May 28, 2009

Bengkel ICT Masa Cuti

Minggu hadapan akan-rakan guru mula bercuti pertengahan tahun. Pelbagai program telah diatur oleh pihak sekolah. Kem Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform, Kelas Tambahan, Gerak Gempur UPSR dan lain-lain. Masa cuti cikgu bersama keluarga agak terhad kerana komitmen tugas kokurikulum.
.
Guru Besar tidak ada kemudahan cuti penggal. Cuti rehat mungkin boleh diambil.
.
Saya bercadang mengadakan Bengkel ICT Percuma kepada guru-guru seperti ketetapan berikut:
1. Tarikh : Cuti Sekolah (ditetapkan oleh kumpulan 10 - 15 guru)
2. Sasaran : Berminat, berkelapangan dan tiada paksaan
3. Masa : 2 hingga 3 jam (sebelah pagi)
4. Tempat : Makmal Komputer
5. Makan : Tak disediakan (bawak sendiri)
6. Kandungan : Mengikut permintaan guru-guru, Contohnya:
a. Penggunaan "serch engine" - 10 minit
b. Membuat folder "Bookmark/Favorites" - 10 minit
c. Muaturun bahan (download)/ "Copy & Paste" - 10 minit
d. Menyimpan dokumen dalam folder - 10 minit
e. Pengurusan e-mail - 30 minit
f. Membina "Blog" / Sembang "yahoo messenger" "skype" dll
g. EduwebTV
h. Microsoft "Excell" "Word" "Powerpoint" dll.
Sekali lagi diingatkan - bengkel ini percuma untuk guru SK Peserai yang ada kelapangan dan berminat untuk berkongsi pengalaman. Bengkel ini bukan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang diwajibkan tu. Kawan rasa "boring" jugak masa cuti ni.

1 comment:

Cikgu Nurul_Saiyid said...

bagus ni abah..tuk tingkatkan kemahiran guru2 zaman moden kini..eceh