July 17, 2010

SATU PERSOALAN vs SATU HAKIKAT

Wahai rakan-rakan guru
yang lama dan yang baru.

Dalam kerjayamu berselerak ranjau dan sembilu
kau perlu tabah dan cekal dalam mengharungi dunia pendidikanmu,
menyampaikan maklumat dan ilmu.
Pada anak didik
bukan setakat dengan buku
tetapi
dengan hati nurani seorang ibu.

Persoalannya
sudahkah kau capai matlamat?
menurunkan segala ilmu dan azimat?
untuk anak didik yang dahagakan ilmu dunia dan akhirat???

Hakikatnya
masih ada anak didik yang kabur mata
tak tahu tulis baca
bak katak terkurung dalam balang kaca
dapat melihat tapi tak dapat merasa!!!

Persoalannya
di mana silapnya?
anak didik masih tak tahu tulis baca
butakah anak-anak itu?

Atau

Kita guru
tak reti nak bantu
tak sudi nak cari sesuatu
........Dah buntu??!!

Hakikatnya
masih ada anak didik yang kabur mata
tak tahu tulis baca
bak katak terkurung dalam balang kaca
Dapat melihat tapi tak dapat merasa!!!!

Persoalannya
sejauh manakah usaha yang telah dilakukan
sudah cukupkah ilmu yang diberikan
sudah dapat satu kepuasan!
berpadakah tugas dengan gaji lumayan
untuk bantu anak-anak sedemikian???


oleh:
Ramelan bin Lamijan
Guru Besar
SK Seri Ledang, Rengit.
Majalah AURA PPD Batu Pahat 2010

2 comments:

ateh dot com said...

Tahniah kerana menjadi Guru Besar pertama memegang dan memiliki majalah AURA !

Hj Sarkawi said...

Mintak terus dari Tuan PPD sendiri. He he he.