November 20, 2006

Tahniah 5A UPSR 2006


Abah nak ucapkan Tahniah kepada Syahir kerana mencapai 5A dalam UPSR 2006. Ini baru permulaan...tahun depan dah naik tingkatan 1. Mesti ikut macam kak Nurul masuk U dan terus cemerlang. Jangan lupa perintah Tuhan.
Tahniah juga kita rakamkan kepada Pak Long Arpan kerana berjaya naik pangkat "JUSA C".

November 2, 2006

Kota Bahru



Aku berada di KB dari 30 Oktober hingga 02 November... Naik bas "Cepat Ekspress" tapi lambat sampai. Balik naik "Mahligai Ekspress"....rosak pulak. Sabar aje lah.

October 27, 2006

Harap Tidak Lupa

Isnin 23.10.2006 (Sehari sebelum 1 Syawal 1427H)


Anak yang soleh sentiasa mendoakan ibu-bapa yang telah pergi. Kekadang lupa yang kita tetap mengadapNya.

September 30, 2006

Baju, Gelang dan Kelisa

02 JULAI 2006 UPSI
Kelisa untuk Nurul Syafiqah
Baju raya untuk Nurul Syafiqah
Gelang emas untuk Nurul Saiyidah
Terawih untuk Muhammad Syahir - JANGAN LUPA

September 24, 2006

Solat Sunat Terawih




Jangan lupa solat sunat terawih.
MENURUT buku Ensiklopedia Malaysiana, terawih bermaksud berehat, bersenang-senang, melapangkan nafas, mengambil udara baru dan seumpamanya. Dalam erti kata yang khusus, terawih ialah ibadat sembahyang pada bulan Ramadan.

September 21, 2006

Jangan Lupa


Ertinya: Ya Allah, berilah kami peringatan dari apa yang kami lupa dan berilah kami pengetahuan dari apa yang kami tidak tahu , dengan rahmatMu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang.

September 17, 2006

Dah Khatam

Majlis khatam Alquran abang Syahir dengan kawan-kawannya di sekolah agama. Tahniah bang.

Kat "pizza hut" lambat menunggu.
Kat depan rumah...dah berbuah pokok mempelam ni.


Tahniah "Mira" hari ini khatam Alquran.
Darjah dua dah khatam kira ok lah tu.
Janji mesti ulang balik.... nanti takut lupa.

September 3, 2006

Lupa Lagi...


"DUIT" dan "PEREMPUAN" Dua bab yang menarik dalam hidup aku ni untuk difikirkan. kekadang cukup sensitif untuk dibincangkan. Apa taknya kerana DUIT, orang sanggup bergaduh, bermusuhan, tak bertegur sapa, merompak, pecah rumah dan macam-macam lagi disebabkan DUIT. PEREMPUAN lagilah sensitif...ni kena jaga isteri, anak perempuan dan ibu. Tanpa orang perempuan dalam hidup aku...susah beb. Mereka banyak membantu aku.

Lupa janji - munafik....kena saman nanti.
Lupa diri - dikata tak kenal diri.
Lupa daratan - lupa berpijak dibumi.
Lupa jerat - macam pelanduk.

Kat mana jugalah "pendrive" aku ni....dah seminggu tak jumpa. Lupa letak kat mana.
"Mira" jangan lupa khatam Alquran ? dan ulang semula tau.

August 30, 2006

Pelbagai Jenis Lupa

Lupa ni pun ada macama-macam jenis:

LUPA DIRI : ni ada kaitan dengan "tak sedar diri" macam orang pengsan, mabuk atau hilang akal. Kadang-kadang orang yang LUPA DIRI ni tak ingat siapa dirinya, dari mana asal usulnya, tak kenal sedara, tak kenal kawan, tak kenal bekas tunang, tak kenal mak bapak dan paling teruk lagi dah tak kenal tuhan....so Lupa Diri ada kaitan dengan kesombongan dan angkuh.

Persoalanya......Adakah Mawi LUPA DIRI?

LUPA DARATAN : ni macam pelaut yang belayar kat lautan dan tak nak balik ke daratan. Dia dah syok sangat kat laut dan tak ingat daratan lagi.

Jadi JANGAN LUPA DIRI DAN LUPA DARATAN

Kalau ye pun nak mengajar anak...janganlah sampai LUPA...?

August 26, 2006

Sebelum Memandu

Sebelum memandu kereta. Sepatutnya check dulu...petrol, air rediator, air bateri dan tayar. Jangan jadi macam ni


Apa nak kata, dah LUPA nak tengok tayar sebelum keluar tadi. Lain kali ingat dan rasanya tak perlu ada catatan.

August 25, 2006

Tak Ingat Apa Khatib Sampaikan...

Seperti biasa Solat Jumaat bersama anak-anak. Amaran: Jangan bercakap ketika khatib berkhutbah....saya patuhi. Masalahnya, saya sukar mengingat pesanan khatib...rasanya banyak berkisar tentang sifat rasullulah yang tidak mudah terpengaruh dengan kemewahan dunia walaupun baginda seorang yang berpengaruh. Nak mencatat takut pulak sebab tak pernah nampak jemaah lain berbuat begitu. Dengar sajalah, kekadang tu kepala tunduk dan pejamkan mata, bukan khusuk....tapi mengantuk.
Dah 3 hari saya "kehilangan" pendrive 1GB....rasanya setiap hari masukan dalam kocek seluar. Dah puas mengingatinya.....masih lupa. Agaknya, jatuh kot. Tak kisahlah kalau dah nak hilang, tapi saya sayang sebab banyak maklumat powerpoint kat dalam tu.

August 22, 2006

Takut Lupa - Catat

Pelbagai cara untuk mengingati sesuatu peristiwa yang telah menjadi sejarah. Catatan atau tulisan berbentuk simbol telah digunakan sejak beratus tahun. Banyak catatan ditemui tak kiralah di atas batu, atas kulit binatang, atas kulit kayu atau atas kertas.

Biarkan saya mencatat supaya tidak lupa.

Satu lagi...perancangan masa depan (belum jadi sejarah lagi) juga perlu dicatat, bukan apa TAKUT LUPA.

Sekarang ni, cuti sekolah....banyak jemputan kenduri kahwin....catat dulu.

August 21, 2006

Mudah Lupa

Mudah lupa.....kenapa?

Kerana tidak penting untuk mengingatinya atau sememangnya pelupa.

Untuk tidak lupa...catat sajalah dimana-mana dan simpan ditempat yang mudah ditemui. Pokoknya tidak menyakitkan orang lain.

Penyakit lupa ni pun bagus juga kerana ada yang perlu dilupakan. Cuma masalahnya susah nak lupa.