March 24, 2012

Bersama ibu bapa dan PIBG

Hari ini saya bertuah dapat berjumpa dengan ibu bapa tahun 6 SK Penghulu Salleh dan ahli-ahli PIBG SK Peserai. Kedua-dua sekolah ini memberikan laluan kepada saya menyampaikan ucapan.  Satu masalah saya tidak pandai membaca teks. Mohon maaf jika banyak kali protokol tak tersusun dan terlupa.  InsyaAllah lain kali saya sediakan teks ( orang rumah komplen ucapan kaku dan tak ada unsur ceria dan kecindan jika membaca teks ucapan)

Majlis di SK Penghulu Salleh terpaksa saya tinggalkan sekitar jam 10.00 pagi kerana saya diundang ke SK Peserai pula.
8.30 pagi: SK Penghulu Salleh dengan kerjasama PIBG mengaadakan Program Telus Headcount dan Motivasi Ibu Bapa Tahun 6. Terima kasih kepada YDP PIBG, Puan Noraishah binti Said dan JK PIBG yang memberikan sokongan kuat kepada pihak sekolah untuk merealisasikan Matlamat dan Objektif Program ini.
Sebelah Kiri:  Lihatlah kehadiran ibu-bapa, guru dan anak-anak tahun 6 SK Penghulu Salleh.  Tahniah kehadiran kita (bersama niat yang baik) untuk melahirkan kecemerlangan akademik (UPSR), insan yang unggul dan bakal penjana generasi terbilang. InsyaAllah.
Sebelah kanan:  Semua ibu bapa mahukan anak-anak mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam semua bidang.  Program menuju kejayaan perlu bermula dengan niat, perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan posmortem. Lebih cantik lagi program disulami dengan sesi motivasi diri, menyumbang tenaga, idea, gotong royong malah wang ringgit sebagai modal. muafakat membawa barkat.
 Sebahagian guru SK Penghulu Salleh. Kerjasama semua guru saya hargai. Terima kasih cikgu.
11.00 pagi: di SK Peserai.  Terima kasih kepada PIBG dan GB SK Peserai kerana mengundang saya sebagai tetamu merangkap bekas GB di sekolah ini.
Majlis Penutupan Rasmi Mesyuarat Agung PIBG kali Ke 36 oleh Yang Berhormat Dato' Noraini binti Haji Ahmad, Ahli Parlimen Kawasan Parit Sulong.
 Sebahagian ahli PIBG yang hadir. Tahniah dan terima kasih.
Bertuah sungguh anak-anak cikgu yang berjaya mecapai 5A dalam UPSR tahun 2011. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Fuad bin Tan Sri Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang telah menyumbangkan 23 buah basikal.
Seronoknya menerima basikal dari YB Dato' Noraini binti Haji Ahmad.   Terima kasih Dato' kerana meluluskan peruntukan sebanyak RM5000 untuk SK Peserai sama seperti SK Penghulu Salleh.


Saya tetap sayangkan SK Peserai dan kini saya perlu menyayangi SK Penghulu Salleh pula.

March 21, 2012

Cuti Rehat yang Tidak Rehat

Sebelum berpindah ke SKPS, saya dah ada niat dan merancang untuk mengambil cuti rehat pada hari ini.

APA YANG BERLAKU:
3.20 pagi: isteri terjaga dari tidur kerana handfone berbunyi kerana alarm kat shell berbunyi. Puas tengok cctv kat rumah tak nampak apa pun.  Biasanya kami akan terus meninjau ke lokasi.  Rupanya ada tetamu tanpa diundang.
7.00 pagi, pekerja memaklumkan ada kes pencerobohan.  Video klip dan gambar telah diserahkan kepada pihak polis.  Biarlah pihak polis mengambil tindakan seterusnya.
8.30 pagi saya berada di SK Penghulu Salleh. Dua orang pegawai dari KPM diiringi oleh dua orang pegawai dari PPD Batu Pahat membuat penilaian akhir Anugerah Inovasi kaedah pembelajaran dan pengajaran sains (PITCH) berkesan. Doakan kejayaan 3 orang guru saya.
9.50 pagi: Pembentangan dan penerangan oleh guru-guru yang hebat dan cemerlang.
10.30 pagi: Saya dan isteri bawa Muhammad Syahir mengambil keputusan SPM.
TAHNIAH dari abah, mak, kakak, abang dan adik. 8A 1B dah kira hebat tu.

Cuti Rehat - tak cukup rehat

March 20, 2012

Hari Pertama di SKPS

Hari pertama bertugas secara rasmi di SK Penghulu Salleh.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 minit dari rumah.

Sampai di sekolah sekitar jam 7.00 pagi.
Memang benar seperti diperkatakan mantan guru besar Cikgu Tajaldin, dah ramai guru-guru sampai. Tahniah cikgu-cikgu SK Penghulu Salleh.

7.15 - 7.30 pagi murid berhimpun bersama guru untuk melakukan aktiviti/program panitia matapelajaran.
Pagi ini saya diminta memberikan sedikit ucapan kepada anak-anak (saya sentuh nilai murni "kasih sayang" terhadap ibu/bapa/guru/rakan/adik dan sekolah) dan sedikit "cabaran" kepada calon UPSR 2012 RM50/5AUPSR.

P dan P bermula jam 7.30 pagi.

Sedikit perbincangan bersama GPK1 dan PT Kewangan.

dan

Berbincang persediaan menyambut lawatan pihak BTP KPM hari esok.  Tahniah kepada 3 orang guru yang berjaya keperingkat akhir penilaian anugerah inovasi guru berkumpulan anjuran KPM.

