May 28, 2010

Jangan Kelam-kabut

InsyaAllah

Hari ini 28 hingga 30 Mei : Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Sekolah
Esok 29 Mei : Ke Selanggor (urusan keluarga)
Lusa 30 Mei hingga 1 Jun  : Ke Terengganu (lawatan se sekolah penanda aras)
lepas tu 2 Jun hingga 3 Jun : Ke Kelebang Melaka (Kursus)
pas tu 4 Jun hingga 6 Jun : UTHM (Program Kecemerlangan UPSR)

...masa masih 24 jam sehari bagi semua orang.

May 15, 2010

24 jam

Kita dibekalkan 24 jam sehari. Tidak lebih dan tidak kurang.
Pagi tadi di sekolah ada aktiviti gotong royong
Petang insyaAllah ke Banting Selangor
22.05.2010 jangan lupa datang rumah.

May 7, 2010

Pernikahan Nurul Saiyidah

"Wah...kawinkan anak tak jemput saya".  Dialog tu biasa kita dengar bila lupa mencatat siapa yang diundang. Maafkan saya jika terlupa.
Oleh yang demikian, saya dengan rendah diri mempersilakan sahabat-sahabat yang mengenali saya (kes tak terima kad) datang ke rumah pada hari Sabtu 22.05.2010.  Doakan yang terbaik untuk anak-anak kita.

May 3, 2010

Kraf Tradisional

Pelbagai Hasil Kraftangan


Malaysia berbangga kerana mempunyai pelbagai jenis kraftangan tradisional – dari hasil kraftangan antik yang tidak ternilai, hingga kraftangan moden yang menawan.

Oleh sebab kebanyakan penghasil kraftangan di negara ini beragama Islam, rekabentuk kraftangan tradisional banyak mencerminkan pengaruh Islam. Agama Islam melarang penggunaan gambaran manusia dalam keseniannya. Oleh itu kebanyakan rekabentuk adalah berdasarkan unsur alam semulajadi seperti corak akar dan tumbuhan menjalar, bunga serta haiwan.

1. Batik
2. Anyaman
3. Tembikar
4. Wau
 
BLOG PENDIDIKAN SENI VISUAL