October 31, 2009

Pemantauan online

Contoh pemantauan online dari rumah.

October 27, 2009

Kursus Juruaudit SPSK JPNJ 2009

Encik Othman bin Nekmat, Penolong Pengarah Sektor Jaminan Kulaiti JPN Johor memberikan penerangan dan penjelasan untuk bakal-bakal juruaudit Sistem Pengurusan sekolah Kualiti JPN Johor. Kursus ini bermula dari 26.10.2009 hingga 29.10.2009 bertempat di Hotel Pelangi, Muar.
Khusuk memahami peranan dan tanggungjawab auditor

Encik Abd Rahim bin Abd Rahman, Penolong Pengarah Sektor Jaminan Kualiti JPN Johor.

October 17, 2009

Rumah Terbuka

Terima kasih kerana mengundang kami ke rumah terbuka pada hari ini.
Rumah cikgu Shamala a/p Krishnan - Deepavali
Rumah Encik Shamsuddin (orang kuat teakwondo)
Rumah Cikgu Zainorida binti Ngarip
Rumah Cikgu Hamidah binti Jamari

October 16, 2009

PERMATApintar

TAHNIAH
Hari ini kawan terima surat dari UKM. Alhamdulillah seorang dari pada empat murid kawan melepas UJIAN PERMATApintar UKM 2 dan akan mengikuti UJIAN PERMATApintar UKM 3.

Ujian PERMATApintar UKM 3 dibina setara dengan ujian Stanford-Binet. Ujian ini dibina untuk menguji kepintaran dalam empat aspek iaitu:
(a) Penaakulan Lisan
(b) Penaakulan Kuantitatif
(c) Penaakulan Abstrak dan Visual
(d) Daya Ingatan Sementara.

Nur Natasya Amira binti Roslan, murid tahun 3 (9 tahun) layak ke Program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar Tahun 2009 yang akan diadakan di UKM bermual pada 29 November 2009. Tahniah.

Menariknya, Nur Natasya Amira dah ada blog sendiri. SILA KLIK.

October 15, 2009

Gambar Dari Cikgu Nahida

Peserta Kem Perkhemahan Kepimpinan Remaja Sekolah Negeri Johor 2009
Hari pertama sebelum program bermula bersama guru pengiring Cikgu Nahida
Serapan bersama kawan-kawan dari daerah lain
Melawat Balai Polis Bukit Kepong yang bersejarah
Bergambar
Penerangan dari pegawai polis
Semangat
Peserta dari SK Peserai
Mendengar taklimat
Posing cikgu Nahida..Jaga anak-anak tau.
Reblog this post [with Zemanta]

October 14, 2009

Kem Kepimpinan PRS 2009

E-Mail dari Cikgu Hjh. Nahida bte Hj. Mohamed On...tahniah kerana membuat laporan menerusi e-mail dan menyertakan 9 keping gambar aktiviti anak-anak yang menyertai kem kepimpinan PRS 2009 peringkat negeri Johor. (Aktiviti hari pertama 13.10.2009)
Cikgu Hjh. Nahida (kiri),cikgu Yusop Basir (baju merah) bersama anak-anak tahun 5 SK Peserai.
SK Peserai menghantar 6 orang murid tahun 5 dalam program berkenaan yang dijalankan di daerah Muar.


October 11, 2009

LDP ke5 dan RIMUP

Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) dijalankan pada hari ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat (murid-murid, guru-guru, PIBG, SJK (C) Ai Chun 1 dan tetamu undangan lain yang menjayakan program kita.
Guru dan murid-murid SJK(C) Ai Chun 1 turut serta menyanyikan lagu hari raya.
Murid-murid, guru-guru dan tetamu mengambil tempat.
Semalam Program LDP dijalankan mengikut jadual. Terima kasih kepada PKG Bagan yang telah membenarkan penggunaan bilik mesyuarat mereka.

October 2, 2009

Marhaban Taman Warisan


Untuk melihat klip video yang lain, sila ke Blog Taman Warisan Peserai, Batu Pahat.
Tahun ini, sekali lagi warga Taman Warisan Peserai, mengadakan Program Marhaban sempena Hari Raya Aidil Fitri tahun 1430H/2009. Gambar-gambar boleh dilihat dari Blog Taman Warisan Peserai, Batu Pahat. Sila klik gambar di atas.