December 24, 2009

Tahniah !


Alhamdulillah, Tahniah dan Syabas dari abah, emak dan adik beradik.

December 17, 2009

Mesyuarat Lagi

Pada 14 hingga 16 Disember 2009, kawan menghadiri Mesyuarat Program Sekolah Bestari Luar Bandar Fasa 1 (15 sekolah) di Hotel Pan Pasific KLIA. Setelah hampir setahun sekolah kawan cuba melaksanakan program ini.  Rasanya tidak adil jika pencapaian kami dibandingkan dengan 88 buah sekolah yang telah melaksanakan program ini sejak 10  tahun yang lalu. Berikan kami masa dan kemudahan, insyaAllah impian kita pasti tercapai (dengan usaha semua pihak).

Terima kasih kepada semua pihak khususnya KPM, MDEC, BTP, BTPN Johor, JPN Johor, PPD Batu Pahat, PKG Bagan dan PIBG yang telah memberikan sokongan, khidmat nasihat dan bimbingan kepada kami dan dan tidak dilupakan guru-guru yang berusaha merealisasikan 5 bintang SSQS.

4 Elemen penentu kejayaan yang dapat kawan simpulkan:
E1: Sikap ( komitmen, kepimpinan, motivasi, keinginan, kesedaran, kerjasama, kesungguhan dll.)
E2: Prasarana ( makmal komputer, pusat akses, komputer, pencetak, LCD, pengimbas, rangkaian LAN, WiFi dll)
E3: Sokongan  ( guru-guru, PIBG, PPD, PKG, JPN, BTPN, KPM, MDEC, IAB, Korporat  dll.)
E4: Kemahiran Asas ICT ( MS Office, penggunaan pencetak, pengimbas, internet, e-mail, web, i-kit, e-board) sudah tentu perlukan latihan berterusan.

Setelah merancang dan melaksanakan pelbagai program berkaitan pembestarian sekolah. Pemantauan dan postmortem perlu dirancang (seperti hari ini) dan dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Jangan biarkan kawan 'memandai-mandai' tanpa bimbingan, nasihat dan bantuan dari pihak atasan.



Guru Besar SK Randok (atas) dan Guru Besar Tasek Chini (bawah)

Peringatan:
17 Disember 2009 Mesyuarat AJK SPSK JPN Johor di Muar.
22 Disember 2009 Seminar SPSK Kearah MS ISO 9001:2008 di Kluang
26 Disember 2009 Haji Mohamad Johari menikahkan anak pulak.
Reblog this post [with Zemanta]

December 9, 2009

Melayan anak-anak

Cuti rehat yang dirancang mulai 14 hingga 17 Disember 2009, kawan batalkan kerana dikehendaki mengikuti Mesyuarat / Bengkel berkaitan Sekolah Bestari Luar Bandar. Program membawa anak-anak kenalah diawalkan. Batalkan cuti 14-17 dan gantikan 09 - 11 Disember 2009.  Tempat lawatan : Melaka Bersejarah. Tempat dilawati Zoo, Kampung Morten, Lebah, Taman Buaya (kat McD) Mydin dan Melaka River Cruise.

Suatu yang menarik semasa lawatan kami di Kampung Morten - Kami diberikan taklimat panjang lebar oleh waris VILLA SENTOSA Encik Abdul Rahim Haji Hashim. Punyalah peramah saya diberi peluang bersanding semula di atas pelamin dan diapit oleh anak-anak.
GAMBAR-GAMBAR BOLEH DILIHAT DARI SINI
Di Villa Sentosa, saya berkenalan seorang jurugambar sepenuh masa, Saudara Azizil Sedek. Cubalah jenguk hasil kriativiti jurugambar ni. Gambar kami pun ada dalam blog beliau. Boleh tempah untuk ambil gambar kawin.

Zoo Melaka

December 4, 2009

Kiosk Buat Sendiri - Kerastangan


Belum siap lagi kiosk informasi sekolah ni. Angan-angan nak macam kat bawah. Modal tak cukup. Sabar aje le.