July 31, 2008

Jakarta & Bandung - dalam kenangan

Sila KLIK untuk melihat gambar seterusnya ketika di Jakarta / Bandung
Tangkuban Parahu
Untuk melihat gambar-gambar seterusnya SILA KLIK

July 26, 2008

Jakarta & Bandung

Kali terakhir melawat (wisata) Jakarta dan Bandung pada tahun 1991. Ingat-ingat lupa. Taman Jaya Ancol, Safari Park, Tengkuban Prahu dan kesesakan (macet) jalan raya. Sudah tentu kali ini amat berbeza. Terima kasih rakan-rakan yang sedia melihat ibu dan pembantu serta anak-anak di rumah.
Terima kasih Puan Kalthom, Puan Salimah, En. Mohd Yusop, Encik Mohd Shahir dan rakan-rakan lain sedia membantu saya sekeluarga.

July 24, 2008

Kalam Jama'ie

"Mira" (Nurul Syaza) jadi konduktor kumpulan "kalam jamie" bagi pasukan SK Peserai dalam aktiviti J-QAF peringkat daerah Batu Pahat pada hari ini Khamis 24.07.2008 yang telah diadakan di SK Banang Jaya.
Kalam Jamie / Choral Speaking / Cakap Arab da..
Kumpulan Kalam Jamie SK Peserai menyampaikan persembahan.
Pegawai Pelajaran Batu Pahat ( Tuan Haji Sapie bin Hj Md Sharif ) menyampaikan sijil penyertaan.
Syabas ! Kumpulan SK Peserai (anak-anak abah) muncul JOHAN peringkat daerah Batu Pahat. InsyaAllah mewakili daerah Batu Pahat ke peringkat negeri yang akan diadakan di daerah Johor Bahru pada 02.08.2008

July 21, 2008

Selamatkah Kita?

Peringatan yang boleh dijadikan panduan - jangan lupa.

July 13, 2008

Pakatan Bara'an Ilmu

Pada hari semalam Sabtu 12.07.2008. Seramai lebih 200 murid dari 3 sekolah ( SK Peserai, SK Seri Gading dan SK Seri Puleh) telah berkumpul di SK Peserai dalam Program "Pakatan bara'an Ilmu" .Program ini bertujuan untuk memastikan anak-anak tahun 6 mencapai keputusan cemerlang, lulus dan tanpa gagal dalam UPSR 2008. Anak-anak telah dibahagikan kepada 6 kumpulan mengikut tahap dan guru pembimbing memberikan fokus kepada subjek yang kurang mantap. InsyaAllah dengan usaha semua pihak kejayaan akan dicapai.
Anak-nak mendengar taklimat awal sebelum dibahagikan kepada 6 kumpulan
Cikgu Yusop Basir Kaunselor SK Peserai menyampaikan kata-kata semangat
Sebahagian anak-anak yang menyertai program
InsyaAllah anda semua akan beroleh kejayaan
Perjumpaan GB, GPK dan Kaunselor bersama ibu-bapa tahun 6 kumpulan ke 3 telah diadakan di Bilik gerakan. Puan kalthom Haron GPK 1 SK Peserai menyampaikan taklimat. Usaha-usaha kita untuk memastikan anak-anak kita berjaya.

July 12, 2008

Nilai Cintamu

pernah dulu..ku fikirkan tanpa cinta tak mengapa...
bila kau pergi ku rasakan sunyinya di hati
baru kini ku tahu nilai cintamu
ku renungi gambarmu
ku baca surat- suratmu
namun pedihnya ku terasa...
tanpa kau bersama..
ku harap dikau pun begitu jua

kini aku mengerti
hanya engkau pelita hati
semua yang kau korbankan
hanyalah untuk ku
akan tetap ku kenang
kasihmu terhadap diriku
janji untuk bersama sehidup semati

andainya kau kembali
kan kurahkan rasa hati
agar dikau mengerti cintaku yang suci
berikan ku harapan untuk bersama mu semula
akan aku buktikan nilai cintaku
Nilai Cintamu - Sudirman
ANAK-ANAK ABAH...BAGI LE CAN MAK DAN ABAH KE JAKARTA / BANDUNG (26-30 JULAI -INSYAALLAH)

July 10, 2008

Video Klip Untuk Ibu

Khas untuk Emak dari anak-anak (Saiyidah, Syafiqah, Syafiq, Syahir dan Syaza). Video klip ini dihasilkan oleh Nurul Saiyidah bersama adik-adiknya.

Untuk Isteri Yang Meminati Sudirman

Terasing
Kegelisahan didalam kedinginan
Meniti sepi keseorangan
Sebuah kematian yang tiada bernisan
Sendu mengiringi perpisahan
Ruang nan luas diri bergerak bebas
Namun keupayaanku terbatas
Segala mimpi menjadi asing
Perit membakar diri
Sebuah cinta dan harapan
Menjadi mimpi berterbangan
Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat tersiksa diriku
Kerana kehilanganmu
Oh mengapakah terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari
Kau tak kan kembali
Pemergianmu mengisi kekosongan
Biarpun dikau masih kuperlukan
Kita dikatakan pasangan bahagia
Kini terasing luka
Selamat Ulang Tahun Kelahiran 10 JULAI

Terasing - Sudirman

July 8, 2008

Demi Anak-anak

Malam ini 08.07.2008. Hanya tinggal 62 hari lagi UPSR. Perjumpaan ibu-bapa bersama GB, GPK 1, Setiausaha UPSR dan Kaunselor sekolah. InsyaAllah kumpulan ke 3 pada hari Sabtu 12.07.2008
Siapa yang tak sayang anak oii.
Tahniah kepada ibu-bapa yang hadir
Perjumpaan waktu malam lebih tenang.
Harapan tinggi kaum ibu.

Perjumpaan Kumpulan ke 2 ibu-bapa bersama Guru Besar. Mana Guru Besar ? Biasalah GB yang ambil gambar.

July 7, 2008

Cameron Highlands 2008

Sekali lagi Cameron Highlands 06 hingga 07 JULAI 2008
RM 350.00 semalam
RM 3.00 tak masuk air
Licin










July 1, 2008

Peringatan

Perlu diingat dan dalam kawalan:
  • PEREMPUAN
  • WANG
  • KUASA
  • KEMEGAHAN