May 25, 2012

Taklimat dan Latihan Kecemasan Kebakaran

Pagi tadi:  Latihan pengosongan bangunan dan taklimat bahaya kebakaran oleh dua orang  Pegawai Bomba Batu Pahat telah berjaya dilaksanakan.  Tahniah kepada semua yang terlibat.  INGAT: Kenali bunyi amaran kebakaran, masa pengosongan bangunan tidak melebihi 3 minit, keluar dari bangunan dengan pantas (jangan bertolak-tolak), berkumpul di kawasan yang ditetapkan. Api masa kecil jadi kawan bila besar jadi lawan.




Selamat Mengerjakan Umrah

Hari ini dua orang sahabat GB (Haji Mohamed Juhari dan Isteri dan En Sulaian Arjam, Isteri dan anak-anak) serta tiga orang guru SK Penghulu Salleh (Hajah Zaharah Jamal dan Suami, Puan Asemah Lias dan Suami dan Puan Ermazahura Othman dan Suami) berlepas ke negara Arab Saudi untuk mengerjakan umrah.

SELAMAT MENUNAIKAN UMRAH.

May 19, 2012

Terima Kasih Anakanda Nurul dan Suami

Terima kasih kerana belanja abah, mak dan adik-adik makan....

May 16, 2012

HARI GURU 2012

SELAMAT HARI GURU 2012
" Guru Inovatif Melonjak Transformasi Pendidikan Negara"
Gambar-gambar lain...