May 30, 2009

Perkhemahan Unit Beruniform

Perkhemahan Bersepadu Unit-Unit Beruniform mulai Jumaat 29.05.2009 hingga Ahad 31.05.2009. Tahniah kepada semua guru terutama Cikgu Aziz bin Seman GPK KK yang telah berjaya mengelolakan program tahunan ini.
Meninjau kumpulan yang berbincang untuk membuat persembahan malam ini.
Mohammad Syahir berada di atas menara buluh yang telah disediakan oleh guru-guru.
Petang Sabtu 30.05.2009
GB berada di atas ran buluh
Pemandanag dari atas ran berlatarbelakan khemah peserta.

May 28, 2009

Bengkel ICT Masa Cuti

Minggu hadapan akan-rakan guru mula bercuti pertengahan tahun. Pelbagai program telah diatur oleh pihak sekolah. Kem Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform, Kelas Tambahan, Gerak Gempur UPSR dan lain-lain. Masa cuti cikgu bersama keluarga agak terhad kerana komitmen tugas kokurikulum.
.
Guru Besar tidak ada kemudahan cuti penggal. Cuti rehat mungkin boleh diambil.
.
Saya bercadang mengadakan Bengkel ICT Percuma kepada guru-guru seperti ketetapan berikut:
1. Tarikh : Cuti Sekolah (ditetapkan oleh kumpulan 10 - 15 guru)
2. Sasaran : Berminat, berkelapangan dan tiada paksaan
3. Masa : 2 hingga 3 jam (sebelah pagi)
4. Tempat : Makmal Komputer
5. Makan : Tak disediakan (bawak sendiri)
6. Kandungan : Mengikut permintaan guru-guru, Contohnya:
a. Penggunaan "serch engine" - 10 minit
b. Membuat folder "Bookmark/Favorites" - 10 minit
c. Muaturun bahan (download)/ "Copy & Paste" - 10 minit
d. Menyimpan dokumen dalam folder - 10 minit
e. Pengurusan e-mail - 30 minit
f. Membina "Blog" / Sembang "yahoo messenger" "skype" dll
g. EduwebTV
h. Microsoft "Excell" "Word" "Powerpoint" dll.
Sekali lagi diingatkan - bengkel ini percuma untuk guru SK Peserai yang ada kelapangan dan berminat untuk berkongsi pengalaman. Bengkel ini bukan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang diwajibkan tu. Kawan rasa "boring" jugak masa cuti ni.

May 18, 2009

Guru SK Peserai

Guru-guru SK Peserai 2009 - sempena sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
Sila download gambar di atas untuk mendapatkan saiz lebih besar
Badan Kebajikan Bilik Guru SK Peserai 2009

May 9, 2009

Buat Sendiri

Kalau berhajat - sila buat sendiri kat http://photofunia.com/ macam-macam ada

May 7, 2009

Terima kasih

Hari ini sekolah kawan dikunjungi oleh 2 orang pegawai dari BTPN Johor bersama 2 orang pegawai dari PKG Bagan. InsyaAllah penyelenggaraan segera komputer-komputer untuk kegunaan murid sebanyak 20 buah akan dilakukan segera. Apa lagi, aku pun mengadulah apa yang patut. Talian Schoolnet yang kerap bermasalah.

Aku tunjukkan "LAN" di pejabat ( 9 PC kegunaan semua GPK dan PT-PT), Cikgu Zainorida meunjukkan Kad Pintar untuk pinjaman buku perpustakaan, wireless router di 5 lokasi, malangnya pada hari ini tak dapat untuk akses ke internet. Apa masalahnya? Masa cuti sekolah bagus bedesup-desup pulak - talian sesak kot atau ada masalah lain.

