January 13, 2010

NKRA ?

Secara ringkas NKRA...


NKRA adalah singkatan National Key Result Area. (Bidang Keberhasilan Utama Nasional).
NKRA diukur menerusi KPI (Key Performance Indicators) atau  Prestasi Petunjuk Utama.

Ada 6 item dalam NKRA:
1. Mengurangkan Jenayah
2. Membanteras Rasuah
3. Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Kualiti Dan Berkemampuan
4. Meningkatkan Standard Keluarga Berpendapatan Rendah

5. Meningkatkan Infrastruktur Di Kawasan Pendalaman
6. Menambahbaik Pengangkutan Di Kawasan Bandar.

Dalam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan memberi tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan 

1. PRASEKOLAH:
Meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak berumur (4+ dan 5+) kepada 87% menjelang 2012 serta meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah dengan menjadikan prasekolah swasta dan agensi-agensi lain sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan 

2. LITERASI DAN NUMERASI (LINUS):
Setiap kanak-kanak menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas mengikuti 3 tahun pendidikan rendah pada akhir tahun 2012. 

3. SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT):
Mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi yang mempunyai etos, karekter dan identiti tersendiri. Sekolah-sekolah ini akan melonjakkan kecemerlangan pelajar ke peringkat paling tinggi. 

4. TAWARAN BARU KEPADA PEMIMPIN SEKOLAH:
Memperkenalkan penilaian berasaskan pencapaian untuk menilai Pengetua dan Guru Besar (PGB) dengan menawarkan ganjaran yang menarik kepada PGB yang melepasi sasaran serta membantu PGB yang lemah.

January 12, 2010

Jana DUIT dari Blog


Kawan terbaca dari sini dan di sini tentang  blog Hanis Zalikha yang mempunyai 4819 pengikut dan mampu menjana pendapatan daripada iklan sekitar RM3,000 sebulan. Hobi yang menghasilkan pendapatan tambahan.

January 10, 2010

Bulan ICT dan 100 Tahun SKP


Sempena bulan ICT Februari 2010 nanti kita bercadang mengadakan pertandingan membuat blog dari kalangan warga sekolah. Tiga kategori blog ditetapkan:
1. Blog Panitia Mata Pelajaran dan Kelab/Persatuan/Kelas
2. Blog Peribadi Guru
3. Blog Pelajar

Harapan kita dengan adanya pertandingan ini, warga sekolah mendapat kemahiran dan penguasaan ICT ( menulis, menaip, editing photo, internet dan lain-lain berkaitan ICT)

Syarat pertandingan: ( Syarat lengkap sila dapatkan dari Cikgu Mislia atau Cikgu Shamala)
1. Warga SK Peserai
2. Blog berunsur pendidikan
2. Tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak dan tidak memainkan isu-isu sensitif.
3. Salah satu posting bertajuk "Mengapa kita mesti menguasai ICT"
4. Tarikh tutup penyertaan 28.02.2010

Hadiah akan disampaikan sempena 100 tahun SK Peserai.