November 29, 2009

Khabar dari Puan Kalthom

Semalam Puan Kalthom (GPK 1) dan Suami berangkat ke Adelaide, Australia untuk menjenguk cucu pertama mereka. Singgah rumah sebentar saja, masa tu jam 2.30pm. Kata saya "selamat jalan dan kirim salam kat anak".

2.48pm saya hantar SMS "salam kak som, ada masa email gambar kak som & keluarga di australia". 8.28pm Puan Kalthom jawab SMS saya "Msg diterima, insyaAllah.

Hari ini, saya terima e-mail dari Encik Ekram Alias (menantu kak som). Tahniah untuk semua dan terima kasih. Saya simpan gambar tu di sini supaya tidak lupa.

November 26, 2009

Masih Dalam Ingatan


Minggu Pertama Cuti Sekolah

Minggu pertama cuti sekolah akhir tahun 2009. Bengkel penyediaan RPH berkomputer kendalian Cikgu Zainorida diadakan pada 24 dan 25 NOVEMVER 2009.  Tahniah cikgu-cikgu yang sanggup hadir dan meluangkan masa menambah pengetahuan sedia ada. Kepada cikgu-cikgu yang boring dan berniat untuk belajar berkaitan ICT, sila maklumkan saya: tarikh, masa dan kemahiran yang diingini - jom kita sama-sama belajar. Jika tidak, kita duduk ajele kat rumah, belajar sendiri-sendiri.


November 17, 2009

Hari Anugerah Kecemerlangan 2009

 
Video Klip Kumpulan Angklung SKP




Terima kasih YB Datuk Ariss bin Samsudin, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Semerah kerana sudi merasmikan majlis seterusnya menyampaikan hadiah kepada anak-anak kami.

November 16, 2009

Gambar Kiriman Cikgu Hussin Abu Bakar














Supaya tidak lupa, kawan letakkan gambar-gambr tu di sini. Suatu masa gambar ini menjadi sejarah dan kenangan kita yang terlibat melaksanakan SPSK 2009. Terima kasih Cikgu Hussin.

November 13, 2009

Semalam dan Hari ini

Terima kasih kepada warga SJKC Li Chi, Segamat yang telah memberikan kerjasama kepada saya untuk menjalankan praaudit dalam SPSK 2009. Komitmen tuan/puan dihargai.Semalam 12.11.2009 di SK Kampung Jawa, Segamat.
Malam tadi tidur Villa Hotel Segamat.
Hari ini 13.11.2009 ke SJKC Li Chi, Segamat.
Petang: Balik rumah
Mesyuarat Pembukaan praAudit Dalam SPSK
Mendengar rumusan Mesyuarat Penutup praAudit Dalam SPSK.
Gambar di bawah bukan di SJKC Li Chi..tapi kat sekolah kawan pada 11.11.2009
Gambar di SK Kampong Jawa...lupa nak keluarkan kamera dari kereta. Maaf tak ada gambar. Walau bagaimanapun saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada seluruh warga SK Kampong Jawa kerana mereka telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk melaksanakan semua Prosedur Kualiti yang ditetapkan. Untuk tuan guru besar SK Kampong Jawa (En.Mohd Salihan)...jasa baik tuan amat dihargai. Soto Kampung Jawa memang terkenal. Kalau turun Batu Pahat, jangan lupa kawan, boleh kita pekena nasi baryani pula.

November 10, 2009

Di mana saya

01.32pm 10.11.2009 : SK (F) Tenggaroh 2, Mersing.
08.25am 09.11.2009 : SK Bandar Penawar 2, Mersing.
10.43pm 08.11.2009 : Banang Golf Resort, Batu Pahat. Hari Keluarga SK Senggarang.
08.29am 07.11.2009 : Hari Usahawan SK. Peserai.
09.37pm 06.11.2009 : Hari Kelauarga SK Seri Padang Sari.

November 6, 2009

Terima kasih tuan/puan

Google Map
Google Earth
Terima kasih kepada seluruh warga SK Taman Suria khasnya Puan Yos Fatimah binti Selamat, Guru Besar SK Taman Suria yang telah memberikan kerjasama penuh kepada kami. Terima kasih cikgu Nazli kerana mengambil kami ditepi jalan...almaklumlah orang kampung sesat kat bandar.
Visi, Misi dan Dasar Kualiti yang sama.

November 3, 2009

Kelebihan Google Earth dan GPS

9.00am 04.11.2009 di pejabat SK Gelang Patah
GPS
InsyaAllah, esok berjumpa kawan lama..