November 25, 2007

Majlis Khatam AlQuran Anak-anak

Anak-anak dah bersedia, Mira dan Syahir ngan Mak - Faiz dan Faris ngan Pak Man, Muzamil ngan Pak Syam

Dari Kiri : Sarah Sahira (11), Mira (9), Syahir (12), Faiz (12), Faris (9) dan Muzamil (9)
Perarakan anak-anak ku dengan paluan kompang dan bunga manggar.


Paluan Kompang memeriahkan suasana
Syahir, Faiz, Faris
Sarah Sahira (11) dan Mira (9)






Jamuan makan




Adik dan kakak

November 21, 2007

November 18, 2007

Keriangan dan Dugaan Allah

Anak-anak Mira, Syahir dan Syafiq kelihatan bersemangat untuk mengikuti aktiviti bersama keluarga staff aku pada petang 17 November 2007. Bertolak jam 2.00 petang dari rumah hujan renyai. Berhenti sebentar di Pekan Air Hitam, beli 2 batang lemang dan rendang untuk makan dalam kereta.

Perjalanan mengambil masa hampir 3 jam. Semua staf yang mengikiti program ini dah sampai dulu, tak apalah janji aku selamat sampai. Terasa lapar, makan nasi berlaukkan labu, ikan masak sambal dan sambal belacan...Pengusaha chalet ni orang banjar...patutlah lauk labu. Apa lagi aku paraktikan "besurah".

5.30 petang...aktiviti bersama keluarga di pantai. Meriah dan nampak keceriaan di wajah anak-anak dan peserta program ini...Tahniah YM Engku dan jawatankuasa yang menganjurkan program ini. Mudah-mudahan setiakawan dan teamwork ini bertambah kuat.

8.30 malam majlis ucapan dan penyampian hadiah. Aku ceritalah sikit tentang "Pengurusan Projek" dan "Pertandingan Sang Arnab dengan Kura-Kura dalam 4 versi". Lepas makan malam, start cerita pelbagai topik dari zaman Jepun sampai ke Angkasa Lepas.

Tidur jam 12.00 malam









TRAGEDI 18 NOVEMVER 2007

Alhamdulillah semuanya selamat...Banyak yang boleh dipelajari:

Allah sayangkan kita dan kita sentiasa bersyukur
Kita saling membantu dan memberikan sokongan moral
Terima kasih kepada Pasukan Penyelamat PULADA Johor
Terima kasih Pasukan Bomba dan Penyelamat Endau
Terima kasih orang ramai yang membantu

Syukur Alhamdulillah....Allahhuakbar

Jasa tuan kami ingati
Hanya Allah membalas jasa tuan
YM Engku, kami sedia membantu.
Terima Kasih Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Endau

7.00 petang kami kembali ke rumah...Alhamdulillah

Mesyuarat Agung MSSM CB dan Hari Keluarga

17 November 2007 (Sabtu) - Sebelum jam 8 pagi aku dah sampai ke SK Seri Utama, Mesyuarat Agung MSSM Cawangan Bagan. PPD memaklumkan tak dapat hadir kerana ada urusan di Kelang Selangor, pengganti beliau Tuan Haji Anis Bussari meyampian ucapan dan menutup mesyuarat. Mesyuarat dan penyampaian hadiah galakan berjalan lancar dan aku mohon mengundur diri sebelum jamuan makan tengah hari, kerana aku perlu ke Mersing untuk aktiviti Hari keluarga Staff. Sampai di Mersing hampir jam 5 petang.

Ketibaan Wakil Rasmi PPD



Mesyuarat berjalan lancar


Mana gambar tukang gambar ?


Jam 6.00 petang di Mersing

November 16, 2007

Pemantapan Kepimpinan ICT dan Pembestarian

Hari terakhir kursus - keadaan masih terkawal...jangan bimbang tak ada rusuhan atau tunjuk perasaan. Peserta nampaknya masih bersemangat mengikuti bengkel penggunaan "powerpoint" dan pagi ni "networking". Jangan Marah-marah....kita kan dah belajar mengawal keadaan dan bukan keadaan yang mengawal kita.


Catatan: Esok, sebelah pagi aku ada Mesyuarat Agung MSSM CB dan petang ke Mersing bawa keluarga (Hari Keluarga).....kena layan keperluan anak-anak dan isteri.





Ucapan En. Hamidon A. Rahman Pengurus Kursus. Jangan lupa gunakan apa yang kita perolehi disini dalam tugas harian nanti.

Kita minum dulu...



Aloo Man, ko buat ape tu? main henpon ? dengar muzik ? atau buat rekoding? utk powerpoint.

Satu "Projek" semasa Bulan Kemerdekaan. Jangkawaktu projek pembinaan menara berkembar tu cuma 5 hari dan kos pun rendah....cuma tak ada le "paper work" macam En. Ashraf ajor. Teamwork kita oklah juga.