December 28, 2007

Pelupa

Sepasang atuk dan nenek yang akhir-akhir ini menjadi pelupa dalam segala hal.. akhirnya pergi menemui doktor..
.
Doktor mengatakan bahawa secara fizikal mereka sihat saja. Doktor menyarankan agar mereka membiasakan diri untuk menulis catatan apa saja untuk membantu mereka mengingat segala perkara dan tidak lupa.
.
Suatu malam kedua atuk dan nenek tersebut sedang menonton TV... Tiba-tiba si atuk berdiri..
.
Nenek : "Mahu kemana?"
Atuk : "Oh aku mahu ke dapur untuk mengambil segelas air"
Nenek : "Kalau begitu.. tolong bawakan aku AISKRIM VANILA"
Atuk : "OK .."
Nenek : "Eh tunggu.. sebaiknya abang tulis dulu supaya tidak lupa"
Atuk : "Ah tidak perlu.. aku ingat... Aiskrim vanila kan?"
Nenek : "Kalau begitu tambahkan strawberry dan krimnya"
Atuk : "Beres .. !!"
Nenek : "Ah sebaiknya catat semua pesananku itu..nanti pasti abang akan lupa semuanya"
Atuk : "Jangan Bimbang.. aku tidak lupa.. Aiskrim vanila.. strawberry dan krimnya bukan?"
.
Dua puluh minit kemudian Si Atuk datang dan memberikan kepada nenek sepiring daging dan beberapa biji telur rebus.
.
Nenek : (Dengan wajah terkejut) "Nah, Aku dah kata..abang akan lupa pesananku... sepatutnya ditulis catatan dulu"
.
Atuk : "Iya ke..? salah ke..? Apa yang kamu pesan tadi?"
Nenek : "ROTI BAKAR ISI JAM STRAWBERRY."

December 20, 2007

Akmal Arif dah 17 tahun





Hari ini umur Akmal genap 17 tahun (ikut tahun masihi). Pak Wik nak ingatkan...jadilah anak yang baik dan sayangi ibu dan ayah. Takut lupa...kita simpan gambar kat blog ini.
Ini plak gambar Muhammad Syafiq ngan anak Mak Su....Sayang juga kau ngan budak kecik ye. Bagus...bagus...bagus. Ingatkan sayang bola saja.

December 16, 2007

Bunga dan Kamera










Bunga yang dah lama layu. Untuk simpanan supaya tidak lupa.

December 14, 2007

Cameron Highlands






Huh..rupanya lupa nak tampal gambar anak-anak kat blog ni masa kat Cameron Highlans pada 07 dan 08 April 2007. Takut lupa, lambat pun tak per.

Buah Mempelam

Buah pelam ni dibeli pada 06.12.2007 semasa berhenti di R & R Tapah.

December 9, 2007

Bukit Merah dan Pulau Mutiara

5 dan 6 Disember - Bukit Merah Laketown Resort





December 4, 2007

Jangan Lupa Zakat

Banyak duit.....banyak pula zakatnya.....terima kasih kerana mengeluarkan zakat untuk yang berhak. Ingat sebelum lupa. Niat hati nak bersedekah dan mengeluarkan zakat sebanyak mungkin tapi belum kesampaian. Terima kasih tuan.