March 2, 2013

Tempat Ke3 SKPS...Tahniah

Kejohanan Balapan dan Padang MSSC Semerah kali ke46 telah diadakan pada 01 dan 02 Mac 2013 bertempat di padang SMK Semerah. 

Tahniah kepada kontijen SK Penghulu Salleh kerana telah mencapai sasaran untuk menduduki tempat ketiga keseluruhan. Kejayaan kita meraih 12 pingat (2 emas, 6 perak dan 4 gangsa) serta memperolehi 82 mata merupakan satu kejayaan buat kita.  Kejayaan ini (tempat ke3)  disebabkan usaha dan latihan bersungguh-sungguh. Kita yakin jika usaha dan latihan berterusan dapat dilakukan secara sistematik, konsisten dan penuh keazaman kita boleh mencapai kejayaan lebih cemerlang bukan sahaja dibidang kokurikulum malah kurikulum (UPSR GPS bawah 2) ...TERUSKAN USAHA.
 29.02.2013: Atlit kita semasa majlis penyerahan bendera sekolah.


Tahniah...Tahun hadapan sasaran 5 emas, 10 perak, 10 gangsa