June 28, 2012

Bakat Guru Besar

Karaoke suka suka
Video klip lain.....tungguuu.

June 27, 2012

Laman Web MGB Johor



Pelancaran Laman Web Majlis Guru Besar Negeri Johor telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Sufa'at bin Tumin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sempena Konvensyen Pendidikan Guru Besar dan Persidangan Perwakilan Tahunan Kali Ke-18 bertempat di Hotel katerina, Batu Pahat.

Sila Klik:
http://mgbjohor.my/

Konvensyen Pendidikan GB Negeri Johor 2012

Konvensyen Pendidikan Guru Besar Negeri Johor Tahun 2012
dan
Persidangan Perwakilan Tahunan Ke 18.
Hotel Katerina, Batu Pahat, Johor
26 - 28 JUN 2012


















June 16, 2012

Pantun Kolam Ikan (Part 2)

Kolam Kita Tak Ada Udang,
Ikan Tilapia Suka Berenang,
Bila Sedap Mata Memandang,
Duka Hati Menjadi Tenang.
Kolam Cantik Dalam Taman,
Taman Indah Pokok Berbunga,
Hati Tenang Hidup Aman,
Jiwa Tenteram Penuh Bahagia.

June 7, 2012

Pantun Kolam Ikan

Dalam Kolam Banyak Ikan,
Air Cetek Tidaklah Dalam,
Pergi  Kantin Untuk Makan,
Jangan Lupa Ikan di Kolam.

Berkongsi Pengalaman

Hari ini saya berkesempatan berkongsi pengalaman saya bersama guru-guru dan staf berkaitan asas pengurusan e-mail.

Eloktronik Mail (e-mail) berguna bukan sahaja untuk menghantar surat malah boleh digunakan untuk pelbagai faedah yang berguna antaranya:
1. Menghantar pelbagai dokumen
2. Menghasilkan Blog
3. Menjadi ahli Facebook
4. Menghasilkan Album Gambar contoh Flickr
5. Mendaftar Twitter
6. mendaftar Skype
7. Upload Video di Youtebe
8. dan banyak lagi

e-mail perlu diurus dengan baik
 Tak faham tak pe..asalkan tau
Lepas ni kita belajar edit gambar secara online

June 3, 2012

Delta Mekong, Vietnam

"Tommy" pemandu pelancung
Rehat....
Telur gajah???

June 2, 2012

Video Klip Lawatan Ke Vietnam (28-31 MEI 2012)

Kesesakan jalan raya bandar Ho Chi Minh, Vietnam
Banyak motosikal
Motosikal lagi
Jalan raya Ho Chi Minh City, Vietnam
Persembahan selepas makan malam dalam Bot Sungai Mekong

Pengalaman di Vietnam

Lawatan seramai 22 orang.
1.30 pagi 28 Mei 2012 bertolak dari Batu Pahat ke KLIA dengan penerbangan MAS.
5.30 pagi berada di KLIA
9.00 pagi berlepas ke Ho Chi Minh, Vietnam. (penerbangan mengambil masa 1 jam 50 minit)
Tiba di Vietnam 10 pagi waktu Vietnam.
Balik ke Malaysia 10 pagi 31 MEI 2012 waktu Vietnam.

DARIPADA PENERHATIAN SAYA:
1. Jalan raya bandar Ho Chi Minh City dipenuhi motosikal dan wayer berselirat (sabar semasa dijalan raya)
2. Minum kopi ditepi-tepi jalan dengan berbangku dan meja yang kecil (senang lari bila penguatkuasa menyerbu)
3. Untuk hidup dan menyara keluarga yang ramai, mereka bekerja kuat dan gigih (budak-budak mengelap kasut)
4. Kekuatan mental dan kesabaran diperlihatkan semasa peperangan dan aman ( Chu Chi Turnels dan jalan raya)
5. Penjual jalanan ramai memujuk pelancung tetapi tidaklah sampai memaksa (ada yang pandai berbahasa melayu)
6. Harga baju dan kain relatif murah jika pandai menawar.
7. Pendidikan dan Perubatan tidak ada yang percuma.
8. Harga petrol yang tinggi (tidak ada subsidi kerajaan)

NASIHAT PERIBADI
1. Jika berhajat ke Vietnam, Ikut pakej lengkap (mahal sikit tak apa kerana makanan halal di sini sangat mahal)
2. Bila melintas jalan raya, tunggu lega sedikit pastu melintaslah dan jangan tunggu di tengah jalan dan jangan lupa berdoa dan pejam mata. Kalu tidak sampai malamlah tak dapat melintas jalan.
3. Bila berbelanja, buatlah penawaran serendah 30 hingga 50 peratus
4. Jangan lupa bawa beg tambahan.
5. Wang Malaysia, USD dan Dong diterima. (Tukar wang di Vietnam lebih tinggi)

Baju Hitam "tommy" pemandu pelancung. 
 Kenangan di Muzium Peringatan Perang
 Muzium Perang
 Pejabat Pos
 Penginapan - Hotel Saigon
 Sejarah Rumah Peninggal Presiden
 Naik sampan di Delta Mekong
 Jetti Sungai Mekong
 Peninggalan Bom di Chi Chi Turnels
 Pertukaran duit Dong Vietnam (sehelai 100,000 dong)
Bergambar bersama Imam Yussof di Masjid Vietnam