August 15, 2013

Dipersilakan datang..

Assalammualaikum wbkt..

Rakan-rakan SK Penghulu Salleh, AJK PIBG SK Penghulu Salleh, Penduduk Taman Warisan Peserai, Rakan-rakan sekolah lama, Rakan-rakan kenalan yang masih ingatkan saya....

 


July 31, 2013

Warkah GB untuk calon UPSR 2013


Warkah daripada,
Guru Besar,
SK Penghulu Salleh.
                                                                                                 
Ke hadapan anakanda calon-calon UPSR 2013 SK Penghulu Salleh yang dikasihi.
Anakanda,

Ayahanda doakan agar anakanda dikurniakan kesihatan yang terbaik untuk menghadapi peperiksaan UPSR pada 10 hingga 12 September 2013 nanti. Ayahanda harapkan agar anakanda sentiasa tenang dan bersedia dari segi mental dan fizikal untuk peperiksaan yang penting ini.

Anakanda yang dikasihi,

Di samping merayakan Hari Raya Aidilfitri, anakanda hendaklah tidak lupa mengulang kaji pelajaran. Teruskan membuat latihan ulang kaji yang dibekalkan oleh guru-guru sama ada latihan dari Zoom-A, buku latihan atau kertas ujian. Ingat pesanan yang selalu ayahanda sampaikan “Latihan yang kerap dan sistematik akan melahirkan individu yang mahir, cekap dan hebat dalam semua bidang yang dipelajari.
 
Kejayaan yang hendak diraih sebenarnya memerlukan usaha yang berterusan, tiada kejayaan yang boleh dicapai dengan mudah. Walaupun begitu sekiranya anakanda bersungguh-sungguh dalam apa jua usaha, semua perkara menjadi mudah dan boleh dicapai. Kesusahan semasa berusaha mencapai kecemerlangan adalah pengalaman manis yang akan dikenang satu hari nanti. Sikap berputus asa dan bertangguh hendaklah dibuang jauh-jauh dari diri anakanda.

Anakanda yang dikasihi,
Anakanda harus tenang sehinggalah hari peperiksaan yang sebenar. Dapatkan sokongan dari ibu bapa, keluarga dan guru-guru. Minta restu dan berbuat baiklah pada mereka. Anakanda juga jangan melupakan jasa mereka yang bertungkus lumus menjadikan anakanda pandai. Semua guru  bersedia untuk membantu anakanda dalam apa jua keadaan. Mohonlah kemaafan dan doa daripada mereka. Ayahanda yakin mereka semua akan mendoakan kejayaan anakanda.
 
Nasihat ayahanda, agar anakanda menjaga pemakanan, kesihatan dan keselamatan diri. Gunakanlah masa yang masih berbaki ini sebaik yang mungkin. Jangan buang masa kerana “Masa Itu Emas”. Rajinlah mengulang kaji dan ketahuilah subjek atau topik yang masih belum dikuasai sepenuhnya.

Akhir kata sampaikan salam takzim ayahanda kepada ibu bapa atau penjaga anakanda. Semoga kita mencipta rekod terbaik UPSR SK Penghulu Salleh tahun ini.
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat menduduki peperiksaan UPSR. Semoga kejayaan cemerlang dapat digapai.

Daripada  ayahanda,
                                                                                                                  

(HAJI SARKAWI BIN HAJI SATU)
Guru Besar,

SK Penghulu Salleh.
31 Julai 2013.


Beberapa Pautan Petua Pelajar Cemerlang:

* PETUA DAN CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG
* Ciri-ciri pelajar cemerlang
* 33 Ciri Pelajar Cemerlang
* 35 Petua menjadi pelajar cemerlang
* Ciri-ciri pelajar cemerlang

Ulangkaji Pelajaran Semasa Raya (UPSR)

July 23, 2013

Pengorbanan seorang ibu..


 
~KISAH YANG MENYENTUH PERASAANKU~

Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.

Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan... yang cemerlang.

Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"
Gadis itu menjawab "Tidak."

Pengurus itu bertanya lagi, "Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"
Gadis itu menjawab,"Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya."

Pengurus meneruskan soalannya, "Ibu awak bekerja di mana?" Gadis itu menjawab,"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah."

Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.

Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi, "Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?"

Gadis itu menjawab, "Tidak pernah. Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."

Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.

Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi. Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan ibunya.

Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.

Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan. Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu. Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kasar dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya.

Lama-kelamaan gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti.

Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak. Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal.

Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.

Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya : "Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?"

Gadis itu menjawab : "Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal."

Pengurus itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa?"

Gadis itu menjawab : "Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini. Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti betapa sukarnya mendapat sedikit wang untuk hidup. Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan."


Pengurus itu tersenyum lalu berkata, "Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya. Awak diterima untuk bekerja di sini."

Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat.

Pengajaran dari cerita ini adalah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak.

Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan kerja-kerja di rumah. Dari situ, kita akan belajar untuk menghargai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh mereka

via:Islam Agama Ku

~ Dunia Maklumat

Lagu Raya...







July 4, 2013

Belajar Photoshop

Giliran staf SKPS pula...
 Masjid Nabawi Madinah
 Putrajaya Malaysia
 Dubai
 Eiffel Tower Paris...malam
 Eiffel Tower Paris..siang
Taj Mahal India


June 6, 2013

Latihan - kemahiran - kecekapan

Hari ini saya memantau dari pejabat bilangan anak-anak cikgu yang membuat latihan secara maya menggunakan portal zoom-a.  TAHNIAH MURID-MURID yang berada dalam portal Zoom-a
 
Percayalah, bila kita banyak membuat latihan secara berulang-ulang dan bersungguh-sungguh maka sebenarnya kita telah melatih diri membuat yang betul dan terbaik.
 
