August 31, 2012

Perhimpunan Statik Sambutan Kemerdekaan

Tarikh  : 31 OGOS 2012 (Jumaat)
Masa   : 7.30 pagi - 10.00 pagi
Tempat : Stadium Jalan Ampuan, Batu Pahat.
"55 Tahun Merdeka, JANJI DITEPATI"






Ambang Merdeka SKPS 2012

Tarikh: 30 OGOS 2012
Masa : 7.30 - 8.30 pagi
Tempat : Dataran SK Penghulu Salleh









August 30, 2012

Marhaban dan Doa

Program Marhaban sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2012 Taman Warsian Peserai.
Gambar-gambar dan klip Video boleh ditonton dengar melalui blog

AMINNN..

August 20, 2012

Pantun Kolam Ikan (Part 3)

Ada Kolam Ikan Dalam Taman,
Ekosistem Kolam Untuk Pelajaran,
Tilapia Jinak Makan Di tangan,
Beri Makan Jangan Kelaparan.
.


Kolam sekolah berisi ikan,
Tilapia hidup penuh permai,
Hari Raya mohon maafkan,
Hidup bahagia aman damai.

Tilapia hidup penuh permai,
Tak makan ketupat dan tapai,
Hidup bahagia aman damai,
Sasaran kerja perlu dicapai.

SELAMAT HARI RAYA SAYA UCAPKAN

Pantun Kolam Ikan (Part 1)

August 19, 2012

Hari Raya 1433H/2012M






SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1433H/2012M
Maaf Zahir dan Batin
Dari Kami Sekeluarga

August 17, 2012

Program Membaca dan Khatam AlQuran 2012



Program membaca AlQuran setiap awal pagi dalam bulan Ramadhan dan majlis khatam AlQuran SK Penghulu Salleh telah diadakan hari Rabu 15 Ogos 2012.

Untuk calon UPSR
U : Ulangkaji
P : Pelajaran
S  : Semasa dan Selepas
R : Raya

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Warkah dari Ayahanda GB

Warkah daripada,
Tuan Guru Besar,
SK Penghulu Salleh,
Mampan, Spg Lima,
83020 Batu Pahat,
Johor.

Ke hadapan anakanda calon-calon UPSR 2012
SK Penghulu Salleh yang dikasihi.
  Anakanda,

Ayahanda doakan agar anakanda dikurniakan kesihatan yang terbaik untuk menghadapi peperiksaan UPSR pada 11 hingga 13 September 2012 nanti. Ayahanda harapkan agar anakanda sentiasa tenang dan bersedia dari segi mental dan fizikal untuk peperiksaan yang penting ini.

Anakanda yang dikasihi,

Di samping merayakan Hari Raya Aidilfitri dalam waktu cuti yang panjang (11 hari), anakanda hendaklah tidak lupa mengulang kaji pelajaran. Teruskan membuat latihan ulang kaji yang telah dibekalkan oleh guru-guru sama ada latihan dari Zoom-A, buku latihan atau kertas ujian. Ingat pesanan yang selalu ayahanda sampaikan “Latihan yang kerap dan sistematik akan melahirkan individu yang berkemahiran dan berkecekapan yang cemerlang”. Seterusnya menjadi penjana kecemerlangan ke arah melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Kejayaan yang hendak diraih sebenarnya memerlukan usaha yang berterusan, tiada kejayaan yang boleh dicapai dengan mudah. Walaupun begitu sekiranya anakanda bersungguh-sungguh dalam apa jua usaha, semua perkara menjadi mudah dan boleh dicapai. Belakang parang diasah lagikan tajam. Anggaplah kesusahan semasa berusaha untuk cemerlang adalah pengalaman manis yang akan dikenang satu hari nanti. Sikap berputus asa dan bertangguh hendaklah dibuang jauh-jauh dari diri anakanda.

Anakanda yang dikasihi,

Anakanda harus tenang sehinggalah hari peperiksaan yang sebenar. Cuba dapatkan sokongan dari ibu bapa, keluarga dan guru-guru. Minta restu dan berbuat baiklah pada mereka. Anakanda juga jangan melupakan jasa mereka yang bertungkus lumus menjadikan anakanda pandai. Semua guru sentiasa bersedia untuk membantu anakanda dalam apa jua keadaan. Mohonlah kemaafan dan doa daripada mereka. Ayahanda yakin mereka semua akan mendoakan anakanda.
Nasihat ayahanda, agar anakanda menjaga pemakanan, kesihatan dan keselamatan diri. Gunakanlah masa yang masih berbaki ini sebaik yang mungkin. Jangan buang masa kerana “Masa Itu Emas”. Rajinlah mengulang kaji dan ketahuilah subjek atau topik yang masih belum dikuasai sepenuhnya.

Akhir  kata sampaikan salam takzim ayahanda kepada ibu bapa atau penjaga anakanda. Semoga kita mencipta rekod terbaik UPSR SK Penghulu Salleh tahun ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat menduduki peperiksaan UPSR. Semoga kejayaan cemerlang dapat digapai.

Daripada  ayahanda,




(HAJI SARKAWI BIN HAJI SATU)
Guru Besar,

SK Penghulu Salleh.
15 Ogos 2012.

August 11, 2012

Gambar Lama

Tahun 2004
 Tahun 2007
 Tahun 2008
 Tahun 2009
 Tahun 2010
Tahun 2011