March 28, 2010

PLKN dan Pulangkan Buku

28.03.2010
Pagi ini Syafiq mula mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) hingga 12 JUN 2010. Tempat latihannya, Kem Nasuha Ladang Rempah Ratus Herba, Pagoh.
Bas PLKN
Muhammad Syafiq dah gunting rambut.
Sebelah petang pula ke rumah Tuan Haji Mohammad Razi bin Abd Rahim dan Puan Hajah Halidah Baba untuk memulangkan buku-buku yang saya pinjam minggu lepas.

March 27, 2010

Guru SK Peserai 2010

Gambar guru-guru SK Peserai sempena mesyuarat agung PIBG pada hari ini. Gambar di atas tu besar. Sila klik untuk melihat gambar yang lebih jelas.

Gambar-gambar lain boleh dilihat dari sini. KLIK.

Guru Pelatih ROS

Gambar dari kiri ke kanan:....sila tinggalkan dalam "catatan tetamu"...saya tak ingat. Harap maaf.

March 22, 2010

Selamat Semuanya

Sepanjang cuti sekolah yang lepas, banyak juga kawan menerima undangan majlis perkahwinan rakan-rakan. Kawan ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.
Pada 19 dan 20 MAC 2010, kawan bercuti, maka tak dapatlah ke rumah Cikgu Haji Fauzan Sukimi dan Cikgu Samsir Wakit. 
Selamat bertunang kepada Nana dan calon suami. Sabtu 20.03.2010 TUDM Sungai Besi, KL. Untuk rakan guru dan anak-anak...Selamat kembali ke sekolah

March 19, 2010

Tuan Haji Mohammad Razi bin Abd Rahim


Pada petang semalam 18.03.2010, saya bersama Tuan Haji Mohammad bin Juhari, Guru Besar SK Seri Padang Sari dan ditemani Encik Sulaiman bin Arjam, Guru Besar SK Senggarang berpeluang menemui bekas guru saya dan Haji Mohammed Juhari semasa bersekolah di SMK Dato' Amar Diraja, Muar pada tahun 1976/77. Beliau yang dimaksudkan ialah Tuan Haji Mohammad Razi bin Abd Rahim. Jawatan terakhir sebelum bersara ialah  Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pendidikan Johor.

Tujuan lawatan saya ke rumah Tuan Haji Mohammad Razi untuk mendapatkan maklumat mengenai sejarah penubuhan sekolah-sekolah di Batu Pahat khasnya penubuhan Sekolah Kebangsaan Peserai.

Kunjungan kami telah disambut dengan penuh ceria oleh Tuan Haji Mohammad Razi dan Isteri. Rupanya beliau telah menyediakan bahan (5 buah buku) yang sangat berguna untuk saya membuat rujukan tentang sejarah penubuhan sekolah-sekolah di Johor.
Kami begitu kagum dengan kesungguhan bekas guru kami ini yang masih giat menulis berkaitan sejarah pendidikan beliau. Koleksi buku-buku yang ada di rumah beliau ibarat sebuah perpustakaan yang lengkap dengan sistem pengelasan dewey. Sebuah geleri sejarah keluarga beliau juga merangsang diri saya untuk menyimpan koleksi peribadi.

Kini, saya ada maklumat yang lebih jelas tentang sejarah SK Peserai:
  • Sekolah Melayu Peserai ditubuhkan pada tahun 1909
  • Sekolah Melayu Peserai merupakan sekolah melayu ke 33 ditubuhkan di Johor
  • Sekolah Melayu Peserai merupakan sekolah ke 8 ditubuhkan di Batu Pahat
  • Pada tahun 1909 terdapat 3 buah sekolah melayu ditubuhkan iaitu Sekolah Melayu Peserai, Sekolah Melayu Minyak Beku dan Sekolah Melayu Telok Kerang, Pontian.
  • Guru Besar pertama ialah Encik Baharee bin Mohamed Yasin
Saya belum membaca keseluruhan buku-buku yang dipinjam. Terima kasih Cikgu Haji Mohammad Razi dan Isteri. InsyaAllah, saya dan isteri akan datang sekali lagi ke rumah tuan untuk memulang buku-buku tuan.

March 12, 2010

Literasi dan Numerasi

Hari ini kawan terjumpa katun di atas dalam pencarian blog berkaitan Literasi dan Numerasi. Rupannya dah ada yang pun cikgu yang menulis. Tahniah kepada rakan-rakan kita itu. Antara blog yang terjumpa ( mungkin banyak lagi )

Literasi dan Numerasi Zon Selatan  oleh Cikgu Roslee b. Abdul, Mersing.
Webblog Literasi oleh Cikgu Azmiudin Sungai Besar, Selangor.

