April 18, 2013

MTQ Daerah Batu Pahat 2013

Hari ini Majlis Tadarus AlQuran, aktiviti Maal Hijrah dan Nasyid peringkat sekolah rendah  Batu Pahat telah berlangsung di SK Seri Separap. Pelbagai aktiviti pertandingan antaranya Tilawah AlQuran, Hafazan, Kuiz, Bercerita, Khat Jawi dan Nasyid telah diadakan. Penyertaan dari semua 8 zon dalam daerah Batu Pahat.
Tahniah untuk anakanda Afrina Adriana binti Mohd Noh, peserta dari tahun 3, murid SK Penghulu Salleh yang telah muncul JOHAN Tilawah AlQuran (kategori perempuan) bagi tahun 2013.  Syabas dan tahniah untuk kedua ibu-bapanya dan guru-guru yang banyak membantu kejayaan ini.

Tahniah kepada ketiga-tiga peserta Kuiz Agama Islam ( Nuraina innati binti Ghazali, Aqila binti Aidit dan Nurfateha binti Jawididee ) yang berjaya menduduki tempat ketiga.
Jika rajin berusaha dan banyak latihan, kita boleh berjaya.
Kejayaan anda(Afrina) mengembirakan ibu-bapa dan sekolah. Tahniah dan ALHAMDULILLAH.

April 11, 2013

Susah Kalau Tak Ada Isteri

7.14 pagi: Saya menghantar SMS kepada GPK1 Pn. Hajah Zarah Jamal:
8.30 pagi:  Sampai sekolah (dah lewat).  Tandatangan Kew320 dan dokumen sokongan. InsyaAllah guru-guru dan staf yang pergerakan gaji bulan Januari dan April akan menerima gaji baru serta tunggakan untuk gaji bulan Jun.

10.00 pagi: Buat keputusan ambil cuti rehat hari ini dan esok (saya maklumkan PPDR melalui SMS). Sebenarnya saya ada tugas tambahan untuk saya, kena bawa anak dan cucu untuk pemeriksaan dan suntikan jam 2.00 petang di hospital yang sama.

10.30 pagi: Bersama Syahir, setelah membeli tiket balik ke UTM dan UKM perjalanan hari Ahad, sekali lagi menjenguk isteri. Doktor nasihatkan tunggu hingga esok kerana urin masih mengandungi darah.
 2.00 petang: Saya dimaklumkan isteri, guru-guru SK Penghulu Salleh yang diketuai oleh GPK1 Pn Hajah Zaharah, GPK HEM Pn. Norhayati dan GPK KK En. Nor Khairulnizam membuat lawatan di hospital.  Terima kasih diatas sokongan moral anda semua.
2.15 petang: Cucu bersama neneknya..
2.15 petang: Izz Qashid ambil kesempatan baring disebelah nenek.  Tahniah, Izz dah bertambah berat dan sihat.
3.00 petang: Kak Ngah dan Pak Ngah serta anak melawat.

MAKAN MALAM:

Muhammad Syahir tukang masak.
....yang berbaring tu bukan pesakit.

Doakan yang terbaik untuk kita semua.

April 10, 2013

Isteri dan Batu Karang

Sahabat kita Haji Mohamed dan En. Sulaiman (jam 1.30pm) menziarahi isteri saya.

10.00 malam 09 April, isteri saya mengadu tidak tahan sakit (simptom: sakit pinggang, terasa nak buang air kecil, tidak selesa, serba tak kena dan muntah). Tindakan saya: Bawa isteri ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera.

2.30 petang 10 April, isteri saya berada di bilik pembedahan Hospital Putra, Batu Pahat untuk menjalani rawatan kerana penyakit batu karang...Doakan yang terbaik untuk beliau.

TERKINI:  Alhamdulillah, Jam 4.00 Isteri saya selamat menjalani rawatan mengeluarkan batu karang. InsyaAllah, esok atau lusa boleh keluar.

April 9, 2013

Pemantauan Program Pengarah Turun Padang 2013

Alhamdulillah hari ini sekolah kawan dilawati oleh dua orang pegawai En. Mohamad bin Aman, Penyelia Latihan, Unit Latihan dan Kemajuan Staf, Jabatan Pelajaran Johor  dan En. Sajali bin Ibrahim, Penolong Pegawai Pelajaran Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat (bapa angkat sekolah).  InsyaAllah kita akan melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan sebaik mungkin.

Niat yang baik, perancangan yang teliti, pelaksanaan mengikut prosedur, pemantauan, doa dan tawakal akan membuahkan hasil yang diingini....Amin

 En. Mohamad bin Aman sedang menyampaikan taklimat hasil dapatan/pemantauan beliau.
 Guru-guru mendengar taklimat yang disampaikan.
 Sebahagian guru khusuk mendengar taklimat dan rumusan dapatan kedua-dua pegawai pemantau
 Suasana ceria dan tanpa tekanan bakal menghasilkan kualiti yang diharapkan dalam pendidikan.
Pemantauan pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah.

Sebelah petang pertandingan MTQ Zon Semerah di sekolah kawan...