Tuan Haji Hassan bin Haji Salleh (Penolong PPD BP) dan En. Shaharudin bin Badron (Penolong PPD Sains/Mat) membuat lawatan ke sekolah kami.

Terima kasih tuan.

March 11, 2012

Catatan Terakhir Portal SK Peserai

Hari ini saya tergerak hati untuk membuat sedikit catatan dalam portal SK Pesrai (mungkin catatan terakhir). Siapa kata saya tak sayangkan sekolah ini. Pejam celik, pejam celik dah lapan tahun bersama warga besar SK Peserai.  Banyak kenangan manis dan kegembiraan telah dikongsi.  Seperti yang saya kata, saya tak ada masalah dengan PIBG, Guru-guru , Staf Pejabat, Pekerja-pekerja swasta, Ibu-bapa dan Anak-anak.

Seperti yang saya kata, saya sukakan perubahan dan suasana baru (sekali sekala tukarlah cadar dan kedudukan katil tu...tapi jangan tukar pulak isteri/maknya tu...karang perang besar dibuatnya...Laaa mana ada saya takutkan isteri...cuma dah tak ada kebenaran dari isteri dan anak-anak, kita sebagai suami yang baik kenalah akur...he he he (pinjam bahasa anak-anak)

Berikut saya Copy and Paste apa yang tergerak dihati dalam post terakhit tu...Kalau ada salah silap eja tu maafkan saja..

PERTUKARAN GURU BESAR

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia,

Adalah dimaklumkan saya, Haji Sarkawi bin Haji Satu Guru Besar telah diarahkan bertukar ke SK Penghulu Salleh mulai 01 MAC 2012. Tempat saya diambil alih oleh Tuan Haji Md Khirom bin Ab Rahman.
Dikesempatan ini, saya merakamkan ribuan terima kasih kepada YDP PIBG Mej(B) Hj. On bin Abddul Wahab dan AJKnya, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru, Staf Pejabat, Pekerja-pekerja Swasta, Ibu-bapa, Masyarakat setempat serta anak-anak murid yang telah memberikan kerjasama dan sokongan yang padu sepanjang saya menjadi Guru Besar di SK Peserai (sejak 16.06.2014).
Berikanlah kerjasama dan sokongan yang berterusan kepada Tuan Haji Md Khirom agar sekolah yang kita sayangi ini terus maju dan beroleh kejayaan yang lebih cemerlang.
Mohon maaf zahir dan batin diatas kesilapan dan keterlanjuran sepanjang saya bertugas di sekolah ini.
Antara "gurauan/nasihat saya" sepanjang bertugas disini:
  • Bermula dengan NIAT yang betul. ( Apa? Bila? Tahap?...)
  • Buat PERANCANGAN (Strategi, Analisis SWOT, Apa? Bila? Bagaimana? Kos? Visi, Misi, DOKUMENKAN...)
  • LAKSANAKAN apa yang dirancang (Sepasukan, gotongroyong, kerjasama, muafakat, gembira dan ceria..)
  • Jangan lupa PEMANTAUAN (Komunikasi berkesan, pujian/ganjaran, teguran, nasihat, belajar dari kawan...)
  • Lihat HASIL (Rujuk Objektif, Berjaya atau Gagal…)
  • Berakhir dengan REFLEKSI ( Postmortem, Kelemahan, Kekuatan, Ancaman, Peluang, Penambahbaikan, DOKUMENKAN....)
  • Ikut PROSEDUR (Pekeliling, Surat Arahan dll...)
  • Tepati MASA (Demi masa sesungguhnya.....)
  • Pandai mengawal (Duit, Perempuan/Ibu, Kuasa dan Kemegahan...)
  • Kerja yang baik jangan bertangguh (Do It Now…)
  • Ingat Mengingat (saya mudah LUPA....)
  • MEMAHAMI DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN (rujuk portal Kementerian Pelajaran Malaysia)
  • Kemahiran perlukan Latihan (banyak contoh orng yang berjaya..)
  • Saya Sayang Sekolah
  • dan banyak lagi "gurauan" seorang yang Takut Lupa - Catat
Sekian, Terima Kasih.
(HAJI SARKAWI BIN HAJI SATU)
...paparan ini akan berada dimuka hadapan sehingga 30.03.2012..

March 3, 2012

Kemahiran, Kejayaan dan Kasih Sayang

 Memanah: banyak latihan, tenang dan sunah nabi.
 25.02.2012 Stadium Pontian: Peserta memanah dari SK Peserai
 25.02.2012 Stadium Pontian:
 28.02.2012: Belajar dari orang yang berilmu.
 28.02.2012: Kelas malam dengan kerjasama PIBG untuk menambah kemahiran, kefahaman dan kejayaan
 Memanah peringkat MSS Johor. Perlu banyak latihan dan tunjuk ajar dari jurulatih yang berwibawa.
 28.02.2012: Harapan ibu-bapa perlu dipenuhi oleh anak-anak. Hadiahkan mereka dengan kejayaan anda...
 27.02.2012: Penunggang basikal bertaraf antarabangsa ini telah melalui latihan yang gigih dan mengorbankan banyak masa.
27.-2.2012: "Le Tour de Langkawi (LTDL) 2012 melalui hadapan sekolah.
03.03.2012:  Tahniah SK Peserai Juara Keseluruhan Kejohanan Balapan dan Padang MPZ Semerah untuk kali ke enam berturut-turut.  Tahniah dan syabas kepada semua yang telah berusaha bersungguh-sungguh. Kejayaan memerlukan pengorbanan untuk berlatih dan melatih secara sistematik.
Badan yang cergas menghasilkan otak yang cerdas
 Semangat kesukanan mengeratkan persahabatan dan setiakawan.
Bermula dari KASIH SAYANG seorang ibu dan guru.