April 23, 2011

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 35

Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan Mesyuarat Agung PIBG tahun ini.




Lawatan Pelajar IPTHO Batu Pahat

Selamat Datang
Pelajar-pelajar Institut Perguruan Batu Pahat
Khamis 21.04.2011
(Kawan Cuti Rehat Masa Tu...)

April 16, 2011

Nasuha Herbs and Spices Farm

Hari ini 16.04.2011, saya membawa anak dan isteri ke Ladang Herba Nasuha untuk melihat aktiviti cikgu bersama anak-anak murid...Tahniah semua.
Cikgu Hajah Fadzilah bersama buah asam gelugur
14.04.2011 - Pasukan Pengakap SK Peserai berjaya merangkul tempat ketiga dalam pertandingan kawat kaki peringkat daerah Batu Pahat 2011. Sekali lagi tahniah kepada guru-guru dan pasukan pengakap yang telah berlatih selama seminggu.

April 13, 2011

Hj Rahaman bin Karman

Petang tadi saya bersama beberapa orang rakan  meluangkan masa berkunjung ke SK Seri Puleh untuk mengucapkan selamat kepada Tuan Haji Rahaman bin Karman, Guru Besar SK Seri Puleh akan bersara wajib pada 15.04.2011.  Saya mengenali Tuan Haji Rahaman semenjak tahun 2000, ketika itu kami berkongsi SK Limpoon (1) dan SK Limpoon (2).  Beliau seorang yang peramah, mudah didamping, periang dan menunjukkan kehebatan dalam mengurustadbir sekolah.  Beliau pernah dipilih sebagi Pengerusi MGB Batu Pahat.
Kita datang tanpa sebarang majlis rasmi - kita tetap mengingati tuan sampai bila-bila.
Minum petang

April 9, 2011

F1 Petronas Malaysia Grand Prix

InsyaAllah esok berada di Litar Sepang untuk menyaksikan sukan bertaraf dunia.
Malam ini kawan menginap di Nilai.
 Terima kasih kepada anak menantu yang tolong membelikan tiket.
Parkir kereta saja RM50.00
KESIMPULANNYA: memang bertaraf dunia.
Gambar yang kawan rakamkan
Sebahagian penonton lereng bukit
Gambar dari tempat duduk kawan
 
CATATAN:
 
1. Teket paling mahal: RM1600.00 untuk 3 hari
2. Teket paling murah: RM60.00 untuk 3 hari
3. Parker kereta: RM50.00 untuk 3 hari
4. Minuman dan maknan tidak dibenarkan di bawa masuk
5. Air minuman botol kecil: RM 5.00
6. Makanan segera RM10.00, RM15.00 dan RM25.00
7. Kamera : Dibenarkan dibawa masuk

April 7, 2011

Hobi

"Hobi Kamera takpe"...kata is3

April 3, 2011

Bersara, Hebat dan Nikon Baru

Selamat Bersara untuk sahabat kita Puan Boo Lee Ling dan Puan Hajah Ramlah binti Sudin pada 27 dan 28 MAC 2011. Terima kasih dan jasa bakti puan amat dihargai.
Hari Terakhir Cikgu Hajah Ramlah binti Sudin sebagai guru di sekolah.
Sekolahku Hebat - Astro Ceria
Sekolahku Hebat Astro Ceria - Rakaman pada 30.03.2011
Kamera Nikon D90 kawan berpindah milik "murah-murah"
Terliur pulak Nikon D300S - dalam cermin lagi.
Alhamdulillah dah ada kat rumah
Gambar bunga daisy orang rumah