February 23, 2013

4 program dalam 1 hari

Hari ini
 Motivasi Keibubapaan
 Ceramah Antidadah
 Siaran Langsung
Bestari Solat bil 1/2013

Aktiviti Sukan...tak ada gambar

Didoakan Pak Saadon segera sembuh.....

February 5, 2013

Seminar Keibubapaan

Hari ini saya menghadiri Seminar Keibubapaan (Menangani Isu LGBT) bertempat di Dewan Universiti Tun Hussein Onn, Batu Pahat.  Seminar dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia YB Dr. Mohd Puad Zarkashi.

Saya amat tertarik dengan ceramah yang disampaikan oleh Cr. Haji Hushim bin Haji Salleh. Pakar motivasi dari Hushim Motivation & Counselling Consultancy.

Cuba ikuti klip video di bawah bertajuk

Al-Kuliyyah 2012 E12 - Anak Siapa

Rasanya bagus untuk kita:

*** Sebenarnya kawan sempat bersalaman semasa Tuan Haji Hushim keluar dari restoran 25 jam awal pagi tadi (semasa saya dan "kembar-kembar" saya ngeteh)

February 4, 2013

Permulaan Yang Baik Untuk SK Penghulu Salleh 2013

Syukur Alhamdulillah, berkat usaha dan latihan serta kesungguhan guru-guru. SK Penghulu Salleh telah menghasilkan kejayaan awal dalam pertandingan Ping Pong dan Catur peringkat MSSC Zon Semerah yang telah diadakan awal tahun ini.  Tahniah kepada semua guru terutama jurulatih dan GPK Kokurikulum yang telah membuktikan bahawa tiada yang mustahil jika kita mahukan kejayaan (ingat: latihan yang berterusan, bersistematik dan tunjuk ajar jurulatih akan menghasilakan KECEKAPAN dan KEMAHIRAN)
JOHAN KESELURUHAN PING PONG (L) MSSC ZON SEMERAH 2013
Tempat Pertama   : Muhammad Ariffin bin Abd Kadir
Tempat Kedua     : Ameer Hilmy bin Norman
BERGU (L)
Tempat Pertama  : Ameer Hilmy dan Mohd Faiz
Tempat Kedua     : Ameer Hazim dan Muhammad Ariffin
BERGU PEREMPUAN
1 Nuraini Innati dan Halizah Roslan
 
JOHAN KESELURUHAN CATUR (L) MSSC ZON SEMERAH 2013
Tempat Pertama  : Muhammad Zulhaziq bin Redzuan
Tempat Kedua     : Ahmad Irfan bin Rosman
Tempat Ketiga    : Muhammad Nizamuddin bin Musa
Tempat Keempat : Muhammad Hizzwan bin Selamat

TAHNIAH dan teruskan USAHA untuk meraih kejayaan dalam bidang Kokurikulum dan KURIKULUM