November 13, 2009

Semalam dan Hari ini

Terima kasih kepada warga SJKC Li Chi, Segamat yang telah memberikan kerjasama kepada saya untuk menjalankan praaudit dalam SPSK 2009. Komitmen tuan/puan dihargai.Semalam 12.11.2009 di SK Kampung Jawa, Segamat.
Malam tadi tidur Villa Hotel Segamat.
Hari ini 13.11.2009 ke SJKC Li Chi, Segamat.
Petang: Balik rumah
Mesyuarat Pembukaan praAudit Dalam SPSK
Mendengar rumusan Mesyuarat Penutup praAudit Dalam SPSK.
Gambar di bawah bukan di SJKC Li Chi..tapi kat sekolah kawan pada 11.11.2009
Gambar di SK Kampong Jawa...lupa nak keluarkan kamera dari kereta. Maaf tak ada gambar. Walau bagaimanapun saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada seluruh warga SK Kampong Jawa kerana mereka telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk melaksanakan semua Prosedur Kualiti yang ditetapkan. Untuk tuan guru besar SK Kampong Jawa (En.Mohd Salihan)...jasa baik tuan amat dihargai. Soto Kampung Jawa memang terkenal. Kalau turun Batu Pahat, jangan lupa kawan, boleh kita pekena nasi baryani pula.

No comments: