October 16, 2009

PERMATApintar

TAHNIAH
Hari ini kawan terima surat dari UKM. Alhamdulillah seorang dari pada empat murid kawan melepas UJIAN PERMATApintar UKM 2 dan akan mengikuti UJIAN PERMATApintar UKM 3.

Ujian PERMATApintar UKM 3 dibina setara dengan ujian Stanford-Binet. Ujian ini dibina untuk menguji kepintaran dalam empat aspek iaitu:
(a) Penaakulan Lisan
(b) Penaakulan Kuantitatif
(c) Penaakulan Abstrak dan Visual
(d) Daya Ingatan Sementara.

Nur Natasya Amira binti Roslan, murid tahun 3 (9 tahun) layak ke Program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar Tahun 2009 yang akan diadakan di UKM bermual pada 29 November 2009. Tahniah.

Menariknya, Nur Natasya Amira dah ada blog sendiri. SILA KLIK.

No comments: