July 27, 2012

Kak Engku yang saya kenal

Hari ini saya berkesempatan menemui GPK Pendidikan Khas SK Peserai YM Engku Nurhaliza bte Tengku Amri (Kak Engku).  Gembira dapat bertemu dan berbincang pelbagai perkara. Saya melihat beliau seorang yang kuat semangat, tabah dan berhati kental dalam perjuangan hidupnya sebagai pendidik, isteri dan ibu kepada tiga orang cahaya mata.

Banyak perubahan dan kejayaan kelas Integrasi Pendidikan Khas SK Peserai telah dicapai. Beliau juga merupakan pengasas kelas pendidikan khas di sekolah ini. Tidak malu jika saya katakan bahawa saya banyak belajar dari beliau khususnya dalam pengurusan kelas integrasi pendidikan khas. Jasa dan pengorbanan beliau dalam memberikan pendidikan terbaik kepada anak-anak kurang upaya selama ini sangat saya hargai.

Hampir lapan tahun berada di sekolah ini, saya cuba sedaya upaya memberi sokongan dan bantuan sebaik mungkin.  Saya masih ingat kami membina sendiri bilik air di dalam bangunan ini.  Alhamdulillah pelbagai dugaan, cabaran dan rintangan dapat diharungi berkat kerjasama guru-guru lain.

Kini, Kak Engku menerima sedikit dugaan dari Allah. Nasihat saya, kuatkan semangat dan jangan berputus asa. Saya sendiri pernah melalui situasi ini pada tahun 1999 dan 2000 (Ketika itu saya mengajar di SK Limpoon 1). Doktor Pakar mengesahkan saya mengidap penyakit Wegener's Granulomatosis dan Hashimoto's thyroiditis. Selama 3 tahun saya pernah menerima rawatan di Hospital Batu Pahat, Hospital Sulatanah Aminah JB, Hospital Pakar Southeran BP, Hospital Mahkota Melaka dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) . Sehingga kini, saya masih mengambil ubatan. Orang nampak saya sentiasa gembira, ceria dan suka berjenaka...Pengalaman saya, hati yang tenang, gembira dan ceria merupakan sebahagian penawar penyakit. Dalam kehidupan, saya mulakan dengan niat yang betul, merancang, melaksana dan melihat hasil. Berdoa jangan ditinggalkan.

Alhamdulillah dengan berkat doa, usaha dan sokongan isteri, anak-anak, rakan-rakan serta keluarga, saya masih berupaya meneruskan kehidupan walaupun kesan sampingan ubatan tak dapat dielakkan.

Terima Kasih kak Engku (dan guru pendidikan khas SK Peserai)...ada hadiah untuk saya.  Saya mendoakan kak Engku kuat semangat dan kembali sihat.

July 21, 2012

Selamat Berpuasa 1433H

Selamat menyambut dan mengerjakan ibadat puasa wajib bulan Ramadhan 1433H/2012M mulai hari ini.

Pada hari Jumaat 20.07.2012, memenuhi permintaan ibu kandung saya untuk melihat pusara almarhum suaminya (bapa kandung saya).
 Saya mengambil cuti rehat pada 20.07.2012
 Pembantu rumah dan emak.
Alfatehah...

July 18, 2012

Potluck Warga SK Penghulu Salleh

Hari ini guru-guru SK Penghulu Salleh mengadakan aktiviti makan-makan dengan menyediakan "periuk bertuah" potluck. Tahniah kerana kesepakatan yang ditunjukkan.  Rezeki yang ada dikongsi bersama.
Video klip ini dihasilkan oleh anak saya
lepas ni...
SELAMAT BERPUASA

July 17, 2012

Kemahiran, Kecekapan dan Latihan

Sebentar tadi saya meluangkan masa meninjau Kelas Bimbingan Malam bakal calon UPSR SK Penghulu Salleh. Tahniah kerana anak-anak cikgu bersemangat untuk meraih kecemerlangan. Hadiahkan ibu-bapa dan guru-guru kejayaan anda nanti. InsyaAllah.


Cikgu selalu mengingatkan, untuk mendapatkan kemahiran, kecekapan, kepandaian malah kepintaran kita hendaklah BERUSAHA untuk mendapatkannya dan paling penting membuat LATIHAN secara berterusan dan perlu ada GURU sebagai pembimbing.


Alhamdulillah sehingga malam ini terdapat 286 latihan telah disediakan oleh guru-guru dalam portal Zoom-a. Pesan cikgu, buatlah latihan sebanyak yang boleh walaupun berulangkali. Ingat KEMAHIRAN dan KECEKAPAN akan terbentuk kerana anda banyak LATIHAN.

Tahniah dan terima kasih cikgu-cikgu SK Penghulu Salleh kerana memberi banyak soalan kepada anak-anak kita.

Kemaskini pada 25 JULAI 2012:
Bilangan soalan 345

July 14, 2012

July 9, 2012

Program Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia

Sempena Program Bulan Kecergasan, Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia secara serentak di seluruh negara ke arah masyarakat cergas sepanjang hayat. Program ini juga bertujuan mendapatkan pengiktirafan Malaysia Book of Records.



Tarikh  : 10 JULAI 2012
Masa    : 7.15 pagi - 10.00 pagi ( Rujuk Tentatif Program)
Tempat : Padang SK Penghulu Salleh
Pakaian : Baju Sukan
10.00 pagi - 1.30 ptg : Pengajaran dan Pembelajaran seperti biasa.

July 1, 2012

Penyakit Hati dan Sifat Buruk

1. Iri Hati
Iri hati adalah suatu sifat yang tidak senang akan  rejeki dan nikmat yang didapat oleh orang lain dan cenderung berusaha untuk menyainginya. Iri hati yang diperbolehkan dalam ajaran islam adalah iri dalam hal berbuat kebajikan, seperti iri untuk menjadi pintar agar dapat menyebarkan ilmunya di kemudian hari. Atau iri untuk membelanjakan harta di jalan kebenaran.

2. Dengki

Dengki adalah sikap tidak senang melihat orang lain bahagia dan berusaha untuk menghilangkan nikmat tersebut. Sifat ini sangat berbahaya karana tidak ada orang yang suka dengan orang yang memiliki sifat seperti ini.

3. Hasut / Provokasi
Hasut adalah suatu sifat yang ingin selalu berusaha mempengaruhi orang lain agar kemarahan orang tersebut meluap dengan tujuan agar dapat memecah belah persatuan dan tali persaudaraan agar timbul permusuhan dan kebencian antara sesama.

4. Fitnah

Fitnah lebih kejam dari pembunuhan adalah suatu kegiatan memburuk-burukkan, menodai, merosak, menipu, membohongi seseorang agar menimbulkan permusuhan sehingga dapat berkembang menjadi tindak tenteram pada orang lain tanpa bukti yang kuat.

5. Buruk Sangka

Buruk sangka adalah sifat yang curiga atau menyangka orang lain berbuat buruk tanpa disertai bukti yang jelas.

6. Khianat
Khianat adalah sikap tidak bertanggungjawab atau mangkir atas amanat atau kepercayaan yang telah dilimpahkan kepadanya. Khianat biasanya disertai bohong dengan mungkir janji. Khianat adalah ciri-ciri orang munafik. Orang yang telah berkhianat akan dibenci orang disekitarnya dan kemungkinan besar tidak akan dipercaya lagi untuk memikul tanggung jawab di kemudian hari.

sumber: internet