Khabarnya kawan kena mengikuti kursus berkaitan KPI 16 -19 Mac 2010.

Teringat:    "ra" "ga"  = "bakul"    "ci" "li" = "lada"

March 11, 2010

Penggunaan I-Kit dan E-GTUKAR

Hari sekolah kawan dikunjungi oleh Tuan Syed Ismat Ali Head of Product Management Department  TM SMART SCHOOL. Beliau datang bertujuan untuk melihat penggunaan Interactive Kit (I-kit) yang dibekalkan oleh pihak TM Smart School dalam proses pembestarian sekolah kawan.

Empat orang guru (Cikgu Masidah, Cikgu Mislia, Cikgu Shamala dan Cikgu Shairah Ezzaidah) berkesempatan menunjukkan kemahiran menggunakan pelbagai fungsi i-kit dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Saya sempat melihat cikgu Masidah sahaja, nampaknya murid sangat berminat belajar dan berpeluang menggunkan peralatan terkini. Terima kasih TM Smart School.

Di kelas sebelah pula, Ustazah Noor Haliza menggunakan E-BOARD semasa mengajar Al Quran j-QAF.
Saya mohon maaf tidak dapat bersama sepanjang sesi pemerhatian beliau kerana terpaksa menghadiri taklimat sistem EGTUKAR bertempat di SK Parit Raja yang disampiakan oleh En. Alwee Hassan dari JPNJ. Untuk tahun ini, guru-guru yang berhajat bertukar pindah antara negeri, antara daerah atau dalam daerah hendaklah melalaui sistem online EGTUKAR. Kita tidak lagi menggunakan borang secara manual.

Pertukaran guru menggunakan sistem online di atas. Pertukaram Guru Besar? nampaknya kawan kena buat secara manual lagi...tulis surat rasmi dan berikan alasan yang konkrit atau memang ditukarkan oleh PPD/JPN

March 10, 2010

Tahniah Pasukan SKP

Kejohnan Balapan dan Padang Majlis Permuafatan Zon Bagan Kali Ke 43 Tahun 2010 telah selamat berlansung pada 09 dan 10 MAC 2010 bertempat di padang SMK Semerah. Tahniah dan syabas kepada kontijen SK Peserai yang telah muncul JOHAN KESELURUHAN untuk kesekian kalinya.

Gambar lain sebanyak 48 keping boleh dilihat dari sini (KLIK)

March 9, 2010

Monyet Hentian Mahkota Parit Simen

Balik dari SMK Semerah, selepas tamat hari pertama kejohanan balapan dan padang MSSC, saya sempat singgah Hentian Mahkota, Parit Simen. Dalam pemerhatian saya, monyet-monyet yang ada di situ telah jauh berkurangan berbanding tahun lepas.
Gambar Kejohanan Balapan dan Padang di SMK Semerah boleh dilihat dari sini.(KLIK)
Monyet merampas makanan dari tangan.

March 7, 2010

Komuniti Guru jQAF Malaysia

Hari ini saya merayap dari satu blog ke satu blog yang dihasilkan oleh guru-guru dengan batuan lebai google.  Saya tartarik dengan blog yang dihasilkan oleh guru-guru jQAF. Jika ada masa, cubalah tinjau sebahagian blog yang sempat kawan kunjungi (menariknya pelbagai koleksi bahan download, gambar aktiviti, perbincangan, makluman dan maklumat dapat dikongsi)
Ada masa kita minta tolong lebai google senaraikan pula blog guru matematik, sains, bahasa melayu atau apa saja untuk kebaikan bersama.

Cuaca Panas

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca panas dan kering yang melanda negara akan berterusan sehingga awal April ini.

Fenomena El-Nino yang terjadi di tengah Lautan Pasifik sejak Jun tahun lalu, dijangka berterusan sehingga April ini dan diramalkan beralih kepada keadaan normal mulai Mei ini.

Dalam kenyataan kepada media semalam, Jabatan Meteorologi menyebut, Malaysia kini berada dalam fasa akhir Monsun Timur Laut, yang mana cuaca lebih panas dan kering berbanding Disember dan Januari.

Tambahan lagi, kedudukan matahari secara relatif hampir tegak di kawasan Khatulistiwa pada pertengahan Februari hingga pertengahan April adalah antara punca kejadian cuaca panas.

Ia bertambah buruk dengan fenomena El Nino sederhana menyebabkan kekurangan hujan di Malaysia.

Antara kawasan kekurangan hujan adalah Perlis, Kedah, Pulau Langkawi, Kelantan, Terengganu, Pahang, pedalaman Negeri Sembilan, Johor serta Sabah dan Bintulu.
Bagi sesetengah orang terutama yang berada dalam kumpulan berisiko seperti warga tua, bayi dan kanak-kanak selain mereka yang berhadapan dengan masalah jantung dan tekanan darah tinggi, cuaca panas melampau boleh membawa kepada komplikasi kesihatan lain. Antara risiko cuaca panas melampau adalah masalah dehidrasi iaitu kehilangan air daripada tubuh juga mineral lain dalam darah seperti potassium dan sodium yang berperanan dalam fungsi organ iaitu ginjal, otak dan jantung.

Malah ramai yang tidak tahu, masalah kehilangan air atau dehidrasi juga boleh menyebabkan kekeliruan, kelesuan selain menjejaskan pernafasan dan denyut nadi. Dalam keadaan normal, peluh yang terhasil apabila kita panas membantu menyejukkan tubuh apabila ia tersejat di permukaan kulit. Bagaimanapun, jika hari terlalu panas, terlalu berpeluh akan menyebabkan sistem ini gagal. Suhu tubuh berpotensi meningkat ke tahap yang bahaya.


Ia boleh menjadi punca berlakunya keletihan atau kepanasan melampau. Malah boleh menyebabkan sakit kepala, pening dan kejang otot.

Bagaimana untuk mengelakkan masalah ini?

1) Minum banyak air
Disebabkan anda kehilangan air dalam tubuh, anda juga perlu menggantikannya semula. Dalam keadaan biasa, seseorang yang memiliki berat badan 58 kilogram sepatutnya meminum lapan gelas air sehari. Iaitu berdasarkan peraturan biasa, untuk setiap 0.9 kilogram berat badan, anda memerlukan 28.4ml air.

Bagaimanapun, dalam cuaca yang panas, pengambilan air patut ditingkatkan. Sebaiknya nikmati air suam atau mungkin jus buah-buahan tetapi bukan minuman berkarbonat. Minuman berkarbonat atau alkohol hanya akan membuatkan anda kehilangan lebih banyak cecair dalam badan. Minuman ais juga sepatutnya dielakkan kerana ia boleh menyebabkan kekejangan pada perut.

2) Ubahsuai diet anda

Elakkan makanan pedas atau berat. Makanlah makanan sejuk terutama salad atau buah-buahan yang mengandungi kandungan air yang tinggi.

3) Rasional dalam melakukan senaman

Jangan bersenam atau beriadah pada waktu petang yang panas. Anda mungkin boleh memilih waktu lain yang lebih sesuai.

4) Pilih pakaian yang sesuai

Pastikan anda memakai baju dengan warna-warna terang, longgar dan diperbuat daripada kain kapas. Baju berwarna gelap menyerap haba.

5) Elakkan perangkap haba

Parkir kereta anda di kawasan yang tertutup. Kalau boleh berada dalam kawasan berhawa dingin. Jika perlu keluar dari pejabat atau rumah, pastikan anda sentiasa membawa air.

Fakta
Kesan haba panas pada tubuh
  • 20 darjah Celcius - selesa, denyut nadi normal.
  • 25 darjah Celsius - peluh biasa.
  • 30 darjah Celsius - Ketidakselesaan.
  • 40 darjah Celsius - Kepanasan melampau, berpeluh, denyut nadi pantas, letih.
  • 45 darjah Celsius - Kepanasan melampau, peluh terhenti, panas dan kulit kering.
 sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia dan Lebai Google

March 6, 2010

LDP dan AJK PIBG Lagi...

 bergambar selepas mesyuarat AJK PIBG pada hari ini
.
Hari ini kawan pakat-pakat dengan rakan-rakan guru untuk membuat kursus dalam perkhidmatan (LDP) peringakat sekolah. Maklumlah ramai yang masih "blurr" mengenai SKPM dan LINUS.
.
Tahniah kehadiran kita peringkat Gemilang (lebih 90% hadir). Lepas ini, jika ada yang tanya.
.
Berapa Dimensi SKPM? Jawapannya = 4
1. Hala Tuju Kepimpinan
2. Pengurusan Organisasi
3. Pengurusan Program Pendidikan
4. Kemenjadian Murid
.
Berapa Elemen SKPM? Jaweapannya = 12
1. Visi dan Misi
2. Hala Tuju Kepimpinan
3. Struktur Organisasi Sekolah
4. Perancangan
5. Iklim
6. Pengurusan dan Penggunaan Sumber
7. Pengurusan Maklumat
8. Pengurusan Program Kurikulum/Kokurikulum/HEM
9. Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
10. Pembangunan Sahsiah Murid
11. Penilaian Pencapaian Murid
12. Kemenjadian Murid Pra/Akademik/Kokurikulum/
.
Untuk mendapatkan bahan SKPM ...Sila Klik Untuk DOWNLOAD skpm.zip...
.
LINUS ??? Tahniah Cikgu Rosyati, Cikgu Murzana, Cikgu Zabedah dan Cikgu Roslinda yang telah memberikan taklimat dan penerangan kepada guru-guru dengan sejelas-jelasnya.
.
Selepas LDP, sambung Mesyuarat AJK PIBG hingga jam 1.00 petang...semuanya berjalan lancar...tahniah YDP kita Mejar(B) Hj. On bin Abd Wahab.
.
Petang ni: Ada jemputan kawin lagi.

March 5, 2010

Sukan Pendidikan Khas BP 2010

Kejohanan Sukan Pendidikan Khas Daerah Batu Pahat 2010 telah dilangsungkan pada hari ini 04.03.2010 bertempat di Padang SMK Dato' Onn, Batu Pahat....
Gambar lain menyusul kemudian...insyaAllah
Kawan turut hadir memeriahkan majlis dan memberikan sokongan kepada anak-anak berkeperluan khas. Terima kasih dan syabas kepada pasukan kita.
Cikgu Ateh pun ada sama memberi sokongan.

March 3, 2010

Pemantauan Blog SKP


02.03.2010....logo di atas boleh digunakan untuk kebaikan bersama
PAGI hingga PETANG
Berada di SMK Senggarang dalam Program Pemantauan Pengurusan Sekolah oleh JPNJ Sektor Jaminan Kualiti. Semua sekolah di BP membawa segala dokumen yang dikehendaki untuk disemak oleh pegawai-pegawai yang berkenaan.
Pengarah Pelajaran, Timbalan Pengarah, Ketua Sektor SJQ, PPDBP menyampaikan taklimat dan nasihat kepada pemimipin-pemimpin sekolah. Antara yang diberi penekanan ialah aspek PEMANTAUAN semua program di sekolah.
MALAM
Buka e-mail: Salah satu e-mail dari En Borhani (Pegawai ICT PPDBP)...saya copy and paste kat bawah:....rupanya beliau juga memantau secara maya.

Tuan,

Saya sudah berpeluang ke blog tuan haji,sungguh teruja dan tambah kagum bila ramai rakan guru tuan telah memiliki blog.Baru saya sedar blog lebih menarik dan diminati....apa lagi bila ada cerita dari laman web boleh diakses dalam blog kita. Kita dapat interaktif dari pelayar-pelayar dan mereka boleh beri kita feedback terhadap sesuatu isu dengan lebih berkesan. Macamni boleh lah beri kursus kepada kami dan staf PPD pulak. Tapi tercari2 juga blog kak Com dan bang yatim........Rosyati pula suka ruang kesihatan....saya teruja juga kerana satu dua cerita dapat bantu saya bila usia tua mengejar saya. Tahniah kepada Tuan Haji dan semua warga peserai kerana anda semua kita dikenali.

March 1, 2010

Tahniah MyIdeas SKP & Nasihat


Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada warga SK Peserai kerana telah menggerak dan menggalakkan murid-murid memberikan idea mereka dalam portal MyIdeas 1Malaysian1Million Ideas di bawah bimbingan Cik Shamala a/p Krishnan dan JK ICT sekolah. Tahniah juga kepada anakanda Nurul Syaza (Mira) yang telah menduduki 5 Top Popular Ideas




 
 Hari ini saya terima e-mail dari Pegawai ICT PPDBP...sila lihat dan terima dengan terbuka nasihat beliau
Tahniah ! Saya dah lihat blog2 guru SK.Peserai .Nampaknya tuan berjaya menarik guru-guru minat dan mengaplikasikan internet dan dunia siber bagi kegunaan yang positif . Cuma harap blog2 guru harus berhati-hati bila memaparkan hal keluarga pada umum. Tahniah ! Syabas!