February 24, 2012

Faris dan Darwish (dalam ingatan)

Alfatehah untuk Faris Nur Daniel
(Sila ikuti sepenuhnya dari Blog Bersama Mazidul)

Alfatehah untuk Muhammad Darwish
(Sila ikuti blog anak saya Nota Hatiku)

February 16, 2012

Saya Tak Pandai Mengajar ...komunikasi


Saya tak pernah mengikuti pengajian ICT secara formal, jauh sekali memiliki Diploma atau Ijazah berkaiatan ICT.  Saya hanya memiliki minat ingin tahu, suka memiliki peralatan berkaitan teknologi terkini. Saya sukakan kamera/video, radio, tv/cctv, telefon/handfone dan  komputer. "Minat kamera tak ape"....kata isteri.

Bila saya diminta untuk menyampaikan "ceramah" berkaitan "Pengurusan Perubahan" mungkin setakat cerita pengalaman saja yang mungkin dapat saya kongsi...


Bersambung...
Komunikasi berkesan zaman Sudin (Bujang Lapok):
Botol adalah gajet terbaik menggantikan handfone.

February 13, 2012

February 8, 2012

Sebahagian Usaha

Malam ini, saya meluangkan masa meninjau perjalanan kelas malam persediaan UPSR 2012 anjuran bersama PIBG dan guru-guru SK. Peserai. Alhamdulillah seramai lebih 70 orang anak-anak cikgu menyertainya tanpa unsur paksa sejak Januari lalu.
Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan sebahagian daripada program kecemerlangan UPSR 2012.

 Gambar menggunakan Galaxy Tab 8.9
Cikgu sentiasa memberi sokongan dan dorongan. Teruskan belajar. Doa kita semoga anak-anak cikgu beroleh kejayaan cemerlang dalam UPSR 2012. Amin

February 6, 2012

Sambutan Maulidur Rasul 1432H/2012M

Assalammu'alaikum wr.wkt.

Terima kasih dan tahniah kepada AJK Sambutan Maulidur Rasul, guru-guru, para pekerja dan anak-anak yang telah berjaya mengadakan sambutan maulidur rasul pada hari ini (06.02.2012).  Terima kasih tidak terhingga kepada YDP PIBG serta AJKnya yang sentiasa memberi sokongan dan bantuan.  Terima kasih kepada para dermawan yang menghulurkan sumbangan.  Semoga kita sentiasa mengingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Paling penting penting impak kepada anak-anak dan kita. Semoga kita  dapat “Mencontohi perjuangan Rasul”, “Rasulullah menjadi teladan kita”, dan “Mencontohi Akhlak dan Sifat Rasul” .









Sebahagian gambar hari ini.
TERIMA KASIH SEMUA YANG TERLIBAT.

February 5, 2012

Selamat Bersara "paksa" Cikgu

Puan Hajah Saodah binti Ahmad
Guru Besar
SK Seri Sekawan Desa
Bersara 31 JANUARI 2012 (pembetulan)

 Cikgu Azizah binti Saim
Guru SK Peserai
Bersara 02 FEBRUARU 2012

 Cikgu Zainon binti Abdullah
Guru SK Peserai
Bersara 05 FEBRUARI 2012

 Perbarisan dan perarakan hormat murid dan guru untuk guru SK Peserai
 Terima Kasih Cikgu
En Tajaldin bin Hashim
Guru Besar SK Penghulu Salleh
Bersara 05 FEBRUARI 2012
 *****************************************************
Pergi ke darat membeli kerang,
        Kerang rebus makan di taman;
Guru ibarat lilin yang terang,
                       Jasanya dikenang sepanjang zaman.
******************************************************

Terima Kasih Tuan Haji Abd Rahman

Mantan Nazir Sekolah Cikgu Haji Abd Rahman datang ke sekolah membantu isterinya (Cikgu Masidah) untuk memberi tunjukajar dan latihan catur kepada murid-murid pada hari Sabtu 04.02.2012.  Terima Kasih Cikgu Rahman, Cikgu Masidah, Cikgu Saliza dan semuanya.  InsyaAllah ada lagi murid kita ke peringkat Kebangsaan seperti anakanda Zulaika.

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 12 RABIUL AWAL 1432H/5 FEB 2012