Sepasang atuk dan nenek yang akhir-akhir ini menjadi pelupa dalam segala hal.. akhirnya pergi menemui doktor..
.
Doktor mengatakan bahawa secara fizikal mereka sihat saja. Doktor menyarankan agar mereka membiasakan diri untuk menulis catatan apa saja untuk membantu mereka mengingat segala perkara dan tidak lupa.
.
Suatu malam kedua atuk dan nenek tersebut sedang menonton TV... Tiba-tiba si atuk berdiri..
.
Nenek : "Mahu kemana?"
Atuk : "Oh aku mahu ke dapur untuk mengambil segelas air"
Nenek : "Kalau begitu.. tolong bawakan aku AISKRIM VANILA"
Atuk : "OK .."
Nenek : "Eh tunggu.. sebaiknya abang tulis dulu supaya tidak lupa"
Atuk : "Ah tidak perlu.. aku ingat... Aiskrim vanila kan?"
Nenek : "Kalau begitu tambahkan strawberry dan krimnya"
Atuk : "Beres .. !!"
Nenek : "Ah sebaiknya catat semua pesananku itu..nanti pasti abang akan lupa semuanya"
Atuk : "Jangan Bimbang.. aku tidak lupa.. Aiskrim vanila.. strawberry dan krimnya bukan?"
.
Dua puluh minit kemudian Si Atuk datang dan memberikan kepada nenek sepiring daging dan beberapa biji telur rebus.
.
Nenek : (Dengan wajah terkejut) "Nah, Aku dah kata..abang akan lupa pesananku... sepatutnya ditulis catatan dulu"
.
Atuk : "Iya ke..? salah ke..? Apa yang kamu pesan tadi?"
Nenek : "ROTI BAKAR ISI JAM STRAWBERRY."
No comments:
Post a Comment