March 24, 2012

Bersama ibu bapa dan PIBG

Hari ini saya bertuah dapat berjumpa dengan ibu bapa tahun 6 SK Penghulu Salleh dan ahli-ahli PIBG SK Peserai. Kedua-dua sekolah ini memberikan laluan kepada saya menyampaikan ucapan.  Satu masalah saya tidak pandai membaca teks. Mohon maaf jika banyak kali protokol tak tersusun dan terlupa.  InsyaAllah lain kali saya sediakan teks ( orang rumah komplen ucapan kaku dan tak ada unsur ceria dan kecindan jika membaca teks ucapan)

Majlis di SK Penghulu Salleh terpaksa saya tinggalkan sekitar jam 10.00 pagi kerana saya diundang ke SK Peserai pula.
8.30 pagi: SK Penghulu Salleh dengan kerjasama PIBG mengaadakan Program Telus Headcount dan Motivasi Ibu Bapa Tahun 6. Terima kasih kepada YDP PIBG, Puan Noraishah binti Said dan JK PIBG yang memberikan sokongan kuat kepada pihak sekolah untuk merealisasikan Matlamat dan Objektif Program ini.
Sebelah Kiri:  Lihatlah kehadiran ibu-bapa, guru dan anak-anak tahun 6 SK Penghulu Salleh.  Tahniah kehadiran kita (bersama niat yang baik) untuk melahirkan kecemerlangan akademik (UPSR), insan yang unggul dan bakal penjana generasi terbilang. InsyaAllah.
Sebelah kanan:  Semua ibu bapa mahukan anak-anak mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam semua bidang.  Program menuju kejayaan perlu bermula dengan niat, perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan posmortem. Lebih cantik lagi program disulami dengan sesi motivasi diri, menyumbang tenaga, idea, gotong royong malah wang ringgit sebagai modal. muafakat membawa barkat.
 Sebahagian guru SK Penghulu Salleh. Kerjasama semua guru saya hargai. Terima kasih cikgu.
11.00 pagi: di SK Peserai.  Terima kasih kepada PIBG dan GB SK Peserai kerana mengundang saya sebagai tetamu merangkap bekas GB di sekolah ini.
Majlis Penutupan Rasmi Mesyuarat Agung PIBG kali Ke 36 oleh Yang Berhormat Dato' Noraini binti Haji Ahmad, Ahli Parlimen Kawasan Parit Sulong.
 Sebahagian ahli PIBG yang hadir. Tahniah dan terima kasih.
Bertuah sungguh anak-anak cikgu yang berjaya mecapai 5A dalam UPSR tahun 2011. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Fuad bin Tan Sri Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang telah menyumbangkan 23 buah basikal.
Seronoknya menerima basikal dari YB Dato' Noraini binti Haji Ahmad.   Terima kasih Dato' kerana meluluskan peruntukan sebanyak RM5000 untuk SK Peserai sama seperti SK Penghulu Salleh.


Saya tetap sayangkan SK Peserai dan kini saya perlu menyayangi SK Penghulu Salleh pula.

No comments: