Anak-anak Mira, Syahir dan Syafiq kelihatan bersemangat untuk mengikuti aktiviti bersama keluarga staff aku pada petang 17 November 2007. Bertolak jam 2.00 petang dari rumah hujan renyai. Berhenti sebentar di Pekan Air Hitam, beli 2 batang lemang dan rendang untuk makan dalam kereta.
Perjalanan mengambil masa hampir 3 jam. Semua staf yang mengikiti program ini dah sampai dulu, tak apalah janji aku selamat sampai. Terasa lapar, makan nasi berlaukkan labu, ikan masak sambal dan sambal belacan...Pengusaha chalet ni orang banjar...patutlah lauk labu. Apa lagi aku paraktikan "besurah".
5.30 petang...aktiviti bersama keluarga di pantai. Meriah dan nampak keceriaan di wajah anak-anak dan peserta program ini...Tahniah YM Engku dan jawatankuasa yang menganjurkan program ini. Mudah-mudahan setiakawan dan teamwork ini bertambah kuat.
8.30 malam majlis ucapan dan penyampian hadiah. Aku ceritalah sikit tentang "Pengurusan Projek" dan "Pertandingan Sang Arnab dengan Kura-Kura dalam 4 versi". Lepas makan malam, start cerita pelbagai topik dari zaman Jepun sampai ke Angkasa Lepas.
Tidur jam 12.00 malam
TRAGEDI 18 NOVEMVER 2007
Alhamdulillah semuanya selamat...Banyak yang boleh dipelajari:
Allah sayangkan kita dan kita sentiasa bersyukur
Kita saling membantu dan memberikan sokongan moral
Terima kasih kepada Pasukan Penyelamat PULADA Johor
Terima kasih Pasukan Bomba dan Penyelamat Endau
Terima kasih orang ramai yang membantu
Syukur Alhamdulillah....Allahhuakbar
Hanya Allah membalas jasa tuan
YM Engku, kami sedia membantu.
Terima Kasih Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Endau
7.00 petang kami kembali ke rumah...Alhamdulillah
No comments:
Post a Comment