Cuba anak-anak menulis menggunakan tangan kiri (jika tidak kidal), sudah tentu anak-anak menghadapi masalah kerana kita tidak dilatih menggunakan tangan kiri untuk menulis. 
 
Atlet Negara  Cina berjaya sehingga keperingkat antarabangsa kerana mereka menjalani latihan yang kerap, berdisiplin dan keras sejak kecil...cuba KLIK
......sebab itu mereka Berjaya....kita tidaklah seteruk itu.


May 26, 2013

Guru-guru SKPS 2013

 Teknik superimpose, kalau tak menjadi, harap maafkan.
Guru-guru SKPS yang berminat mendapatkan format asal, sila maklumkan saya.
Cari berapa perbezaan..kat Paris
Kat Arab...
Kat India..


May 16, 2013

Sambutan Hari Guru SKPS 2013

SELAMAT HARI GURU 2013
Gambar dan berita Sambutan Hari Guru SKPS dan Prasambutan 100 Tahun SKPS



Koir murid-murid cikgu....buktikan nanti anda beroleh kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.


Koir guru-guru tanpa sebarang latihan. Tahniah cikgu. Hayati dan amalkan senikatanya ye.

7.40 pagi:  Ketibaan YB Saudara Mohd Ismail bin Roslan ADUN Semerah
 Sambutan oleh bekas guru-guru SKPS, Pengerusi PIBG, Bekas murid dan guru-guru
 Barisan para guru
 Tahniah YB
 Ucapan aluan GB
 Ucapan YB Mohd Ismail bin Roslan ADUN Semerah
Menadah tangan...
 kalangan bekas guru-guru, wakil bekas pelajar dan Jawatan Kuasa PIBG SK Penghulu Salleh
 Terima kasih YB
Terima kasih kepada YB datuk Nuraini Ahmad Ahli parlimen Parit Sulung yang mengirimkan Kek
 Gambar Guru-guru SK Penghulu Salleh sempena Hari Guru 2013
 Bekas guru-guru SK penghulu Salleh turut serta membaca yassin, tahlil dan Doa Selamat
Guru-guru perempuan membuat aksi menarik..

April 18, 2013

MTQ Daerah Batu Pahat 2013

Hari ini Majlis Tadarus AlQuran, aktiviti Maal Hijrah dan Nasyid peringkat sekolah rendah  Batu Pahat telah berlangsung di SK Seri Separap. Pelbagai aktiviti pertandingan antaranya Tilawah AlQuran, Hafazan, Kuiz, Bercerita, Khat Jawi dan Nasyid telah diadakan. Penyertaan dari semua 8 zon dalam daerah Batu Pahat.
Tahniah untuk anakanda Afrina Adriana binti Mohd Noh, peserta dari tahun 3, murid SK Penghulu Salleh yang telah muncul JOHAN Tilawah AlQuran (kategori perempuan) bagi tahun 2013.  Syabas dan tahniah untuk kedua ibu-bapanya dan guru-guru yang banyak membantu kejayaan ini.

Tahniah kepada ketiga-tiga peserta Kuiz Agama Islam ( Nuraina innati binti Ghazali, Aqila binti Aidit dan Nurfateha binti Jawididee ) yang berjaya menduduki tempat ketiga.
Jika rajin berusaha dan banyak latihan, kita boleh berjaya.
Kejayaan anda(Afrina) mengembirakan ibu-bapa dan sekolah. Tahniah dan ALHAMDULILLAH.

April 11, 2013

Susah Kalau Tak Ada Isteri

7.14 pagi: Saya menghantar SMS kepada GPK1 Pn. Hajah Zarah Jamal:
8.30 pagi:  Sampai sekolah (dah lewat).  Tandatangan Kew320 dan dokumen sokongan. InsyaAllah guru-guru dan staf yang pergerakan gaji bulan Januari dan April akan menerima gaji baru serta tunggakan untuk gaji bulan Jun.

10.00 pagi: Buat keputusan ambil cuti rehat hari ini dan esok (saya maklumkan PPDR melalui SMS). Sebenarnya saya ada tugas tambahan untuk saya, kena bawa anak dan cucu untuk pemeriksaan dan suntikan jam 2.00 petang di hospital yang sama.

10.30 pagi: Bersama Syahir, setelah membeli tiket balik ke UTM dan UKM perjalanan hari Ahad, sekali lagi menjenguk isteri. Doktor nasihatkan tunggu hingga esok kerana urin masih mengandungi darah.
 2.00 petang: Saya dimaklumkan isteri, guru-guru SK Penghulu Salleh yang diketuai oleh GPK1 Pn Hajah Zaharah, GPK HEM Pn. Norhayati dan GPK KK En. Nor Khairulnizam membuat lawatan di hospital.  Terima kasih diatas sokongan moral anda semua.
2.15 petang: Cucu bersama neneknya..
2.15 petang: Izz Qashid ambil kesempatan baring disebelah nenek.  Tahniah, Izz dah bertambah berat dan sihat.
3.00 petang: Kak Ngah dan Pak Ngah serta anak melawat.

MAKAN MALAM:

Muhammad Syahir tukang masak.
....yang berbaring tu bukan pesakit.

Doakan yang terbaik untuk kita semua.