July 20, 2011

Berkongsi Pengalaman SPSK

Hari ini 20.07.2011, sekolah kami dikunjungi seramai 18 orang guru-guru dari SMK Datin Onn Jaafar, Batu Pahat untuk berkongsi pengalaman kami melaksanakan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK). Rombongan dari SMK Datin Onn Jaafar diketua oleh GPK 1 En. Razif bin Suradi. Mohon maaf sekiranya penerangan kami kurang jelas atau memuaskan hati. Terima kasih kepada En. Rosli Jabar Pegawai SJQ PPD Batu Pahat yang turut hadir membantu.

Nasihat saya:
Baca Manual Kualiti, Prosedur Kualiti dan Lampiran yang dibekalkan oleh JPN Johor. Fahami dan laksanakan. Jika kurang faham, tanya Pengawai SJQ PPD, SJQ JPN atau Pegawai Teknikal SPSK. Saya hanya Juru Audit SPSK yang diberi peluang mengikuti Kursus Juruaudit MS ISO 9001:2008.

Sabtu 16.07.2011
Kelas Bahasa Cina mengadakan Pertandingan Membaca Petikan Bahasa Manderin. Tahniah kepada anak-anak yang berjaya dan guru-guru yang mengendalikan pertandingan ini.

July 9, 2011

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SK Peserai Tahun 2011

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SK Peserai Tahun 2011
Tarikh: Jumaat 08.07.2011 hingga Ahad 10.07.2011
Tempat : Kem Pertanian Sungai Sudah, Muar.
Peserta : 125 murid (3 bas)
 Peserta mendirikan kemah
 Mendengar taklimat
 Bergambar selepas Majlis Perasmian
 Semoga pengalaman dan latihan yang anak-anak ikuti menjadikan kita kuat dan sihat dari segi jasmani, emosi, mental, rohani dan intelek.  Tahniah kepada semua yang terlibat (GPK Kokurikulum, Kem Komandan, Jurulatih, guru penasihat, pelajar-pelajar dan ibu-bapa).  Saya tak dapat mengikuti sepenuhnya aktiviti ini kerana akan bercuti ke Kuala Selangor bersama keluarga.

July 5, 2011

Lawatan Rakan GB dan Pengetua

Hari ini sekolah kawan dilawati oleh seramai 30 orang rakan-rakan Guru Besar dan Pengetua Batu Pahat yang sedang mengikuti Kursus Kepimpinan Strategik ICT anjuran IAB Wilayah Selatan. Kawan merasakan amat kerdil jika nak dibandingkan kehebatan yang ada di sekolah masing-masing. Sebenarnya sekolah kawan belum ada Pusat Akses dan Juruteknik Komputer. Komputer yang ada pun terhad. Banyak yang belum ada. Mohon maaf jika lawatan tuan/puan tidak memenuhi hasrat dan kehendak hati tuan/puan.


 Lagu "Jiwa dan Minda" (Lagu rasmi Sekolah Bestari)
 Tengok apa tu? Kiosk pun buat sendiri.

Terima kasih kerana pihak IAB memilih sekolah kawan untuk menyampaikan sedikit pengalaman pembestarian sekolah.

July 3, 2011

1Murid 1Sukan 1Malaysia

1M 1S 1M: SK Peserai

Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia serentak di semua sekolah seluruh negara. SK Peserai tidak ketinggalan menyertainya. Tahniah kepada semua murid dan guru yang menjayakannya.

Mari kita lihat sebahagian Video 1M 1S 1M dari sekolah-sekolah lain:









TAIPING 2 Julai – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyertai Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia di Padang Dataran Perbandaran (Padang Esplanade) di sini pagi ini.

Larian yang disertai oleh 4,137,126 pelajar daripada 9,980 buah sekolah secara serentak di seluruh negara itu mencipta rekod Malaysia Book of Records sebagai larian yang terbesar disertai oleh pelajar sekolah. - Utusan