December 9, 2009

Melayan anak-anak

Cuti rehat yang dirancang mulai 14 hingga 17 Disember 2009, kawan batalkan kerana dikehendaki mengikuti Mesyuarat / Bengkel berkaitan Sekolah Bestari Luar Bandar. Program membawa anak-anak kenalah diawalkan. Batalkan cuti 14-17 dan gantikan 09 - 11 Disember 2009.  Tempat lawatan : Melaka Bersejarah. Tempat dilawati Zoo, Kampung Morten, Lebah, Taman Buaya (kat McD) Mydin dan Melaka River Cruise.

Suatu yang menarik semasa lawatan kami di Kampung Morten - Kami diberikan taklimat panjang lebar oleh waris VILLA SENTOSA Encik Abdul Rahim Haji Hashim. Punyalah peramah saya diberi peluang bersanding semula di atas pelamin dan diapit oleh anak-anak.
GAMBAR-GAMBAR BOLEH DILIHAT DARI SINI
Di Villa Sentosa, saya berkenalan seorang jurugambar sepenuh masa, Saudara Azizil Sedek. Cubalah jenguk hasil kriativiti jurugambar ni. Gambar kami pun ada dalam blog beliau. Boleh tempah untuk ambil gambar kawin.

Zoo Melaka

1 comment:

Anonymous said...

Salam Tuan Haji,

Terima kasih kerana sudi menjenguk ke blog saya. Saya juga doakan kebahagaiaan & kesejahteraan Tuan Haji sekeluarga. Ada rezeki, kita berjumpa lagi. InsyaAllah.

Azizil Sedek