April 30, 2010

Perundangan Sekolah

Alhamdulillah kursus yang saya sertai telah selesai diikuti dengan jayanya.
GAMBAR-GAMBAR RAKAN PERSERTA KURSUS SILA KLIK DI SINI UNTUK DOWNLOAD (iab_jitra.zip 8559kb)
 
Bukti selesai mengikuti kursus - terima sijil dari pengurus kursus.
 

Apa yang kami dapat setelah berkursus? Semua yang dilakukan perlu mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan. Kita dah ada Akta dan  Pelbagai Pekeliling yang perlu dipatuhi. Contohnya Pekeliling Ikhtisas Gunakan yang terkini sebagai panduan.

April 29, 2010

Seloka dari IAB Utara

DUA BELAS SITUASI KURANG SENANG
  1. Bila hadirin tidak bertenang
  2. Bila jasa tidak dikenang
  3. Bila bertanding jarang menang
  4. Bila rakan bersenang lenang
  5. Bila berjanji sewenag-wenang
  6. Bila rakan setugas dipinang
  7. Bila mengajar itik berenang
  8. Bila aib kita dicanang
  9. Bila hilang tiada mengenang
  10. Bila hidup tak senang-senang
  11. Bila menengak basahnya benang
  12. Bila dikhalayak diri tak tenang

DUA BELAS PETANDA ORANG TAK SUKA
  1. Bercakap bermuka-muka
  2. Bersalam tak pandang muka
  3. Rajin ada ketika
  4. Marah menyindir baka
  5. Berebut harta pusaka
  6. Tanggungjawab selalu leka
  7. Menjawab sekadar teka
  8. Fitnah mengguris luka
  9. Dilabel tua bangka
  10. Bergurau ketika duka
  11. Rahsia diri dibuka
  12. Semua angguk belaka
Catatan sebahagian daripada syarahan En. Abdullah IAB Utara.

April 27, 2010

Kursus Perundangan Sekolah

25.04.2010 (Ahad):  9.00 pagi bergerak ke IAB Utara bersama Haji Mohamad Juhari, En. Sulaiamn Arjam dan Haji Kamsani Isnin...Tidur di Hotel Seri Malaysia Taiping setelah memandu lebih daripada 10 jam.
1.00pm 26.04.2010: Membuat lawatan ke SK Arau, Perlis bertemu GB Tuan Haji Adenan Long. Sekolah Bestari Luar Bandar dari Perlis.
Dari Kiri: Saya, Haji Adenan Long, Haji Kasmani Isnin dan En. Sulaiman Arjam.
Pusat Akses SK Arau, Perlis
Makmal Komputer 1, SK Arau Perlis
Prasekolah SK Arau Perlis.
Makan tengahari Medan Selera Ikan Keli.
Singgah di Changlun bertemu sahabat lama Cikgu Haji Mohd Yusof bin Jamaluddin.

5.30pm 26.04.2010 : Sampai ke Residen IAB Utara
Bilik 427 Residen Aminuddin Baki IAB Utara.

April 24, 2010

SCHIZOPHRENIA

SCHIZOPHRENIA
SCHIZOPHRENIA 

I. Apakah Schizophrenia?
Schizophrenia adalah nama diberi kepada sekumpulan penyakit jiwa dimana terdapat gangguan dalam perasaan, pemikiran dan tingkah-laku seseorang itu. Ia adalah penyakit yang menyebabkan kehilangan upaya dan mengganggu dengan kehidupan seharian seseorang itu. Sesiapa sahaja boleh menghidap Schizophrenia dan ia berlaku dengan kadar 1% dikalangan penduduk umum.
Ia tidak berjangkit dari seorang kepada seorang yang lain.

II Bilakah Ia Berlaku?
Tidak kira umur tetapi biasanya dalam lingkungan umur 12 hingga 45 tahun.

III Bagaimana Kita Dapat Mengenal Penyakit Ini?
  • Kelakuan yang pelik dan ganjil.
  • Bercakap atau ketawa seorang diri.
  • Cuai dengan rupa dan kesihatan diri.
  • Gangguan tidur malam.
  • Pertuturan sukar diikuti.
  • Sangkaan palsu yang orang-orang lain akan mencederanya atau mengawal dirinya.
  • Berkeliaran.
  • Cuai tentang kerjanya dan lain-lain.
IV Apakah Rawatannya?
  • Berikut adalah rawatan untuk Schizophrenia:-
  • Pengubatan yang berterusan iaitu tablet dan suntikan.
  • Rawatan Electroconvulsive therapy.
  • Aktiviti kerja.
  • Sokongan keluarga.
  • Bercakap dengan seseorang yang terlatih.
  • Apa Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Seseorang Menghidap Gejala-Gejala Di Atas?
  • Bawa ke doktor yang berdekatan.

April 18, 2010

Tawaran Baru PGB, LINUS dan SIT

Ketika kawan membuat posting ini, kawan berada di Hotel City, Banting, Selangor.

Naik berpinar mata kawan  kerana mengemaskini Langkah 1.2 Keputusan Akhir Tahun 2008 dan 2009. Harap rakan-rakan guru membantu kawan selepas ini. kerana kita mempunyai banyak kelas.
Nota: Pada hari Sabtu 17.04.2010,
9.00 am: ke sekolah berbincang dengan GPK 1 dan SU Peperiksaan.
2.30pm: Kawan dengan ditemani isteri, anak dan EN. Sahid ke LCCT KLIA menghantar pembantu rumah balik ke Bandung Indonesia.
8.40pm ke  SMK Jugra menjenguk Nurul dan kami tidur di sini.

April 13, 2010

Praktikum dan Lawatan Pelajar UK

Latihan mengajar pelajar-pelajar dari UK di SKP
Jangan marah le kawan diapit oleh minah saleh tu...

April 12, 2010

Hanya Gambar


Tiada catatan.....gambar menceritakan 1001 ingatan.