May 19, 2011

16 hingga 19 MEI 2011

Suatu masa, gambar-gambar ini mengingatkan saya sejarah yang telah berlalu.
16 Mei - Hari Guru






18 Mei 2011 - Audit Akademik 3 sekolah
19 Mei 2011 - Semakin Tua
Terima Kasih

19 Mei 2011, 2.30 petang: Bengkel SSQS untuk 5 sekolah

May 17, 2011

Gambar Guru SK Peserai

SELAMAT HARI GURU 2011
Sila KLIK gambar di atas untuk saiz lebih besar (rugi tak klik)

Terima kasih kepada semua guru SK Peserai yang telah dan akan menjalankan tugas dan amanah sebagai guru. Kita merupakan penjana transformasi pendidikan negara. Terima kasih kepada isteri dan anak-anak yang memberikan sokongan selama ini.  Terima kasih kepada semua guru saya yang pernah mengajar tulis baca dan kira-kira (1965 darjah 1- SK Pintas Puding dalam ingatan).

May 15, 2011

Selamat Hari Guru 2011 (kemaskini)

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Hari ini, saya mendapat SMS dari Tuan PPD (Hj Shapie bin Md Shariff)
"Elakkan kesilapan berulang, pastikan kelemahan dikurangkan, Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Selamat Hari Guru: Selamat Hari Guru. Terima Kasih Cikgu"

Jumaat 13.052011
 Sabtu 14.05.2011
 Sabtu 14.05.2011
 Sabtu 14.05.2011

"Guru O Guru"

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

May 11, 2011

Lawatan Kerja Tuan Haji Shapie

Guru sebagai profesional pendidikan. Cabaran guru untuk menghadapi persekitaran kerja di sekolah tan tuntutan masyarakat di luar sekolah semakin kompleks. Di sekolah, guru berdepan dengan murid yang datang dari pelbagai latarbelakang sosioekonomi dan sosiobudaya. Harapan murid ialah mereka dipersiapkan dengan pelbagai kompetensi baharu, terutamanya kemahiran berfikir yang dapat menjamin kelangsungan dan daya saing dalam dunia kehidupan mereka pada masa hadapan yang sudah tentunya berbeza dengan dunia kehidupan guru.

Bertolak atas kesedaran itu, Tuan Haji Shapie bin Hj Md Shariff, Pegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat bersama rakan-rakan pegawai dari PPD Batu Pahat telah melakukan lawatan kerja ke SK Peserai dan seterusnya melakukan perjumpaan bersama kumpulan guru dari sekolah ini.

Kelas 6 Juara
Kelas 6 Jaya


InsyaAllah, kami wakga SK Peserai akan membuktikan apa yang kami kata. 5A UPSR 2011 akan memecahkan rekod terbaik selama ini. 20 orang 5A dalam tangan dan 30 orang 5A jadi sasaran. Nasihat tuan menjadi panduan kami.