December 24, 2009

Tahniah !


Alhamdulillah, Tahniah dan Syabas dari abah, emak dan adik beradik.

December 17, 2009

Mesyuarat Lagi

Pada 14 hingga 16 Disember 2009, kawan menghadiri Mesyuarat Program Sekolah Bestari Luar Bandar Fasa 1 (15 sekolah) di Hotel Pan Pasific KLIA. Setelah hampir setahun sekolah kawan cuba melaksanakan program ini.  Rasanya tidak adil jika pencapaian kami dibandingkan dengan 88 buah sekolah yang telah melaksanakan program ini sejak 10  tahun yang lalu. Berikan kami masa dan kemudahan, insyaAllah impian kita pasti tercapai (dengan usaha semua pihak).

Terima kasih kepada semua pihak khususnya KPM, MDEC, BTP, BTPN Johor, JPN Johor, PPD Batu Pahat, PKG Bagan dan PIBG yang telah memberikan sokongan, khidmat nasihat dan bimbingan kepada kami dan dan tidak dilupakan guru-guru yang berusaha merealisasikan 5 bintang SSQS.

4 Elemen penentu kejayaan yang dapat kawan simpulkan:
E1: Sikap ( komitmen, kepimpinan, motivasi, keinginan, kesedaran, kerjasama, kesungguhan dll.)
E2: Prasarana ( makmal komputer, pusat akses, komputer, pencetak, LCD, pengimbas, rangkaian LAN, WiFi dll)
E3: Sokongan  ( guru-guru, PIBG, PPD, PKG, JPN, BTPN, KPM, MDEC, IAB, Korporat  dll.)
E4: Kemahiran Asas ICT ( MS Office, penggunaan pencetak, pengimbas, internet, e-mail, web, i-kit, e-board) sudah tentu perlukan latihan berterusan.

Setelah merancang dan melaksanakan pelbagai program berkaitan pembestarian sekolah. Pemantauan dan postmortem perlu dirancang (seperti hari ini) dan dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Jangan biarkan kawan 'memandai-mandai' tanpa bimbingan, nasihat dan bantuan dari pihak atasan.



Guru Besar SK Randok (atas) dan Guru Besar Tasek Chini (bawah)

Peringatan:
17 Disember 2009 Mesyuarat AJK SPSK JPN Johor di Muar.
22 Disember 2009 Seminar SPSK Kearah MS ISO 9001:2008 di Kluang
26 Disember 2009 Haji Mohamad Johari menikahkan anak pulak.
Reblog this post [with Zemanta]

December 9, 2009

Melayan anak-anak

Cuti rehat yang dirancang mulai 14 hingga 17 Disember 2009, kawan batalkan kerana dikehendaki mengikuti Mesyuarat / Bengkel berkaitan Sekolah Bestari Luar Bandar. Program membawa anak-anak kenalah diawalkan. Batalkan cuti 14-17 dan gantikan 09 - 11 Disember 2009.  Tempat lawatan : Melaka Bersejarah. Tempat dilawati Zoo, Kampung Morten, Lebah, Taman Buaya (kat McD) Mydin dan Melaka River Cruise.

Suatu yang menarik semasa lawatan kami di Kampung Morten - Kami diberikan taklimat panjang lebar oleh waris VILLA SENTOSA Encik Abdul Rahim Haji Hashim. Punyalah peramah saya diberi peluang bersanding semula di atas pelamin dan diapit oleh anak-anak.
GAMBAR-GAMBAR BOLEH DILIHAT DARI SINI
Di Villa Sentosa, saya berkenalan seorang jurugambar sepenuh masa, Saudara Azizil Sedek. Cubalah jenguk hasil kriativiti jurugambar ni. Gambar kami pun ada dalam blog beliau. Boleh tempah untuk ambil gambar kawin.

Zoo Melaka

December 4, 2009

Kiosk Buat Sendiri - Kerastangan


Belum siap lagi kiosk informasi sekolah ni. Angan-angan nak macam kat bawah. Modal tak cukup. Sabar aje le.

November 29, 2009

Khabar dari Puan Kalthom

Semalam Puan Kalthom (GPK 1) dan Suami berangkat ke Adelaide, Australia untuk menjenguk cucu pertama mereka. Singgah rumah sebentar saja, masa tu jam 2.30pm. Kata saya "selamat jalan dan kirim salam kat anak".

2.48pm saya hantar SMS "salam kak som, ada masa email gambar kak som & keluarga di australia". 8.28pm Puan Kalthom jawab SMS saya "Msg diterima, insyaAllah.

Hari ini, saya terima e-mail dari Encik Ekram Alias (menantu kak som). Tahniah untuk semua dan terima kasih. Saya simpan gambar tu di sini supaya tidak lupa.

November 26, 2009

Masih Dalam Ingatan


Minggu Pertama Cuti Sekolah

Minggu pertama cuti sekolah akhir tahun 2009. Bengkel penyediaan RPH berkomputer kendalian Cikgu Zainorida diadakan pada 24 dan 25 NOVEMVER 2009.  Tahniah cikgu-cikgu yang sanggup hadir dan meluangkan masa menambah pengetahuan sedia ada. Kepada cikgu-cikgu yang boring dan berniat untuk belajar berkaitan ICT, sila maklumkan saya: tarikh, masa dan kemahiran yang diingini - jom kita sama-sama belajar. Jika tidak, kita duduk ajele kat rumah, belajar sendiri-sendiri.


November 17, 2009

Hari Anugerah Kecemerlangan 2009

 
Video Klip Kumpulan Angklung SKP




Terima kasih YB Datuk Ariss bin Samsudin, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Semerah kerana sudi merasmikan majlis seterusnya menyampaikan hadiah kepada anak-anak kami.

November 16, 2009

Gambar Kiriman Cikgu Hussin Abu Bakar














Supaya tidak lupa, kawan letakkan gambar-gambr tu di sini. Suatu masa gambar ini menjadi sejarah dan kenangan kita yang terlibat melaksanakan SPSK 2009. Terima kasih Cikgu Hussin.