August 4, 2014

Warkah dari GB 2014


       Tel : 4130300
Guru Besar,
SK Penghulu Salleh.
Batu Pahat
 



                                                                                                                                   
_____________________________________________________________________________________
                                                                                                                                Tarikh    :  4 OGOS 2014

Ke hadapan anakanda calon UPSR 2014 SK Penghulu Salleh 2014 yang dikasihi.


Anakanda,
Ayahanda doakan agar anakanda dikurniakan kesihatan yang terbaik untuk menghadapi peperiksaan UPSR pada 09 hingga 11 September 2014 nanti. Ayahanda harapkan agar anakanda sentiasa tenang dan bersedia dari segi mental dan fizikal untuk peperiksaan yang penting ini.

Anakanda yang dikasihi,
Di samping merayakan Hari Raya Aidilfitri, anakanda hendaklah tidak lupa mengulang kaji pelajaran. Teruskan membuat latihan ulang kaji yang dibekalkan oleh guru-guru sama ada latihan dari Zoom-A, buku latihan atau kertas ujian. Ingat pesanan yang selalu ayahanda sampaikan Latihan yang kerap dan sistematik akan melahirkan individu yang berkemahiran, cekap dan hebat dalam semua bidang yang dipelajari"

Kejayaan yang hendak diraih sebenarnya memerlukan usaha yang berterusan, ingatlah tiada kejayaan yang boleh dicapai dengan mudah, walaupun begitu sekiranya anakanda bersungguh-sungguh dalam apa jua usaha, semua perkara menjadi mudah dan boleh dicapai. Kesusahan semasa berusaha mencapai kecemerlangan adalah pengalaman manis yang akan dikenang satu hari nanti. Sikap berputus asa dan bertangguh hendaklah dibuang jauh-jauh dari diri anakanda.

Anakanda yang dikasihi,
Anakanda harus tenang sehinggalah hari peperiksaan yang sebenar. Dapatkan sokongan dari ibu bapa, keluarga dan guru-guru. Minta doa restu dan berbuat baiklah pada mereka. Anakanda juga jangan melupakan jasa mereka yang bertungkus lumus menjadikan anakanda pandai. Semua guru  bersedia untuk membantu anakanda dalam apa jua keadaan. Mohonlah kemaafan dan doa daripada mereka. Ayahanda yakin mereka semua akan mendoakan kejayaan anakanda.

Nasihat ayahanda, agar anakanda menjaga pemakanan, menjaga kesihatan dan keselamatan diri. Gunakanlah masa yang masih berbaki ini sebaik yang mungkin. Jangan buang masa kerana “Masa Itu Emas”. Rajinlah mengulang kaji dan ketahuilah subjek atau topik yang masih belum dikuasai sepenuhnya.

Akhir kata sampaikan salam takzim ayahanda kepada ibu bapa atau penjaga anakanda. Semoga kita mencipta rekod terbaik UPSR SK Penghulu Salleh tahun ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat menduduki peperiksaan UPSR. Semoga kejayaan cemerlang dapat digapai.


Daripada  ayahanda,



(HAJI SARKAWI BIN HAJI SATU)
Guru Besar,
SK Penghulu Salleh.
04 OGOS 2014.

April 30, 2014

Gambar dan Tarikh (SIRI 1)

Peristiwa dan gambar (SIRI 1)


03.09.2013
 
 04.09.2013
05.09.2013
10.09.2013
 16.09.2013
21.09.2013
21.09.2013
23.09.2013
25.09.2013




February 1, 2014

5 Bulan Tanpa Catatan

Hampir 5 bulan blog ini "dilupakan" tanpa sebarang "catatan"
Catatan terakhir pada pada 18.08.2013

Tungguuu.....