ada lagi nama SK Peserai dari  situ.

October 3, 2010

Dah bertunang

Adalah dimaklumkan bahawa anak sulung Cikgu Sulaiman bin Arjam dipinang dan telah disahkan bertunang pada hari ini Ahad 03.10.2010.  Kami sekeluarga mengucapkan tahniah kepada keluarga Cikgu Sulaiman. Mengikut perjanjian lisan, bertunang "setahun hidup" yang membawa maksud majlis akad nikah boleh dilakukan bila-bila masa dan tak melebihi setahun dan paling penting bakal pengantin mesti "hidup".
 Tahniah...keluarga bahagia.
 Masih ada dua lagi yang belum berpunya...
 Didoakan Nur Sazila cepat mendirikan rumah tangga.
 Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
 Kek "Selamat Bertunang" Nur Sazila dan Azri
Cincin pertunangan.
Bakal ibu mentua tu...