Kalaulah kawan diberi peluang mendapatkan apa yang kawan mahu. Jawapannya :
  1. 200 PC untuk murid seramai 1000 orang ( 1 PC : 5 murid) maksud kawan setiap bilik darjah tersedia sekurang-kurang 3 PC dan sebuah TV dan di perpustakaan tesedia 10 PC kegunaan murid.
  2. TV LCD 46 inci - 2 buah
  3. Interaktif Whiteboard - 4 unit
  4. Kios tuch screen - 2 unit
  5. Kursus dan bengkel untuk guru-guru - Joomla / Mamboo / dll
  6. Semua perisian terkini yang berlesen

Apa pun, terima kasih diatas lawatan pegawai BTPN dan JPNJ. Nampaknya tak lah kawan memandai-mandai lagi. Ada yang bersedia memberi tunjuk ajar dan tempat kawan mengadu. Terima kasih semua.

Ini Cikgu Nrul Ain (bukan pegawai dari BTPN)

May 6, 2009

Sekolah Bestari Luar Bandar

Pelancaran Program Sekolah Bestari Luar Bandar Fasa 1, 2009
.
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Y.Bhg. Dato' Hj. Alimuddin bin Hj. Mohd. Dom telah melancarkan Program Sekolah Bestari Luar Bandar Fasa 1, 2009 di SMK (Felda Besaut, Sungkai Perak pada 5 Mei 2009 jam 3.00 petang.
Gambar bersama 15 orang Pengetua dan Guru Besar
Ucapan KPPM
Sempat bergambar pegawai ICT JPNJ dan PPD Batu Pahat
Gambar-gambar lain (56 keping) sila download dari sini (besout_bistari.zip)

May 4, 2009

Terkejar-kejar

Selepas sedikit membantu JPNJ (jaminan kualiti) untuk SPSK pastu aku ke IAB, balik IAB buat LDP keesoknya ikut MGBBP ke Tanjung Balai. Balik sekolah layan rakan-rakan dari BTPNJ, PKG dan PPD (unit ICT) termasuklah hari ini terkejar-kejar untuk penyelenggaraan PC kat bilik komputer.
.
Cuti Hari Pekerja sempat juga ke majlis perkahwinan anak bekas guru aku kemudian jenguk sekolah baca surat dan TT mana yang diamanahkan di+ tanam semula pokok bunga kertas yang dah mati.
.
Esok pagi (05.04.2009) ke SMK (Felda) Besaut, Sungkai - Majlis Pelancaran Rasmi Sekolah Bestari Luar Bandar oleh KPPM jam 3.00pm - 6.00pm. Aku mungkin tidur di Tanjung Malim kerana Nurul nak ikut balik hari Rabu.
.
Nak kata sibuk, taklah sibuk sangat macam PM...terima kasih Kak Som yang banyak membantu. Terima kasih juga kepada rakan-rakan GPK dan rakan-rakan guru yang lain. Tak ada GB pun kita boleh Johan Bola Baling (P) Zon, Boria dan Melukis tempat ke 3 Batu Pahat, Memanah - mungkin 2 orang murid kita mewakili Johor ke MSSM yang bakal diadakan di Labuah Sabah. Tahniah cikgu-cikgu jurulatih yang bersemangat untuk mengharumkan nama sekolah kita.
.
Tahniah Cikgu Mislia, Cikgu Aida, Cikgu Shamala, dan Cikgu-cikgu lain yang dah ada blog berunsur pendidikan.
Pesan saya: jangan kelam kabut....pelan-pelan buat persediaan nanti kena NCR.

May 1, 2009

Tanjung Balai 26 - 28 APRIL

Pagi 26 APRIL - Berada di Jeti Kukup, Pontian
Malam 26 APRIL " Malam Ramah Tamah bersama Pemerintah Kabupaten Karimun Dengan Majelis Guru Besar Batu Pahat Johor Malaysia"

Bergambar ramai

Pagi 27 APRIL - Lawatan sambil belajar di tiga buah sekolah.

Sekolah ke dua dikunjungi.

Sekolah ketiga yang kami kunjungi.

Malam 27 APRIL - Makam malam

Pagi 28 APRIL - Lobi Hotel Rasa Sayang
Petang 28 APRIL - Berada di Malaysia