May 7, 2009

Terima kasih

Hari ini sekolah kawan dikunjungi oleh 2 orang pegawai dari BTPN Johor bersama 2 orang pegawai dari PKG Bagan. InsyaAllah penyelenggaraan segera komputer-komputer untuk kegunaan murid sebanyak 20 buah akan dilakukan segera. Apa lagi, aku pun mengadulah apa yang patut. Talian Schoolnet yang kerap bermasalah.

Aku tunjukkan "LAN" di pejabat ( 9 PC kegunaan semua GPK dan PT-PT), Cikgu Zainorida meunjukkan Kad Pintar untuk pinjaman buku perpustakaan, wireless router di 5 lokasi, malangnya pada hari ini tak dapat untuk akses ke internet. Apa masalahnya? Masa cuti sekolah bagus bedesup-desup pulak - talian sesak kot atau ada masalah lain.

Kalaulah kawan diberi peluang mendapatkan apa yang kawan mahu. Jawapannya :
  1. 200 PC untuk murid seramai 1000 orang ( 1 PC : 5 murid) maksud kawan setiap bilik darjah tersedia sekurang-kurang 3 PC dan sebuah TV dan di perpustakaan tesedia 10 PC kegunaan murid.
  2. TV LCD 46 inci - 2 buah
  3. Interaktif Whiteboard - 4 unit
  4. Kios tuch screen - 2 unit
  5. Kursus dan bengkel untuk guru-guru - Joomla / Mamboo / dll
  6. Semua perisian terkini yang berlesen

Apa pun, terima kasih diatas lawatan pegawai BTPN dan JPNJ. Nampaknya tak lah kawan memandai-mandai lagi. Ada yang bersedia memberi tunjuk ajar dan tempat kawan mengadu. Terima kasih semua.

Ini Cikgu Nrul Ain (bukan pegawai dari BTPN)

2 comments:

Puteri Azizul said...

Saya pun kalau dapat nak juga ada 20 pc di pss untuk kegunaan guru dan murid supaya mudah untuk akses internet n cari bahan...tapi siapa yang dapat bantu ye....ppd, jpn,? pspn ? .......

chehassan said...

Hebat demo Haji?