July 31, 2010

Sambutan 100 Tahun SK Peserai

1.  Terima kasih kepada YB Datuk Haji Ariss bin Samsudin ADUN Semerah kerana sudi merasmikan sambutan 100 tahun SK Peserai pada hari Sabtu 24.07.2010
2.. Terima kasih kepada Tuan Haji Shapie bin Md Shariff PPD Batu Pahat kerana sudi merasmikan majalah Kemilau Bestari pada hari Jumaat 30.07.2010.
3. Terima kasih kepada Tuan Haji Ghazi bin Hj Ali wakil PPD (bapa angkat SK Peserai)dalam majlis penutupan rasmi.
4. Tahniah dan syabas kepada Mejar (B) On bin Abd Wahab YDP PIBG dan AJK PIBG SK Peserai yang telah berjaya mengadakan majlis Sambutan 100 Tahun SK Pesrai.
5. Terima kasih kepada para dermawan yang memberikan sokongan dan bantuan kepada PIBG dan sekolah untuk menjayakan majlis kita.
Antara cenderamata
Tuan Haji Mohammad Razi bin Abd Rahim (Mantan Ketua Sektor Akademik JPN Johor) merupakan kerani pertama SK Peserai 1963 turut hadir selepas majlis tahlil dan turut menyampaikan pensejarahan SK Peserai kira-kira 47 tahun yang lalu.
Bergambar kenangan selepas pensejarahan SK Peserai
Berjumpa kawan lama,
Pameran motor berkuasa tinggi
Bergambar untuk kenangan
Persembahan Angklung Malam Alumni
Johan Futsal kategori perempuan 12
Tarian rama-rama prasekolah

Maaf saya tak berpeluang pegang kamera lama-lama....Gambar lain akan diupload ke Portal SK Peserai (untuk ustaz Fathi, Cikgu Zainorida, Cikgu Yatim, Cikgu Aziz dan rakan PKG...mohon gambar dari tuan)


July 27, 2010

Bengkel Membina Blog

Saya tidak pernah mengikuti kursus atau bengkel membina blog secara rasmi yang dianjurkan oleh mana-mana pihak. Blog yang saya buat ni pun sekadar "cuba jaya".  Tahniah kepada rakan-rakan guru yang berjaya membina asas blog rasmi sekolah pada hari ini. Terima kasih kepada FS yang membantu rakan-rakan guru pada hari ini.

BENGKEL MEMBINA BLOG RASMI SEKOLAH
ZON SK PESERAI

TARIKH : 27.07.2010 (SELASA)
Sebahagian blog yang disiapkan:
SK SERI JASA SEPAKAT      http://sksjs.blogspot.com/
SJKC SULONG                     http://www.scsulong.blogspot.com/
SK SERI LAKSANA               http://skserilaksana.blogspot.com/
SK GAMBUT                         http://skgambut.blogspot.com/
SK SERI PADANG SARI        http://sksps14.blogspot.com/
SK LUBOK                            http://sklubokbp.blogspot.com/
SK SERI TIGA SERANGKAI   http://sks3s.blogspot.com/
SK SERI MAIMON                 http://skserimaimon.blogspot.com/
SJKC SIN HWA                     http://sjkcsinhwa.blogspot.com/
SK PENGHULU SALLEH       http://skps0019.blogspot.com/
SJKC PEI CHUN                    http://www.sjkcpeichun.blogspot.com/
SK SERI SEKAWAN DESA   http://skssdbp.blogspot.com/
SJKC CHONG HWA              http://chks.blogspot.com/
SK PESERIAN                      http://skpeserian.blogspot.com/
SK KAMPONG JAWA           http://skkj0013.blogspot.com/
SK SERI CHANTEK              http://skchantek.blogspot.com/

July 17, 2010

SATU PERSOALAN vs SATU HAKIKAT

Wahai rakan-rakan guru
yang lama dan yang baru.

Dalam kerjayamu berselerak ranjau dan sembilu
kau perlu tabah dan cekal dalam mengharungi dunia pendidikanmu,
menyampaikan maklumat dan ilmu.
Pada anak didik
bukan setakat dengan buku
tetapi
dengan hati nurani seorang ibu.

Persoalannya
sudahkah kau capai matlamat?
menurunkan segala ilmu dan azimat?
untuk anak didik yang dahagakan ilmu dunia dan akhirat???

Hakikatnya
masih ada anak didik yang kabur mata
tak tahu tulis baca
bak katak terkurung dalam balang kaca
dapat melihat tapi tak dapat merasa!!!

Persoalannya
di mana silapnya?
anak didik masih tak tahu tulis baca
butakah anak-anak itu?

Atau

Kita guru
tak reti nak bantu
tak sudi nak cari sesuatu
........Dah buntu??!!

Hakikatnya
masih ada anak didik yang kabur mata
tak tahu tulis baca
bak katak terkurung dalam balang kaca
Dapat melihat tapi tak dapat merasa!!!!

Persoalannya
sejauh manakah usaha yang telah dilakukan
sudah cukupkah ilmu yang diberikan
sudah dapat satu kepuasan!
berpadakah tugas dengan gaji lumayan
untuk bantu anak-anak sedemikian???


oleh:
Ramelan bin Lamijan
Guru Besar
SK Seri Ledang, Rengit.
Majalah AURA PPD Batu Pahat 2010

Gaya Hidup Sihat

Program Gaya Hidup Sihat Bersama Pemimpin DUN Semerah
Anjuran Pejabat Kesihatan Batu Pahat
Tarikh : 17 JULAI 2010 (Sabtu)
Tempat : SK Peserai

Objektif:
  • Mengenalpasti Faktor Risiko penyakit tidak berjangkit pada Warga Pendidikan dan masyarakat umum
  • Melaksanakan intervensi terhadap mereka yang bermasalah.
  • Meningkatkan peratus masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat ke arah 2 L = Lawa dan Langsing

July 14, 2010

Kursus Lagi

Kursus Profesionalisma Guru Besar Pentadbir Daerah Batu Pahat
Hotel Tropical Inn Johor Bahru
13 hingga 15 JULAI 2010

Maklumat lanjut ....nantilah kalau berkesempatan.

July 10, 2010

Untuk Isteri, anak dan rakan-rakan

Kali ini sambutan Hari Jadi untuk Mira dibuat dalam kelas.
Hari ini 10 Julai, Selamat Hari Ulang Tahun untuk Isteri dan Mira pada 06 JULAI lalu. Lawatan kerja guru-guru dan staf SK Seri Telok diketuai oleh Guru Besar Pn. Hjh. Hadijah Ahmad.